Pages

Sunday, December 28, 2014

Ulangtahun Perkahwinan

ALHAMDULILLAH  hari ini 28 Disember 2014 genaplah 25 tahun usia perkahwinan bersama suami. ALHAMDULILLAH bersyukur sangat-sangat pada ALLAH SWT kerana telah mengurniakan pasangan yang sangat memahami dan penuh kasih sayang walaupun ada kalanya selera kami tak sama, pendapat jugak ada kalanya tidak seiring, tapi itu tidak menghalang kami untuk hidup harmoni dalam satu bumbung bersama anak-anak tersayang. Semoga terus dilimpahi mawaddah wa ramah dan dirimbunkan bersama hamba-hambaNya yang soleh......Aamin.
Firman ALLAH SWT, Maksudnya: Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu pasangan-pasanganmu dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. ( Al-Rum : 21).
Ya Allah Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati,
Isteri yang dikasihi,
Isteri yang solehah,
Isteri yang sentiasa dihati suamiku........Aamin

Thursday, December 18, 2014

Tangisan Yarmouk


Secara kebetulan sempat menonton televisyen di Berita Al Hijrah "Tangisan Yarmouk" mengenai pelarian Palestin di Syria. Perasaan jadi sebak melihat keadaan kawasan runtuhan yg tidak selamat dan kotor, menjadi "kediaman" saudara seIslam.
"Saya tidak ada keluarga, tidak ada anak, tidak ada isteri. Saya hanya ada ALLAH..." kata seorang lelaki tua yg sudah beberapa hari tidak menjamah makanan dgn linangan air mata.
Seorang wanita muda yg menggendong bayinya sudah kekurangan susu badan juga kerana beberapa hari tidak makan. Air matanya mengalir tanpa henti menceritakan sudah hampir 8 bulan terpisah dgn suami yg dicintai.
Seorang wanita yg lain pula sedang mendukung bayinya yg sudah tidak lagi bernafas kerana kebuluran.
Kesengsaraan, kebuluran dan air mata. Mereka di ambang kematian, tetapi dunia tidak mampu berbuat apa-apa. Setiap hari mereka hanya menghitung hari bilakah bantuan akan datang atau maut yg akan menjemput mereka.       
YA ALLAH...
Lupakah kita akan nilai sebuah kesyukuran, di atas setiap "nikmat" yg dikurniakan...yg belum tentu rasa "nikmat" di sisiNya, jika nikmat itu sering lupa disyukuri dan jauh diri dari Tuhan.
Kita sering cuba menyebut-nyebut apa yg tiada, melupakan sekian banyak senarai yg ada. Kita sering mengharap sesuatu yg lebih daripada apa yg diperlukan, walaupun di bibir sentiasa mengakui adanya hari pembalasan dan akhirat yg kekal. Kita sering mendamba "kesempurnaan hidup"...sedangkan kita juga mengharapkan syurga nan indah, kita adalah kita, yg sukar mujahadah dan istiqamah.
Ketika ALLAH mengurniakan kita cukup makanan utk mengenyangkan perut, ingatkah kita utk melahirkan kesyukuran?
Ketika ALLAH mengizinkan kita tinggal di kediaman yg bersih dan selesa, ingatkah kita utk melahirkan kesyukuran?
Ketika ALLAH menganugerahkan insan-insan yg melindungi dan membahagiakan hari-hari kita, ingatkah kita utk melahirkan kesyukuran?
Semoga hati ini dipandu, memandang dunia daripada jendela akhirat, supaya segala keindahan hari ini, tidak terhenti di sini...
Ingatan buat diriku dan pembaca...

Monday, December 15, 2014

Nasihat Buat Isteri Wanita Pejuang Agama

As salamualaikum wbth...nasihat ini utk peringatan diri sendiri dan sesiapa yg sudi membaca.. walaupun masih terlalu jauh tapi semoga sblm ajal menjemput sekurang2nya pernah bercita2 utk menjadi wanita solehah..walau pun tak mungkin sehebat Khadijah..wanita pertama memeluk Islam..amin ya rabbal alamin.


