Pages

Thursday, June 30, 2011

~Sedekah Jariah - Kebajikan Yg Tak Berakhir!~



  1. Berikan Al-Quran pada seseorang dan setiap dibaca - anda akan mendapatkan hasanah;
  2. Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap org sakit menggunakannya - anda akan dpt hasanah;
  3. Berkongsi bahan bacaan yg membangun dengan seseorang;
  4. Bantu mendidik seorang anak;
  5. Ajarkan seseorg sebuah do'a - pada setiap bacaan do'a itu anda akan dpt hasanah;
  6. Berkongsia CD Al-Quran atau Do'a;
  7. Terlibat dlm pembangunan sebuah masjid;
  8. Tempatkan pendingin air di tempat umum;
  9. Tanam sebuah pohon - setiap org atau binatang berlindung di bawahnya anda akan dpt hasanah.
Jika seseorg menjalankan salah satu dari perkara2 di atas anda akan dpt hasanah sampai hari Kiamat...

InsyaAllah....

Wednesday, June 29, 2011

~Air Mata Nabi Adam~


Tahukah saudara semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 thn.  Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kpd Allah swt.

Beliau sujud di atas gunung selama 100 thn.  Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir dijurang Serantip.  Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih.  Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau.  Burung itu berkata, "sedap sungguh air ini".  Nabi Adam terdengar kata2 burung tersbt.  Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kpd Allah.  Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis.

Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yg bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yg lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu".

~Ketam Melayu & Ketam Cina~


Tidak lama dulu ada seorg melayu yg ingin mkn lauk ketam.  Pd pagi tu dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik cina yg menjual ketam.

Melayu : apek! itu ketam ada jual ka?

Cina : ada...ada...lu mau ketam cina ka ketam melayu?

Melayu : aik! ketam pun ada melayu dgn cina ka apek? cuba lu tunjuk mana ketam melayu, mana ketam cina?

Cina : itu sana dlm bekas ada tutup...ketam cina...sana dlm bekas tak ada tutup...ketam melayu la...

Melayu : apa pasal ketam cina apek kasi tutup...ketam melayu apek tak kasi tutup?

Cina : itu ketam cina kalau sekor keluar...yg lain akan tengok dan kasi belajar mcm mana boleh keluar dari bekas.  Nanti lama2 semua ketam pandai mcm mana mau keluar dari bekas.  Jadi semua keluar la...

Melayu : ketam melayu tak itu mcm ka?

Cina : ketam melayu, kalau sekor keluar yg lain kasi tarik itu kaki ketam tadi...jgn kasi keluar.  Dia mau dia sekor saja keluar...yg lain biar dlm bekas.  Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yg lain mcm mana mau keluar.

Begitulah cerita ketam melayu dgn ketam cina.

Hakikatnya, jika org cina berniaga...cina lain tak kacau...dia tengok ajer dan belajar mcm mana boleh berjaya.  Cina dah berjaya tu pulak, akan ajar cina lain agar berjaya jugak.

Kalau org melayu, bila satu melayu nak berjaya, melayu lain akan guna apa saja supaya melayu tu jatuh balik. Mcm ketam melayu, bila sekor ketam dah berjaya nak naik, ketam lain tarik kaki dia, dia mahu dia sorang ajer boleh berjaya, org lain jgn.

Itulah hakikat sebenar skrg nie.....

~Kek Batik~

Bahan2
1 paket biskut marie biasa
3/4 buttercup
1 tin susu cair
3/4 cawan gula pasir
3/4 cawan serbok coklat
2 biji telor (dipukul dan dimasukkan semasa semua bahan2 dah cair)


Cara2
Semua bahan2 di atas di masak sehingga pekat.
Masukkan biskut marie yg sudah dipatah2kan.
Kacau sehingga sebati.
Masukkan ke dalam loyang di tekan2 dgn plastik.


Selamat mencuba.....

