Pages

Thursday, July 21, 2011

Ubat Penyakit Masyarakat

Fitrah semua manusia suka org baik.  Org lain baik menguntungkan mereka sekali pun dia sendiri susah membuat baik.  Setiap org suka org adil, jujur, pemurah, bertolak ansur, pemaaf, tolong menolong dan lain2 kebaikan, kecuali hasad dengki.  Manakala org yg baik itu kerana kebaikannya dia di sayangi oleh org ramai dan berpengaruh.
Tapi ramai org baik di musuhi, terutama yg baik dan berpengaruh pula.  Dia di fitnah, di tuduh, di hasad, dan di cari kelemahan kelemahannya. Mengapa manusia bersifat begitu? Kerana manusia itu sangat mementingkan diri sendiri.  Dia suka kebaikan org, dia sendiri tidak suka membuat baik.  Dia suka org baik, tapi jgn sampai org itu di sayangi dan terpengaruh kerana kebaikannya.
Begitulah berlaku di setiap zaman.  Ia pernah berlaku juga kpd para Rasul dan org soleh di zamannya.  Sifat sifat semacam ini berlaku kpd semua org. Sekali pun dia para ulama, lebih2 lagi org yg berpolitik, kecuali yg bertaqwa dan takutkan ALLAH.
Penyakit inilah yg menghuru harakan masyarakat di sepanjang zaman. Lebih2 lagi di akhir zaman ini.  Penyakit inilah menjadi penghalang kebaikan dan kebenaran.  Begitulah watak manusia jika tidak takutkan TUHAN.  Kerana itulah takutkan TUHAN itu penting.  Tidak takut TUHANlah punca segala penyakit masyarakat hingga gejala ini tumbuh subur.
Maka perjuangkanlah utk takut kpd TUHAN.  Itulah rahsia utk membasmi penyakit masyarakat ini.
Wallahuallam...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...