(copy n pase dari seorg rakan yg suaminya seorg Daie) - Ustaz Muhammad Abdullah
Nasihat buat isteri wanita pejuang agama. Baca dan Fahamilah kerana wanita pernah mendapat salam dari ALLAH sendiri yakni Khadijah RA.
Khadijah sangat kaya tapi dia mencintai ALLAH dan RASUL yakni suaminya sendiri sehingga ketika hendak pejamkan mata dari dunia tiada apa yang tinggal melainkan baju yang bertampal, kata Syeikh Tariq Jamil tidak kurang dari 200 tampal.
YA ALLAH, ALLAH, ALLAH, begitu sekali tapi bila Rasulullah menangis melihatnya kerana pengorbanannya yang tidak terkira, jawabnya, saya belum korban lagi, sekiranya boleh gunakanlah tulang-tulang saya untuk jihad dan perjuangan agama. Ketika itu ALLAH sampaikan salam padanya.
Seluruh diri dan harta untuk hidupkan Islam dan bantu perjuangan agama tapi masih manis mulutnya menyebabkan Allah sayang padanya.
Wahai isteri bantulah suami dalam perjuangan agama. Galakkan suami dan didik anak-anak untuk berjuang untuk agama. Pesanlah pada anakmu, Wahai anakku, Islam ini lebih mahal dari nyawa kamu dan ibu kamu. Perjuangkanlah Islam ini. Sediakan wanita-wanita lain untuk perjuangan ini. Korbankan perasaan kamu untuk bawa manusia dekat dengan ALLAH.
Senyuman isteri dikala kesusahan dan penderitaan datang, dan suami berjuang untuk agama sangat menggembirakan ALLAH dan menguatkan kaki suami untuk berjuang dengan kehendak ALLAH.
Orang dulu jika mereka pergi berjuang, mungkin mereka tidak pulang. Maafkanlah dan gembirakanlah jika suami balik lambat masjid kerana dakwah atau menuntut ilmu.
Jangan bermasam muka yer. Kerana seorang suami sangat gembira bila melihat isteri gembira dan tersenyum. Jadilah seperti Siti Hajar yang dtinggalkan belasan tahun di padang pasir tanpa sumber kehidupan menyembunyikan air matanya dari suaminya. Ketika suaminya pulang setelah 4 tahun, dia layan suaminya dengan baik dan tiada satu pun rungutan. Sorokkan tangisan dan air mata di bawah kaki unta.
Suami kamu mungkin tidak faham kesusahan kamu, tapi Allah sedang nilai setiap kesusahan kamu. Setiap peluh, tangisan, letih, sakit badan, sakit kepala semuanya telah diberi pahala yang sangat besar.
Wahai isteri, suami sentiasa ingin kamu mendapat apa yang kamu nak. Hiduplah sederhana dan rendahkan pandangan dari perhiasan dunia. Walaupun hanya menyebut sesuatu yang dimiliki orang lain yang suami kamu tidak mampu sudah cukup membuat suami kamu sibuk dunia untuk memenuhkan apa yang kamu nak sehingga mengabaikan agama.
Maafkanlah kekurangan mereka kerana dunia ini bukan tempat tinggal kita.  Syurga tempat tinggal kita yang sebenarnya.
Jagalah solat awal waktu. Walau apapun terjadi. Siapkan suami dan anak lelaki ke masjid.
Jagalah aurat kerana ALLAH. Jaga aurat bukan kerana kita baik. Tapi ia perintah ALLAH. Apalah makna cantik jika kita dibenci oleh ALLAH. Biarlah dunia ini nak kata apapun, janji ALLAH sayang kita.
Anak ialah harta paling berharga. Didik mereka dengan iman dan sediakan mereka jadi Daie. Hidupkan rumah dengan amalan dakwah dan bacaan hadis. Nikmat sangat bila rumah setiap hari wujud suasana ilmu. Lebih nikmat dari segalanya. Rasa macam dalam syurga walaupun mungkin rumah pondok buruk dan tiada aircond dan kipas seperti rumah Nabi SAW.
Janganlah korbankan anak kita dengan beri sepenuhnya pada orang lain. Anak itulah asbab dunia ini akan berubah. Dunia ini akan datang pada Islam. Kebaikan dan jutaan hidayat melalui mereka. Mereka akan pegang panji Islam di dunia dan di akhirat dengan ribuan orang dibelakang mereka. Janganlah pertaruhkan anak kita kepada orang lain. Berilah masa didik mereka. Terbaik jadilah suri rumah sepenuh masa jika berpeluang.
Takpelah dunia ini kita kurang sikit. Syurga semakin dekat. Dunia ini sekejap sahaja.
Layanlah suami dengan baik. Tawan hati mereka supaya suami gembira supaya suami boleh beri tumpuan spenuhnya kepada dakwah dan menghidupkan agama.
Janganlah habiskan air mata di depan tv, untuk dunia. Tapi gunakanlah air mata untuk Redha ALLAH. Untuk umat umat selamat dari neraka.
Wahai isteri solehah, kamulah harta paling bernilai. Seluruh dunia ini tidak boleh ganti tempat kamu. Untuk isteri seperti kamu. Tiada ucapan melainkan pasti hanya Redha ALLAH dan Syurga.

Friday, October 3, 2014

Pot Holder dari perca kain

Hari ini tinggal sorang, memandangkan encik suami belum pulang lagi dari outstation, banyak masa terluang.  Google punya google terjumpa blog ni...

Patern ni boleh copy kat link http://www.apalog.com/studio-clip_craft/archive/22.  Semua tulisan jepun...memang tak faham, cuma tengok instruction bergambar dia...  Cuma ikut aje, huh... akhirnya siap jugak seperti dalam gambar...tak lah 100% sama seperti didalam blog tu, lagipun agak kurang kemas sikit.  Akan datang kalau buat lagi mungkin boleh diperbetulkan kekemasannya...

Sebenarnya dah lama juga nak buat "scrapper pot holder" untuk menggantikan pot holder lama yang dah buruk...segan nak tunjukkan... Ha ha ha kali ini nak buat 2 ayam tak menjadi...jadi ayam kurus ke apa yang penting menjadi...he he kejap lagi bertenggek kat dapur ku... bukannya apa hanya lebihan kain perca jeans yang aku gunakan...  Aku letak pelapik (bathing) dengan kain jeans juga yang warna cerah lebihan juga dari (potongan kaki seluar) supaya tak panas nanti masa angkat periok atau kuali... kalau terlepas naya aku...
Sebenarnya banyak yang kita boleh buat dengan lebihan atau perca-perca kain yang kita simpan.

Friday, September 26, 2014

Bakal Bergelar Mertua

Cuaca cerah dan indah pagi ini... suasana rumah riuh-rendah...
Anak-anak berkumpul, kebetulan cuti sekolah dan cuti dihujung minggu...
Hari ini hari istimewa...hari yg aku mengharapkan berkat, redha dan keampunan dari Yang Maha Esa... 
Ramai yang kata, kita benar-benar akan mengerti pengorbanan seorang ibu apabila kita sendiri merasa menjadi seorang ibu...
Diberi peluang oleh ALLAH swt untuk merasai detik itu, merasai anak-anak membesar dan membahagiakan seluruh jiwa raga...
Berita yang dinanti-nanti dan sentiasa mendoakan anak-anak...
Bila mereka semakin dewasa, saya sampaikan pada ALLAH swt akan memberi kasih sayang pada mereka...
Semoga ALLAH swt memberi hidayah pada mereka...
Anak perempuan telah meluahkan perasaan, dah ada calon pilihan hati...
Saat ini paling indah ku rasa...asalkan ALLAH swt redha...
Apakah aku benar-benar sudah matang dan bersedia untuk bergelar mertua?
Semua ibu dan bapa didunia ini akan mengalaminya...
Mampukah aku menjadi mertua contoh? Insya Allah...