~KEK COKLAT LEMBAB KUKUS~

BAHAN A:
 
1 cawan serbok koko
1 cawan gula
1 cawan gula
1 cawan susu cair
1 cawan minyak
1/2 cawan susu pekat
(Disatukan & diletakkan ke dalam periuk, panaskan di atas api yang kecil, kacau sehingga ia likat dan biarkan seketika sehingga sejuk)
 
BAHAN B:
 
3 biji telor
(Dipukul hingga kembang)
 
BAHAN C:
 
1 1/4 cawan tepong gandum
1 sudu teh bikarbonet
1 sudu teh baking powder
(Diayak)
 
CARA-CARA:
 
1.  Panaskan kukusan., 
 
2.  Masukkan Bahan B ke dlm Bahan C pukul hingga sebati.
 
3.  Kemudian masukkan Bahan A campurkan hingga mesra.
 
4.  Masukkan kedlm loyang yang telah dialas dengan kertas dan kukuslah selama 1 jam.
(Tutup loyang dengan aluminium foil atau balutkan penutup kukusan dengan tuala)
 
 
TOPPING:
 
1/2 cawan minyak/mentega
1/2 cawan koko
1/2 cawan susu pekat
(Masak double boiler)
 
Selamat Mencuba....

Tuesday, June 28, 2011

~Duhai Hati~


Duhai hati...
Kau sentiasa akan diuji
Kau sentiasa berbolak balik
Kerana asalmu adalah begitu jua

Duhai hati...
Kau ada dua bisikan
Bisikan kebaikan
Bisikan kejahatan

Duhai hati...
Kau adalah raja
Yang punya kuasa
Mengawal seluruh tenteranya

Duhai hati...
Kau lembut umpama sutera
Usah biar dicalarkan
Dengan hanya secebis serpihan

Duhai hati...
Kau keras umpama batu
Tetapi ingat
Air bisa meluluhkanmu

Duhai hati...
Kau akan sentiasa diuji

Duhai hati...
Kau telah dipandu dengan wahyu
Kau dicerahi dengan akal
Kau diberi pilihan jalan

Duhai hati...
Tabahlah hadapi dugaan
Allah ada bersamamu
Bukan seketika
Bahkan selamanya...


Hasil Nukilan

~Kangen Ku Di Pusaramu...~


Terkadang ingatan menjelma
Lalu aku melewati persinggahan
Menyapa dan bertemu tanpa nyata
Pandangan nisan yang kaku
Sayunya dan saljunya sore itu


Dedaun kering jatuh berterbangan
Rerumput yang meliar
Ku carik dengan tangan halusku
Yang belum jua basah untuk bakti ku
Hembusan dinginnya angin sepoi
Tetap tak sesejuk dan sedingin hatiku
Yang melepas kangen akanmu...


Didepan pusaramu
Kuhulurkan seutas al-Fatihah
Kuhamburkan serangkai doa
Kupersembahkan ingatan abadi
Supaya tergolong dibarisan hamba2Nya
Agar mendapat rahmat ilahi
Bagi rohmu yang menanti
Di sana...

Monday, June 27, 2011

~segmen kesukaan Kak Limah hingga menjilat jari~



Untuk makluman, saya join contest nie.....
sesiapa nak join contest nie CLICK DISINI

Friday, June 24, 2011

~Tanda2 Kiamat~

Daripada Aisyah r.a berkata : "Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tidak akan berlaku hari kiamat sehingga seseorang anak menjadi punca kemarahan (ibu bapanya) dan hujan akan menjadi panas (hujan yang berkurang dan cuaca akan menjadi panas) dan akan bertambah orang yang buruk kelakuan dan akan berkurang orang yang baik, anak2 akan berani melawan orang2 tua dan orang2 jahat berani melawan orang2 baik".
- (H.R. Thabrani)