Saturday, September 13, 2014

CERITA "TANAH WARISAN"

(Beruntungnya, Memiliki Tanah Tandus)
Empat beradek baru saja mengalami kesedihan setelah kematian ayah dan ibu yang sangat mereka sayangi.  Setelah urusan jenazah arwah ayah dan ibunya selesai, empat beradek itu pun membuka surat wasiat dari arwah yang sangat mereka disayangi dan kasihi.
Surat itu menyebutkan bahawa keempat beradek itu diberikan pilihan untuk memiliki empat bidang tanah yang berlainan tempat. Ada bidang tanah yang begitu hijau dengan begitu banyak menghasilkan tanaman buah-buahan yang selalu dijual.  Ada bidang tanah yang berada di tepian sungai jernih, sangat sesuai untuk ternakan berbagai jenis ikan.  Ada juga bidang tanah yang sudah terbentang luas sawah dan ladangnya saujana memandang.  Ada satu bidang tanah lagi yang sangat tidak menarik... iaitu tanah tandus dengan tumpukan pasir-pasir kering di atasnya.
Menariknya, surat itu diakhiri dengan sebuah kata-kata... beruntunglah yang memilih tanah tandus.
Anak pertama memilih tanah pepohonan hijau. Anak kedua pun untuk memilih tanah dengan aliran sungai jernih. Begitu pun dengan yang ketiga, ia merasa berhak untuk memilih tanah yang ketiga dengan terbentang sawah dan ladangnya. Dan tinggallah anak yang keempat dengan mendapat pilihan tanah tandusnya.
“Apa engkau kecewa, adikku, dengan tanah tandus yang menjadi hakmu?” ucap kakak kepada si bungsu. 
Di luar dugaan, si bungsu hanya senyum. Ia pun berkata, “Aku yakin, pesan ayah dan ibu tentang tanah tandus itu adalah benar... Ya, aku tak kisah !”

Mulailah masing-masing adek beradek itu berusaha dengan warisan peninggalan kedua arwah orang tuanya dengan begitu bersemangat. Termasuk si bungsu yang masih bingung memikir tanah tandus pilihannya. 
Hari berganti hari, waktu terus beredar, dan hinggalah beberapa tahun. Tiga orang abang dan kakak yang menerima warisan begitu selesa dengan tanah subur yang mereka dapatkan. Si bungsu yang masih sibuk mencari-cari, menggali dan terus menggali, kelebihan yang ada dari tanah tandus yang ia perolehi. Tapi, ia belum juga berhasil. 
Hampir berputus asa. Ia masih bingung dengan manfaat tanah tandus yang begitu luas itu.  Sementara, kakak dan abang mereka sudah menikmati dengan tanah-tanah tersebut. “Aku yakin, ayah dan ibu menulis wasiat dengan betul. Tapi di mana beruntungnya ?” bisik hati si bungsu dalam hatinya.
Suatu hari, ketika ia dalam keadaan kesusahan untuk menggali di tanah tandus itu, hujan pun turun dengan lebatnya.  Kerana tidak ada pohon untuk berteduh, si bungsu hanya berlindung di balik longgokan tanah galian yang banyak mengandungi batu-batu kecil. Tiba-tiba, matanya dikejutkan dengan kilauan batu-batu kecil di longgokan tanah yang terkena percikan air hujan.
“Ah, emas! Ya, ini emas!” teriak si bungsu setelah meneliti batu-batu kecil yang sebelumnya menutupi tanah keras itu.  Dan entah berapa banyak emas lagi yang tersembunyi di balik tanah tandus yang terkesan tidak menarik itu.
******
Sahabat, kesimpulan saya :
MANUSIA sebenarnya cenderung menjaga sesuatu yang dianggapnya berharga dalam hidupnya. Sesuatu yang dianggap bernilai, ternyata hanya biasa saja. Dan sesuatu yang sangat tidak menarik untuk diperhatikan, ternyata mempunyai nilai yang tidak terkira.

Seindah hiasan dunia, tidak ramai yang mampu memahami bahwa di dunia ini tiada yang jauh dan sangat bernilai dari dunia dan isinya.  Itulah hidayah ALLAH swt yang tidak setanding dengan nilai apa pun di dunia ini.
Sayangnya, tidak semua orang seperti si bungsu, yang begitu yakin dengan kebenaran tentang tanah tandus dari surat wasiat yang diakhiri dengan sebuah kata-kata... beruntunglah yang memilih tanah tandus.  Walaupun harus menggali, dan terus menggali dengan penuh kesabaran.
Sebaliknya, tidak akan mempedulikan atau membuang saja sesuatu yang dianggap tidak berharga. Semakin bernilai sesuatu itu, semakin bersungguh-sungguh kita menjaganya.  Apa yang memang menjadi hak kita di dunia, ALLAH swt pasti tunaikan.  Semoga kita menghargai dan bersyukur dengan atas apa yang kita miliki... Aamin...
Selamat Membaca...Salam Motivasi...

Saturday, August 23, 2014

~Hari Berkabung Malaysia Untuk MH17~

Semua rakyat Malaysia kena baca.....


Hari ini perasaan sedih dan pilu menyelubungi Malaysia dan mungkin juga di seluruh dunia barangkali...sebagai rakyat Malaysia, ini adalah pertama kali kita merasai suasana berkabung di seluruh negara (yg melibatkan kematian org awam)...sekurang2nya, ada sesuatu yg boleh kita ceritakan pada generasi masa depan nanti...
Tetapi, suasana berkabung ni tidak semua org dapat menerimanya...ada yg menyambut baik, ada juga yg sebaliknya...tak kurang juga yg mempertikaikan mengapa wira2 negara yg gugur mempertahankan negara tiada perkabungan diadakan...
Di sini saya nak kongsikan seorg rakan telah mendengar satu dialog apa yg diperkatakan oleh 2 org lelaki di meja makan disebuah restoran samada boleh dipercayai atau tidak...pakaian mereka segak...rupa paras nampak macam org berjawatan tinggi dan berbaju kemeja syarikat korporat...utk memudahkan pemahaman, saya namakan mereka Lan dan Roy (bukan nama sebenar)...