~Cara2 Meraikan Tetamu~



Kunjung mengunjung sgt dituntut oleh Islam utk mengeratkan hubungan silaturrahim, tak kira semasa musim perayaan atau tidak.  Hubungan yg telah terjalin tentunya akn lebih mengeratkan persahabtan atau kekeluargan dgn layanan yg sewajarnya.  Islam menggariskan beberapa panduan yg perlu diikuti:-

  1. Ketibaan tetamu disambut dgn senyuman, bersalaman serta menjemputnya duduk di tempat yg selesa;
  2. Bertanya khabar serta berbual2 dgn tetamu ttg perkara2 yg menyenangkan - layanlah dgn bercakap mengikut bidang dan taraf fikiran mereka - elakkan drpd menyentuh perkara yg tidak menyukainya;
  3. Menyegerakan hidangan makanan dan minuman.  Sekiranya kita menjemput, beberapa org dalam satu undangan, kalau ada yg belum tiba tetapi waktu yg dijanjikan sudah berlalu, maka hendaklah menghidangkan utk yg hadir dahulu;
  4. Hidangkanlah makanan yg paling enak yg mampu disediakan, ataupun setakat yg kita mampu adakan.  Jgn berlebih sehingga membazir ataupn dgn nit utk membanggakan;
  5. Jgnlah angkat hidangan sehingga selesai tetamu kakan;
  6. Tidak membezakan layanan terhdp tetamu mengikut pangkat, bagitu juga layanan baik bagi tetamu yg bukan Islam, bahkan patut diberi perhatian dan keistimewaan dgn layanan yg istimewa;
  7. Apabila tetamu hendak balik, iringilah kepulangan mereka dgn doa dan ucapan2 yg baik.
Cara2 Bertamu:-

  1. Memberi salam sblm masuk ke rumah, bertanya khabar dan duduk dimana ada tempat kosong atau ditempat yg disediakan oleh tuan rumah;
  2. Seelok2nya bawalah buah tgn agar tidak menyusahkan tuan rumah serta utk menggembirakannya;
  3. Jgn bertamu terlalu lama hingga menyusahkan tuan rumah, ataupn tetlalu sekejap sehingga tuan rumah tergesa2 hendak menghidang;
  4. Hendaklah mengawal pandangan mata, tidak meninjau ke sana ke mari.  Sikap ini mungkin tdk digemari oleh tuan rumah.  Elakkan duduk mengadap pintu bilik tidur tuan rumah atau ahli keluarganya;
  5. Tidak menunjukkan sikap ternanti2 hidangan seperti sering menolah ke arah dapur kerana ini menandakan kita seorg perakus;
  6. Menghiburkan hari tuan rumah dgn kata2 penghargaan dan terima kasih.  Lebih elok kita mengajak pula tuan rumah utk menziarahi kita nnt.

~Rahsia Hidup Bahagia~

Hari ini hari yg luar biasa dimana aku mendapatkan banyak pengetahuan dan semangat baru... ya...semangat kita menjalani kehidupan utk  mendpt keredaan Allah swt.  

Ada 3 perkara yg perlu kita perhatikan jika kita ingin hidup kita bahgia iaitu:  Semangat, Berfikiran Positif dan Cinta.  

1.  Semangat
Semangat adalah modal penting bagi setiap org utk menjadi bahagia dlm menjalani kehidupan.  Dgn semangat dan keazaman yg tinggi aktiviti kita yg adakan dlm diri menjadikan tenaga positif terhdp segala aktiviti harian.

2. Berfikiran Positif
Sahabatku, Islam adalah agama yg begitu indah iaitu mengajar kita utk selalu berpikir positif/ "positive thinking" atau dlm istilah agama lebih selalu dikenali dgn husnudzhon atau berbaik sangka.  Dgn husnudzhon seseorg tidak akan pernah merasa tersinggung sekiranya org yg diajak senyum tak membalas senyumnya dan kita tidak akan akan terasa hati/sakit hati sekiranya orang lain tidak menghargai diri kita dan tidak akan merasa sedih sekiranya kita kehilangan harta ataupun org yg dicintainya.  Org yg berfikiran positif akan selalu melihat kehadapan dgn selalu berbaik sangka kpd Allah swt. terhad apa yg menimpa dirinya.   Sahabatku, ingatlah bahwa apa yg kita jalani didunia atas usaha yg telah kita lalukan adalah semata2 adalah takdir Allah swt.  Berfikiran positif yg sederhana semestinya selalu kita tanamkan agar hidup terasa lapang dan tidak terbeban.   Tenaga kita akan terhakis seandainya kita selalu berburuk sangka, sebaliknya, fikiran positif akan melahirkan tenaga yg luar biasa yg dpt menambah semangat hidup kita. 

3.  Cinta 
Cinta adalah sebuah anugerah yg Allah swt. berikan kpd setiap insan di dunia ini.  Adanya cinta adalah suatu kepercayaan dlm setiap kehidupan ini iaitu mencintai kerjaya, melayan suami dan anak2 adalah wujud kecintaannya terhadap keluarga.   Begitu pula dgn seorang guru, mengajarkan ilmu kepada anak didiknya merupakan manifestasi dari kecintaannya kpd murid2nya.  Ketahuilah wahai sahabatku, bahawa dgn cinta kita akan lebih bahgia karana cinta akan melahirkan tenaga yg sangat luar biasa yg mampu membuatkan kita selalu tersenyum lebar dan menjalani hidup dgn bahgia. 

Sahabatku ketiga2 perkara di atas adalah sebahagian dari proses biasa agar hidup ini sentiasa bahgia dan selamat mencuba...

Thursday, June 23, 2011

~Solat Tahiyatul Masjid~



Solat Tahiyatul Masjid adalah solat sunat 2 rakaat seperti solat sunat yang lain, hanya niatnya untuk tahiyatul masjid.
Dilakukan untuk menghormati masjid.
Dilakukan apabila mula masuk ke dalam masjid, sebelum duduk.

Niat Solat Tahiyatul Masjid: “Sahaja aku solat sunat tahiyatul masjid dua rakaat kerana Allah Taala".

Nabi bersabda, "Jika salah seorang di antara kamu memasuki masjid, hendaklah dia tidak duduk sebelum mengerjakan solat dua rakaat. (Hadis Riwayat al-Bukhari)

~Tok Imam dan Syiling 20 Sen~

"Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.

"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?" Imam tersebut bertanya kepada dirinya.

"Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup," kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti.

Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.

"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya," pemandu bas tersebut berkata.

Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya perlu berlaku jujur."

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam."

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!"

Sahabat-sahabatku sekalian...

Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam.

Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.


Wednesday, June 22, 2011

~istimewanyer nasi ambang~


~Nasi Ambang atau ambeng ini adalah makanan tradisi masyarakat Melayu Jawa yang biasanya dihidangkan semasa majlis keramaian seperti kenduri, tahlil arwah dan lain2. Keunikan nasi ini ialah ia dihidangkan untuk 3-5 org didlm satu talam bulat dan dimakan secara beramai2. Kadang2 nasi tersebut tidak dimakan di tempat tersebut sebaliknya tuan rumah akan menyediakan pinggan atau membekalkan pembungkus supaya makanan tersebut boleh dibawa pulang dan dimakan bersama keluarga di rumah.

Hidangan Nasi Ambang mengikut tradisi  boleh mencapai 21 jenis lauk, namun mutakhir ini lauk2 tersebut telah dikurang antara 4-8 sahaja. Antara bahan yg biasanya ada utk menyediakan Nasi Ambang zaman sekarang ini ialah :-

- ayam atau daging masak kicap / pedas / goreng / rendang
- sambal goreng
- serunding kelapa
- mee hun/mi kuning goreng
- ikan kering
- tempe goreng / tempeyek
- ulam2

Setakat ini, Nasi Ambang majoritinya mudah didapati di Johor, Selangor dan di negeri2 lain masih susah untuk jumpai, jadi keunikan nasi ini masih misteri lagi. Jika berkunjung ke Johor dan Selangor jgn lupa mencuba Nasi Ambang ini~

~Kita saja yang mengalah, beralah.....~


~Kenapa kadang2, tak selalunya kita saja yg mengalah, lembut sangat hati ini. Kita saja perlu mendahulukan kemaafan, kita juga yg perlu tampil, perlu dulu bertolak ansur. Kerana kita yg lebih muda,?  tapi kadang-kala sebab kita lebih tua juga, kita perlu beralah.