Berikut adalah perbualan mereka yg telah diringkaskan sebab complicated sangat story2nya...ayat2nya diolah semula tetapi isinya tetap sama...


Roy : Wahh...Lan...!! Esok satu Malaysia berkabung yek...?? (sambil menyelak2 tablet)


Lan : Bukan esok lah...Lusa...Hmmm...Ya la...MH17 punya hal la ni...Tapi buat per nak berkabung2 ni...Tak payah...Sedekah fatihah buat macam MH370 dulu pun OK apa... (sambil membelek2 smart phone)


Roy : Ko ni tak baik la cakap mcm tu...Kan MH17 tu kena tembak...Mati macam tu jer semua passenger kat dalam tu...


Lan : Aku bukan apa Roy...Ya lah, aku pun sedih juga...Cuma nasib aku baik family aku takde kat situ...Berkabung ni kalau dibuat untuk Lahad Datu hari itu cantik laa...Ko tengok ni haaa (sambil tunjukkan henpon kat Roy)...


Roy : Marah betul minah ni...Dia tak setuju la tu nak buat berkabung...Ko pikir sediri la bro..Tiap2 hari ada jer polis mati...Askar pun...Kalau macam tu letih ler tiap2 bulan nak berkabung...Takkan anggota RELA mati pun nak kena berkabung...Derang pun anggota keselamatan jugak...Ini kalau kita citer logik la kan...???
(mungkin rujuk status Newsfeed FB kat henpon dia agaknya)


Lan : Tapi ramai orang tak setuju bro...


Roy : Lan..!! Kalau aku citer kat ko ni mesti ko tak caya...Tapi aku citer ni bukan nak suruh ko percaya pon...


Lan : Amender tu..?? Saspen jer ko ni... (hirup Nescafe 0)


Roy : Malam semalam aku ada lepak minum dgn sorang brader ni kat area rumah aku...Kira member aku gak ler...Dia ni bekas komando69...Umur pun dekat 50 macam tu...Umur 43 dah pencen..Dia ambik pencen awal...


Lan : Dah tu...??


Roy : Aku tanya dia pasal berkabung ni...Kenapa kena ada raptai...??


Lan : Hahaha...Ada raptai ke bro...??? Lepas tu..??


Roy : Member aku tu kata, mesti la kena ada raptai bro...Ko nak kawen pun kena ada raptai apa...Ko nak masak kenduri pun kena test lauk sedap ke tak...Mesti kena ada plan...Mesti ada adat istiadat...Kat mana nak letak keranda...Kat mana waris nak berhimpun...Kat mana nak sembahyangkan...Transport pun kena cukup...Protokol tentera Malaysia semua complete...Kita nak semuanya dipermudahkan...
Satu dunia skang ni tengok kita bro...Biar satu dunia tahu walaupun Malaysia ni kecik, tapi rakyat Malaysia ni rakyat yang tinggal di negara berdaulat, bukan senang2 nak kena lunyai...Rakyat Malaysia bukan tinggal di negara komunis...

Pastu aku tanya lagi, apsal sampai kena berkabung satu negara yek...?? Kau tau tak apa dia kata...??


Lan : Hah apa dia tu...???


Roy : Skrng ni ibarat Malaysia ni macam batu...Rusia dgn Ukraine macam pulau...Mana bole lawan derang bro...Kau baling jauh mana batu tu boleh pergi...?? MH17 kena tembak jatuh, sorang pun tak mengaku...Amerika pulak ambik kesempatan..Dia pulak lebih2 sebab nak hentam Rusia....


Lan : Straight forward la Roy..Aku x paham....Aku tak follow habis...


Roy : Pendek citer macam nil laa...Member aku (bekas komando) tu kata, ada sebab kenapa perkabungan ni kena buat jugak...


Lan : Apa sebabnya tu...???


Roy : Member aku tu tanya aku...Kau agak2 ada sesiapa tak kat dunia ni berani heret Rusia atau Ukraine pasal tembak MH17 ke mahkamah...?? Aku cakap rasanya macam tak boleh sebab derang tu kuasa besar...bla bla bla...
Kesimpulannya: Amerika pun tak berani..Dia cuma gunakan Ukraine utk ambik kesempatan atas Rusia...So, ni pada pendapat aku berdasarkan pengalaman... Malaysia ambil tindakan paling bijak...kau tahu tak apa tindakan bijak tu Lan...??


Lan : Apa tu...??


Roy : Berkabunglaaa....


Lan : Yer keeerr...??? Adehhh..Pening aku...


Roy : Sekarang ni seluruh dunia fokus pada Malaysia tau bro...Nama Malaysia ranking Nombor Satu sekarang...Orang Ukraine pun tak pernah tahu Malaysia ni wujud...Tapi skang ni derang dah kenal...Punyalah bodoh pesawat MAS dengan pesawat Rusia pun tak kenal....
Bila Malaysia berkabung dan mengangkat mangsa2 MH17 macam wira, berita2 ni jadi topik utama surat khabar seluruh dunia bro...Jenazah2 mangsa semua diuruskan dengan baik...
Semua orang tahu MH17 kena tembak tapi takde seorang pun yg mengaku bertanggungjawab...Pengecut rupanya...So, dengan berkabung ni seluruh dunia akan tahu sejauh mana Malaysia menjaga maruah rakyatnya...Seluruh dunia akan tahu betapa sayangnya Malaysia kepada rakyatnya yang terkorban...Ini adalah simbolik untuk menuntut keadilan buat waris mangsa yang mati...
Kau nak pi serang Ukraine tuntut keadilan..?? Itu bukan cara Malaysia bro...
Kau bayangkanla org awam dalam pesawat tiba2 kena tembak dengan missile tentera, apa dia ingat org Malaysia ni anak ayam ke apa...??? Pastu ada hati nak salahkan Malaysia ikut laluan zon larangan...

Macam kau, naik kapal terbang pergi oversea pastu kena tembak jatuh...Apa citer tu bro...?? Ingat ni kapal terbang kontrol ke apa...???
Lan : So maknanya berkabung ni kira nak phsyco jugak la ni...Malu la siapa yg tembak MH17 tu...Leceh sangat main undang2, so main physo lak...? Biar derang rasa bersalah sampai bila2..???


Roy : Lebih kurang gitu ler....Bila kita dah tua nanti, generasi masa depan di seluruh dunia pun akan kata kalau tak Rusia, Ukraine yang tembak...Malaysia tak kata apa pon...ATM Malaysia Top 3 world ranking army bro...Jangan lupa tu...Planning and strategy panglima2 tentera kita semua takde yg tak boleh pakai tau bro...Ni kata bekas komando, bukan kata2 aku...Aku ni coordinator cekai jer...
Lagi satu, tragedi ni akan kekal dalam lipatan sejarah...Jadi, generasi masa depan nanti akan tahu betapa bertuahnya menjadi rakyat Malaysia...Jadi lepas ni, sebelum 31 Ogos tiba, org pasti akan kenang tarikh 22 Ogos, sama bulan dengan bulan kemerdekaan....Kita ni tinggal dalam negara berdaulat tau bro...Ko tengok Thailand skang...Apa jadi...???


Lan : Owh...Logik juga tu...Tapi apa2 pon aku bukan la kutuk berkabung ni...Aku...(Roy terus mencelah)


Roy : Biese la bro...Benda ni pertama kali berlaku dalam sejarah...Tak semua org boleh terima...Macam H 370 tu...bla bla bla
(Cerita meleret2 dah masuk MH370 pulak ...


NOTA : Cuba kita fikir kelogikan cerita Si Roy ni...Namun kita serahkan semuanya kepada pihak berwajib...kita yakin perkabungan ini PASTI ADA SEBAB UTAMA yang menyebabkan ianya perlu dilaksanakan bagi menuntut keadilan mangsa2 MH17....
Yang paling penting, jangan keluarkan apa2 kenyataan yang boleh mengguris hati keluarga dan sahabat2 mangsa tragedi...
Oleh itu, sama2lah kita hadiahkan surah Al Fatihah kepada jenazah yang beragama Islam...Mereka juga dulu pernah hidup seperti kita...
Bagi kita, bab2 yang sensitif tu (isu pramugari datang berkabung tak pakai tudung atau sebagainya) usahlah kita senang2 menjatuhkan hukum ke atas mereka...Semuanya atas urusan ALLAH SWT yang mana kita ni takde kuasa nak mengambil alih...Kalau nak tegur pun jangan sampai menghina...Kita sebagai rakyat biasa ni, lakukanlah mana yang terdaya.

Wednesday, August 20, 2014

Motivasi - Transformasi Seorang Ibu

Kenapa kita sebut transformasi, form itu adalah sesuatu benda fizikal tetapi apabila kata  transform maknanya kita fokus kpd fizikal tapi lebih kpd roh, hati dan jiwa...sbb kalau fizikal kita tengok cantik di muka tetapi hati org itu baik.  Oleh itu, kita suka sbb org itu cantik atau baik...jadi cantik itu fizikal dan baik itu hati...thanks to Prof Dr Muhaya dlm tanyalah ustazah tv9 (20/8/2014).

Jom kita transform menjadi ibu yg baik yg sentiasa berfikir setiap hari dan bagaimana kita manfaatkan waktu utk faedah suami, anak2, keluarga dan masyarakat sekeliling...bahagia dan membahagiakan dgn hanya menjaga 5 aspek penting ini dlm kehidupan kita iaitu :-

1. Fizikal - Jaga tubuh badan, kesihatan & pemakanan. Perlunya pemakanan yg seimbang, tapi berapa org yg dpt mencari makananan yg betul2 seimbang dan bernutrisi?? maka, cari dan berikan supplement yg terbaik kpd keluarga anda, suami anda, anak2 anda...vitamin ini bahan yg diperlukan sedikit utk fungsi yg optima bagi seluruh sel kita...

2. Mental - Bina minda kita dgn bahan2 bacaan yg berkualiti dan mendatangkan faedah. Menonton rancangan2 yg berunsur motivasi, menghadiri majlis2 ilmu dan sebagainya...

3. Kerohanian - Jaga hubungan kita dgn ALLAH. Niatlah setiap hari utk menjadi khalifah yg baik dan jalankan semua urusan wajib mengikut hukum ALLAH. Pastikan solat sentiasa dijaga didlm rumah kita. Perbanyakkan buat kebaikkan kpd seluruh makhluk ALLAH didunia ini...

4. Hubungan dgn Manusia - tips nak bina rumahtangga bahagia, kita perlu buat 3 perkara. Bila jumpa suami kita, pastikan kita...Menghargainya...Sebut Kebaikannya...Jgn Mengkritiknya...

(i)  utk suami, anak2, ibu mertua, pembantu rumah & sesiapa sahaja. Kalau kita nak anak kita jadi org yg baik, berikan anak2 kita pelukkan, berikan pujian dan nyatakan bahawa "ibu bangga mendapat anak seperti ini..."

(ii) dlm hubungan sesama manusia, kita kena layan org lebih dpd kita ingin dilayan...apabila kita jumpa org letakkan 2 prinsip...iaitu (1) saya ingin rasa penting; (2) tolong fahami saya. Kita kena hormat semua org seperti manusia lain...

5. Kewangan - Belanja kpd kebaikan. Jgn membazir kpd benda2 yg tdk berfaedah dan yg tidak perlu...


Semoga kita terus istiqamah beramal kerana ALLAH SWT...
In sha ALLAH...