Jika dapat dikeraskan hati sedikit, ada ego menyamai pihak lawan, rasanya hati ni mungkin lebih bagus. Tapi...Allah dah pesan, keutamaan kita adalah memenuhi keperluan dan hajat org lain. Apa hajatnya, mengembirakan dia?

Sememangnya, menunaikan hajat orang ini, pahalanya menyamai menunaikan haji. Hebat bukan? Bukan senang nak pergi haji selalu, apatah lagi memperoleh ganjaran sebanyak itu. 

Apa salahnya, beralah, jadi insan mulia. Banyak ganjarannya, kan?. Antara fadhilatnya orang yang bertoleransi, dan mengembirakan orang lain ini ada tiga:-

 (1) Mendapat pahala sekiranya bersulamkan keikhlasan. Bukan semata-mata melakukannya kerana insan tersebut.

2) Kemuliaan di sisi ALLAH. Bukan senang ALLAH hendak beri kemuliaan ni, apa salahnya jika sesekali berkorban melakukan kebaikan?

3) Menambahkan kasih sayang sesama kita.Tahukah kita betapa gembiranya, tersentuhnya insan yang seorang lagi itu tatkala anda bertolak ansur dan mengalah? Biarlah asyik2 anda, hidupkan hanya sementara. Tak salah menggembirakan hati2i insan yg tersayang, sementara mereka pun masih ada lagi ni.


Rasullullah S.A.W Bersabda:
“Orang islam itu adalah saudara bagi orang islam yang lainnya. Kerana itu janganlah seorang insan menganiaya saudaranya dan jangan membiarkan saudaranya tersiksa. Barangsiapa yang berusaha memenuhi hajat saudaranya, maka ALLAH akan memenuhi hajatnya. Barangsiapa yang melepaskan kesusahan saudaranya sesama islam , pasti ALLAH akan melepaskannya dari beberapa kesusahan di hari kiamat dan barangsiapa yang menutup aib saudaranya, pasti ALLAH akan menurup aibnya pada hari kiamat.”  (HR. Bukhari dan Muslim).


Sememangnya ganjarannya sangat tinggi. Jadilah seorang yang hebat, mungkin bagi yang beralah ini anda rasa susah didunia, namun jangan khuatir ada sesuatu menanti kita di sana kelak..

Bergembiralah berbuat kebaikan, dan tunaikan hajat saudara mara kita, sahabat2 kita, kerana sesungguhnya ALLAH pula akan menunaikan hajat kita.

YA ALLAH, hanya kepadamu kami berserah.~


Hasil Nukilan Sahaja....

Tuesday, June 21, 2011


Jika kamu inginkan kejayaan dunia, hendaklah dengan ILMU. Jika kamu inginkan kejayaan akhirat, hendaklah dengan ILMU. Dan jika kamu inginkan kejayaan kedua-duanya, hendaklah dengan ILMU.~Imam Syafie

Monday, June 20, 2011

~PETIKAN HADIS~

"Syurga ada beberapa pintu :

Sesiapa yang rajin menunaikan solat, maka dia akan dipanggil dari pintu solat;
Sesiapa yang rajin bersedekah, maka dia akan dipanggil dari pintu sedekah;
Sesiapa yang berjihat, akan dipanggil dari pintu jihat; dan 
Sesiapa yang berpuasa, dia akan dipanggil dari pintu Ar-Rayyan".