Thursday, August 14, 2014

karipap gergasi

besok encik suami dh mula bertugas dh lama cuti kerana kerja gotong royong sempena ank saudara kawen...hari ni dia servey gerai tepi jalan yg jual karipap gergasi di kuala selangor...sbb semalam rakan pejabat msg minta tolong belikan karipap gergasi yg belum bergoreng (frozen)...al kisahnya karipap gergasi ni pernah keluar dlm segment jjcm tv3...kami yg dh lama duduk area kuala selangor ni pun tak pernah merasa...karipap gergasi ini berharga rm3.50 sekeping yg dh siap bergoreng, berintikan daging dan ayam...inti ayam dan daging dimasak dgn rempah kari yg sebati dan harum baunya...doh yg menjadi kulit karipap gergasi ini lembut, rangup dan sedap bila dimakan...

masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Wednesday, July 9, 2014

Kelabu @ Abu telah pergi menemui sang penciptaNya


Tarikh 7/7/2014 hari Isnin 3.00 pagi, Kelabu @Abu telah pergi menemui sang penciptaNya...
walaupun ianya hanya seekor kucing peliharaan...
ptg semalam balek tonjolkan diri masuk ke dalam rumah dalam keadaan yang tak bermaya...
beri minum air kelapa, tak lama selepas itu muntah...
ingatkan nak bawa ke Vet kalau dpt bertahan, Vet dah tutup, lagipun masa dah nak berbuka puasa...
tinggalkan dia pergi solat terawih, balek keadaan tak berubah...
semalaman tak dapat tidur sebab dia berada dalam bilik tidur...
rupanya dia sedang nazak... kesian... nazak seperti manusia juga...
dalam keadaan yang teramat sedih...
jam 4.00 pagi kami sempat tanam sebelum bersahur...
"bersemadilah dengan tenang, ALLAH SWT lebih menyayangi"
Wallahuallam bisawab...


terima kasih Abu untuk setiap kenangan selama 3 tahun... We gonna miss you...
Abu meninggalkan 4 ekor anak-anak



bini Abu dan anak-anak tiri


Saturday, June 14, 2014

Sahkah solat jika pakai make up ?




Assalamualaikum wbth...

Disini sy kongsikan sedikit ilmu dimanfaatkan utk djadikan panduan bersama...dan juga peringatan diri sendiri... InsyaAllah...seperti sedikit ungkapan ayat di bawah ini:
"Semua penulis akan mati, hanya karyanya yang akan terus abadi. Maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan dirimu di akhirat nanti" ~[Saidina Ali Bin Abi Talib]~ Pernah juga rakan-rakan bertanya minta dibincang bersama...
Sahkah solat jika pakai mekap ?
Jika sah mana dalilnya ?
Jika tidak sah mana dalilnya ?

Ramai yang berikan alasan mekap utk yg tidak solat.

Tidak sah jika mekap tidak dicuci terlebih dahulu...air tidak akan meresap ke kulit muka...

Sebenarnya air wuduk yg masih membasahi anggota wajib kita lebih afdhal dari mekap yg tidak dapat dipastikan apa tujuan dan niat asal kita bermekap ketika hendak bersolat…

Kalau wuduk and then mekap, dress up bila ada event/majlis, masuk waktu maghrib je solat, apa salahnya ? Begitu juga kejar masa nak p kerja, awal pagi mandi, wuduk then mekap siap2 tunggu azan subuh, solat je terus pergi kerja...

Ermm...tp majoriti ustazh/kwn sy ambil wuduk kt rumah...lepas tu mekap sikit...beri ceramah/tazkirah sebelum masuk zohor bila masuk waktu zohor terus solat berjemaah...

Seseorg wanita bersolat dalam keadaan bermekap, sah solatnya kalau mekap tersebut dibuat daripada bahan-bahan yg halal dan bukannya najis.

Wallahu a’llam...

Allah Azza Wa Jalla berfirman:

Katakanlah: "Siapakah yang mengharamkan perhiasan dari Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya dan (siapa pulakah yang mengharamkan) rezeki yang baik?" Katakanlah: "Semuanya itu (disediakan) bagi orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia, khusus (untuk mereka saja) di hari kiamat". Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi orang-orang yang mengetahui.
~[Q.S. Al A’raf:32]~

Dari Zainab binti Abu Salamah, dia berkata: Ketika datang berita kematian Abu Sufian dari Syam, Ummu Habibah meminta diberikan wangi-wangian berwarna kuning pada hari yang ketiga. Lalu dia mengusapkannya pada kedua pipinnya dan kedua lengannya. Dia berkata: Sesungguhnya aku benar-benar tidak memerlukan ini, kalaulah bukan kerana aku pernah mendengar Nabi Sallallahu’alaihi wasallam bersabda: Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari kemudian untuk berkabung atas mayat lebih dari tiga hari, kecuali atas suami, maka dia berkabung atasnya empat bulan sepuluh hari.
~[HR Bukhari & Muslim]~

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu katanya: Telah bersabda Rasulullah Sallallahu’alaihi wasallam : Wangi-wangian lelaki adalah apa yang jelas baunya dan tersembunyi warnanya. Dan perhiasan wanita ialah apa yang jelas warnanya dan tersembunyi baunya. ~[HR al-Tarmizi]~

~~dalil ni sy copy dari rakan fb~~



Thursday, June 12, 2014

Malam Nisfu Syaaban

~hari ini..Malam Nisfu Syaaban 2014 jatuh pd 12/6/2014 (Khamis mlm Jumaat)...kebiasaannya, aktiviti di masjid di mlm tersebut ialah membaca Surah Yasin sebanyak 3 kali, setiap satu dgn niat tersendiri yg akan diketuai oleh iman...


~kelebihan Malam Nisfu Syaaban...
"Allah memandang kepada semua makhlukNya di Malam Nisfu Syaaban, maka diampunkan dosa sekelian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan ALLAH SWT atau orang yang bermusuhan"
- Hadis riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban -



"Telah sampai pada kami bahawa dikatakan : Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu : pada malam Jumaat, malam Hari Raya 'Aidiladha, malam Hari Raya 'Aidilfitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban"
- Berkata Imam asy-Syafi'ie dalam kitabnya al-Umm -

Monday, April 14, 2014

falsafah buah-buahan

1. Jadilah buah jagung, jangan jadi buah gajus.
Jagung membungkus bijinya yang banyak, sedangkan buah gajus menunjukkan bijinya yang cuma ada satu.
Maksudnya : Jangan suka menunjuk-nunjuk harta, ilmu dan sebagainya.



2. Jadilah Pokok pisang.
Pokok pisang kalau berbuah hanya sekali, kemudian mati.
Maksudnya : Kesetiaan dalam perkahwinan.



3. Jadilah buah durian, jangan buah kedondong.
Walaupun di luarnya penuh dengan kulit yang berduri tajam, tetapi dalamnya lembut dan manis. Hmmm, berbeza dengan kedondong, luarnya licin tapi rasanya agak masam dan di dalamnya ada biji yang berduri.
Maksudnya : Don’t Judge a Book by The Cover.. jangan menilai orang dari luarnya saja.



4. Jadilah ubi kayu.
Walaupun hidup dalam tanah, tetapi isinya putih bersih.
Maksudnya : Jagalah hati jangan kau nodai dengan kekotoran.



5. Jadilah setangkai petai, bukan setangkai rambutan.
Tangkai petai memberi makanan yang sama rata ke biji petainya, semua seimbang, tidak seperti rambutan.. ada yang kecil ada yang besar.
Maksudnya : Selalu bersikap adil.



6. Jadilah kelapa
Semakin tua semakin pekat santannya
Maksudnya : Semakin tua semakin bijaksana dan berguna.



7. Jadilah manggis. Berapa banyak kelopok bunga di luar kulit, sebanyak itu jugalah ulas isi di dalam. Maksudnya : kena jujur, apa yang ditunjukkan di luar sama seperti apa yang diniatkan di dalam hati.



Saturday, April 5, 2014

sekejapnya masa berlalu...

Hampir seminggu hubby pergi outstation, mengiringi ayahanda Yg DiPertuan Agong...


Kini hampir sebulan juga MH370 hilang...dgn maklumat yg tdk byk...pelbagai teori konspirasi muncul utk mengisi kekosongan maklumat dlm usaha menjelaskan misteri yg hilang...


Terdapat sebuah lamanweb di ensiklopedia dlm talian Wikipedia yg menyenaraikan teori2 trsbt:-


..."Bagaimana boleh pangkalan tentera paling canggih di dunia tidak dpt mengesan sebuah pesawat komersial?"                
...Antara teori trsbt...yg nampaknya paling popular dan terus berkisar ialah yg dikaitkan dgn "Diego Garcia", sebuah pangkalan bersama USA dan UK di tengah2 Lautan Hindi.
...Spt mana2 teori konspirasi, butir2 dan motivasinya dikatakan berbeza2 mendakwa MH370 dirampas... samada melalui kaedah kawalan jauh atau oleh unit pasukan khas...kemudian diterbangkan ke "Diego Garcia" di mana kru dan penumpangnya menjadi tahanan...walaupn Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan pegawai Rumah Putih tlh menolak teori tentang "Diego Garcia" itu. 



Pangkalan tentera itu terletak lebih 4,000 kilometer dari tempat di mana analisis satelit menyarankan sebagai lokasi terakhir MH370.


Melihat temuramah di Buletin Utama TV3 bersama Kapten Nurodin Abd Majid yg juga kapten yg melakukan "test drive" ketika MAS mula membeli pesawat B777, dgn wajah tenang beliau mengatakan ALLAH SWT Maha Kuasa dan kepada DIA kita memohon, itulah satu2nye kaedah paling tinggi atas semua teknologi dan kecanggihan yg dunia miliki... Kejadian MH370...hari ini kita mencari ALLAH, semua mencari ALLAH, ketika kita semua dilanda musibah kita mencari ALLAH SWT...


Selagi belum ada bukti kukuh ditemui, samada serpihan/bangkai pesawat atau penumpang yg terkorban...maka ia masih lagi dlm situasi hilang...Al fatihah buat semua penumpang MH370...


Mudah2an ALLAH SWT berikan petunjuk yg boleh meyakinkan semua orang...


Wallahu'allam...

Tuesday, April 1, 2014

cupcakes utk budak2 Maahad Tahfiz

Hari ni baru dpt menarik nafas lega...setelah beberapa minggu terlalu sibuk dgn pelbagai program...


Banyak sgt tugasan yg menanti hingga kadang kala terpaksa berehat panjang dari mengupdate blog ini...


Sebelum cuti sekolah ada juga terima tempahan kek... byk2 tak laratlah...utk org bertunang dan kenduri kendara... tiba2 anak telefon, "ibu...kek hari tu tak cukup la, ada yg tak dapat..." sejak anak bongsu duduk asrama Maahad Tahfiz selalu juga hantar utk mereka makanan yg siap packing2, budak2 suka makan makanan yg manis2...


Sejak akhir2 ni dah la air kena catu, tapi tidak mengikut jadual yg ditetapkan... nasib baiklah anak dah balek... nak masak ? lagipun yg tinggal cuma sy n suami... itu pun kadang2 suami bertugas "outstation" makan kat luar lagi jimat... tapi kdg2 takut juga kebersihan tak terjamin...


Hari ini bulan april...ya bulan april yg byk menyimpan kenangan...perbanyakkan istighfar dan doa... Sesungguhnya sesiapa yg beristighfar bersungguh2, nescaya Allah akan memberikan pertolongan daripada sumber yg tidak disangka2....


Wallahu'allam...

Tuesday, March 11, 2014

Kenangan bersama arwah bapak diingatan...