- (Hadis Riwayat Abu Hurairah)



"Tidaklah seorang hamba berpuasa satu hari kerana Allah melainkan Allah menjauhkannya daripada api neraka sejauh 70 tahun perjalanan".


- (Hadis Riwayat Muslim)

~APABILA TIADA NALURI KEIBUAN~




HARI ini saya ditanya apakah saat paling bahagia selepas saya mendirikan rumah tangga.... tanpa berfikir panjang saya menjawab, saya paling bahagia apabila dikurniakan cahaya mata sekali gus bergelar ibu....

....Sememangnya bagi setiap wanita saat menatap bayi yang baru dilahirkan sukar digambarkan dengan kata-kata.... malah mendengar tangisan pertamanya sudah cukup meruntum jiwa dan meleraikan segala kesakitan serta kesukaran yang ditanggung selama 9 bulan.

....Dan perasaan istimewa itu hanya dirasai oleh insan bergelar ibu dan ia kekal sehingga ke akhir hayat andai terputusnya hubungan antara anak dan ibu atas sebab apa sekalipun.

Umpama lautan tidak bertepi.... begitulah kasih sayang yg dicurahkan oleh ibu kpd anaknya cuma pendekatan yg digunakan mungkin berbeza.... Begitu juga hakikat bahawa kasih sayang seorang ibu terhadap anak2nya tidak pernah berubah sejak dahulu kala hinggalah ke zaman teknologi maklumat dan komunikasi....

Namun gejala pembuangan bayi yg semakin menjadi2 seolah-olah menidakkan perasaan halus wanita utk menyayangi bayi yang dikandungnya selama kira2 9 bulan itu.

....Entah apa yg merasuk jiwa ibu2 muda ini sehingga tergamak bertindak sedemikian rupaya sedangkan bayi yg tidak berdosa itu tidak pernah diminta lahir ke dunia.

Mereka menjenguk muka bumi ini disebabkan oleh keterlanjuran "ibu dan bapa" yg bukan sahaja enggan b/tanggungjawab malah bertindak di luar batas kemanusiaan.

....Itu belum lagi diambilkira tindakan nekad "bakal2 ibu" menggugurkan bayi dlm kandungan semata2 kerana "malu" utk menanggung malu..... mungkin rasa malu kini mengatasi naluri keibuan yg sepatutnya menjadi pendinding utk menghalang kaum wanita dpd bertindak demikian rupa....

....Keterlanjuran seorang gadis sehingga menyebabkan lahirnya bayi yg tidak diingini itu tidak harus diakhiri dgn tindakan yg silap...

Justeru itu banyak perkara yg mesti dijadikan renungan....menangani gejala sosial terutama yg melibatkan pembuangan bayi supaya tidak wujud kelompok "ibu2 muda" yg hilang naluri keibuan.

Malah jauh daripada itu kita mesti merenung nasib anak2 gadis yg belum bersedia utk menjadi ibu tetapi "terpaksa" menerima status tersebut......

Wallahuallam....


Nota : SEMPENA HARI IBU
- Wartawan Utusan Noraini Abdul Razak

~MADAH UTK WANITA SOLEHAH~

~Wahai Wanita~

Wanita solehah itu aurat dijaga, pergaulan dipagari, sifat malu pengikat diri, seindah hiasan di dunia ini.
Keayuan wanita solehah itu, tidak terletak pd kecantikan wajahnya.
Kemanisan wanita solehah, tidak terletak pd kemanjaannya.
Daya penarik wanita solehah itu, bukan pada kemanisan bicaranya yg mengoncang iman para muslimin, dan bukan pula terletak pd kebijaksanaannya bermain lidah dan memujuk rayu.
Kepetahan wanita solehah, bukan pd brg kemas atau perihal org lain, tapi pd perjuangannya meningkatkan martabat agama.

~Wahai Wanita~

Nafsu mengatakan wanita cantik dgn paras rupa yg indah bak permata yg menyeri alam, akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dlm ilmu serta pandai dari segala aspek, hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya, itupun seandainya hati itu bersih utk menilai.

~Wahai Wanita~

Jgn dibangga dgn kecantikan luaran, kerana satu hari nnti ianya akn lapuk di telan zaman, tetapi jaga dan peliharalh kecantikan dalaman, agar diri ini bersih dan sentiasa mendpt rahmat dari Allah swt.

~Wahai Wanita~

Jgn berbangga dgn ilmu duniawi yg kau kuasai, kerana ada lagi manusia yg lebih berpegetahuan darimu.
Wahai wanita jgn pula berdukacita atas kekurangan dirimu, kerana ada lagi insan yg lebih malang darimu.
Wahai wanita solehah jgn dirisau akan jodohmu, kerana muslimin yg bijaksana itu tidak akn terpaut pd wanita hanya kerana kecantikannya. Bersyukurlah diatas apa yg ada, serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.

Salam perjuangan utk sahabatku.....

Sunday, June 19, 2011

~INSAN BERNAMA WANITA~


Ciptaan indah ini
adalah suatu kurniaan Ilahi
bukan untuk dicemuh dan dikeji
dan bukan  jua untuk dipuja hingga terlalai
atau dianggap lemah tanpa gunanya?

Tetapi..
alangkah santunnya
pabila dia dihargai
dibelai dengan penuh kasih
mewarnai semarak cinta dan budi

Hormatilah dia sebagai
insan bernama Wanita
jagailah perasaan halusnya
maruahnya bukan untuk dijual beli
lindungilah dirinya dari dipermainkan
sumbangannya jangan diperkecilkan
kerana dia adalah Wanita
penyambung zuriat bangsa
tulang belakang nadi kehidupan
bersama membantu kejayaan
janganlah dipandang enteng?


~Menggamit Rindu Buat...~


Rindu adalah Kangen
maka rindu itu rasa ingin bertemu
setelah sepi yang panjang
sekian lama perginya...
rindu itu bukan paksaan
rindu itu juga bukan halangan
rindu itu adalah pada kenangan silam
maka kenangan silam itulah antara
yang menjelma

Sebuah teratak lama yang
adanya rindu menggamit
di kala desir angin waktu
dan kita termangu di situ
untuk menikmatinya
rasa sayu...

Tanpa bapa
tanpa emak
tanpa sesiapa

Alahai...!

~Profile~

Assalamualaikum wbth...

Alhamdulillah...
Diberi nama Saridah binti Senin oleh kedua ibu bapa tercinta, Allahyarham Senin bin Hj Alias dan Allahyarhamah Masringah binti Hj Nor.

Saya dilahirkan dalam bulan April dan berbintang Taurus di sebuah kampung iaitu Kg. Sg. Gulang-Gulang, Tg. Karang, Selangor Darul Ehsan.  Memulakan persekolahan di Sekolah Kebangsaan Batu 7 Tg. Karang selama 6 tahun dan meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Dato' Harun Tg. Karang selama 3 tahun seterusnya 2 tahun di Sekolah Teknik Setapak Kuala Lumpur.

Saya suka menulis mengikut perasaan saya...selalunya tulisan yang saya tulis berdasarkan peristiwa semasa atau saya tujukan khas kepada seseorang seperti keluarga rakan-rakan.

Pernah bertugas sebagai kakitangan kerajaan dan kini telah berhenti atau bersara awal dan mengambil keputusan menjadi surirumah sepenuh masa dengan aktiviti sampingan sebagai blogger. 

Merupakan seorang isteri kepada suami dan dikurniakan dengan empat orang cahaya mata 2 orang lelaki dan 2 orang perempuan yang seri dan menjadi amanah dari Allah SWT.

Saya adalah seorang anak, isteri, ummi dan muslimah yang sentiasa ingin memperbaiki diri.

Salam ukhuwah...

~SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...