Al fatihah utk ayahanda tercinta...12/3/1996 hari ini genap 18 tahun pemergiannya...
Bapak...tetiba terasa RINDU sgt2 nak menatap wajah arwah bapak...teringat kenangan bersama bapak dari kecik hingga dah besar...melihat kembali gambar-gambar lama arwah bapak, arwah mak, yang ada gambar arwah mengimbas kembali kenangan dan memori bersama arwah...
Kami melangkah ke pusara bapak dan mak selepas waktu asar...hajat hati mahu berdoa dan insan yang dikenang oleh kami sekeluarga...semoga arwah  tenang dan damai di sana...aku akan sentiasa menyedekahkan surat al fatihah dan mendoakan kesejahteraan arwah disana iaitu, di taman-taman syurga...Aamin...
Bapak dikenali seorang yang sedikit pendiam tapi tegas dan teguh terhadap prinsip hidupnya...bekerja keras untuk menampung segala keperluan terhadap anak-anak yang seramai 9 orang...
Hari ini saya berkongsi kenangan bersama bapak...inilah sebahagian yang masih kekal dalam memori saya…setiap tahun demi tahun mengingatkan kembali zaman persekolahan...bapaklah yang akan datang ke sekolah setiap kali untuk membayar yuran dan segala keperluan persekolahan...

Friday, March 7, 2014

DOA YAASIN

Assalamualaikum...
Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut ""SALAAMUN QAULAM MIR RABBIR RAHIM" diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajatmu insyaAllah akan dikabulkan.
Jika boleh niatkan sebegini:
(1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku;
(2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang soleh dan mencintai islam;
(3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat;
(4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini;
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin;
(6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin;
(7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhailah aku.....

Tuesday, March 4, 2014

wanita ibarat permata

Kecantikan bunga, mewangi, dan berwarna, mudah layu atau mati ketika ramai org memetiknya, apalagi jika terkena oleh teriknya sinar matahari.
Bagaimana dengan intan permata? Bukankah intan permata terus indah selamanya jika terus dijaga oleh pemiliknya?
Keduanya cantik, tetapi kecantikan intan permata lebih abadi dibandingkan kecantikan bunga.
Begitupun dengan wanita yg cantik secara fizikal, tidak akan abadi sbb faktor usia dibandingkan dengan kecantikan batinnya.
Kecantikan zahir yg tidak disertai kecantikan batin seperti rumah tanpa tiang, apabila dilanda bencana yg menimpa, akan putus asa dan rendah diri.
Kecantikan batin adalah ketakwaan kepada ALLAH SWT.
Wanita yg sentiasa memelihara ketakwaan akan dpt mengalahkan kecantikan yg hanya lahiriah.
Inilah senjata utk wanita agar selalu percaya pada diri kerana hidupnya hanya kepada ALLAH SWT.
Inilah bukti keadilan ALLAH, ternyata yg memiliki darjat tertinggi di sisi ALLAH SWT bukan kerana kecantikan, melainkan yg menentukannya adalah ketakwaan.
Carilah seribu macam cara utk mendapatkan ketakwaan dan berlumba dlm kebajikan.
Keindahan wanita tidak hanya dari segi fizikal, tetapi kecantikan dari dlm (inner beauty), iaitu kecantikan emosional, spiritual, dan intelektual.
Itulah kecantikan yg sebenarnya...Wallahu'allam...

Friday, January 24, 2014

Perkongsian Mesej Whatsapp dari Seorg Pakar Motivasi

Dulu2 sy mcm ni la...ank2 mmg tak suka duduk di rumah pengasuh / taska...nak berkepit jer dgn ibu dia...kpd ibu2 yg terpaksa mencari rezeki berserahlah pd ALLAH...semoga ALLAH lindungi ank2 dan beri kita kekuatan dan kesabaran dlm membesarkan ank2...bila ada waktu terluang bermanja lah dgn anak...


Kita kongsikan mesej melalui whatsapp dari seorang pakar motivasi iaitu...


Antara masa kerja mencari gaji dan masa demi anak2...


... Kalau dulu, ayah je.. Tp skrg, kdg2 isteri pun blk lewat...
 Anak2 redha di tempat org... Belajar, bermain... Riang... Kongsi makan dan kongsi penyakit... xpe, KLINIK ADA!!
 Sepanjang di tempat kerja, anak2 di rumah pengasuh/taska rindu kat kita... Rindu ayah... Rindu mama..
 Tp... Nak ckp rindu x reti... Nak tulis surat, xreti gak... Jadi, bila kita ambil anak jam 6:00 ptg, diulang, 6:00 ptg, saat anak nampak mama dan ayah dia, anak kita tekad... Dia nak mama tgk dia... Nak ayah dukung, peluk dia... Dia buat perangai... Nak makan sndri... Nak itu... Nak ini... Nak dukung... Tumpah air.. Kerna hanya bahasa PROTES dan BUAT PERANGAI shj yg anak2 tahu utk bgtau yg... "Mama saya rindu n sayang sgt kat mama..."
 TAPI.....
 Apa kita buat...
 Bila anak2 bising... Kita marah...
 Bila anak2 main... Kita herdik...
 Dia nangis, kita jerit "DIAM!!!!"
 Dia suruh ajar... Kita jawab "AYAH NAK TGK TV, FAHAM!!!!"
 Dia tumpahkan makanan/air kita tengking seolah2 dia sudah cukup matang...
 Sedih hati seorg anak yg rindu mama... Yg rindu abah... Yg rindu pelukan ibu... Rindu dukungan abi...
 Apakah duit boleh ganti kasih sayang?
 Apakah mainan berlambak2 boleh ganti saat bergurau senda sesama keluarga?
 Apakah masing2 makan kat luar boleh ganti nilai makan bersama...
 Fikir sahabat...
 Fikir teman2...
 Fikir ayah ibu yg mulia..
 Ingatan bersama...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...