Pages

Saturday, October 29, 2011

~Apabila Suami TIDAK SEHEBAT isteri~

Dlm hati aku mengeluh sendirian..."mengapalah suamiku tdk sehebat aku"?

“Abang pergi sukan sekolah Iwan, boleh? Saya kena pengerusikan mesyuarat jabatan minggu depan. Tak boleh tangguh.”

“Awak ajalah pergi. Abang pun kerja.”

“Cuti ajalah, bang. Saya susah. Kalau saya tak ada, budak2 kat pejabat tu tak boleh buat kerja...”

“Malaslah. Awak ajalah pergi...”


Man berlalu, Fida tinggal kebingungan. Keliru, marah, kecil hati dan terkilan. Mengapa suaminya tdk boleh membantu sedikit pun? Dia tdk harap byk wpun selama ini dia yg mengeluarkan wang ringgit utk mencukupkan kekurangan dlm rumah dan makan pakai tetapi Fida yg tolong melengkapkan. Tapi mengapa dlm masalah sekecil ini, Man tdk boleh bertoleransi dgnnya?

Isu pengagihan tugas boleh menjadi kudis dlm rtangga jika dibiarkan berlarutan. Wpun npk remeh ttpi ia meyumbang byk dlm keharmonian perkahwinan. Zaman ini suami isteri sama2 bekerja. Ada ketikanya, isteri berjawatan lebih tinggi. Sygnya dlm urusan rumahtangga pengagihan tugas masih gagal dijayakan.

Kerapnya isteri yg byk memikul tugas. Kerja di pejabat tdk selesai, balik ke rumah, dia tambah terbeban sdgkan tugas rumahtangga boleh ringan jika dipikul bersama.

Mmg benar fungsi asas wanita selepas berkahwin ialah menguruskan rumahtangga. Sesuai ajaran Islam, isteri bertugas dlm persekitaran rumahtangga, termasuk menguruskan anak.. mengemas rumah..dan memasak, yg menjadi amalan tradisi wanita, sesuai dgn fitrah dan emosi mereka.


Begitulah cth yg sdg melanda ramai wanita bekerjaya masa kini. Mereka ada kelulusan..kelayakan. Mereka mengharapkan suami mereka juga sehebat mereka, jika tdk dari segi pangkat..wang ringgit atau kedudukan, sekurang2nyer suami memainkan peranan sebagai suami yg bertjwb dlm sebuah rumahtangga..

~Mensyukuri REZEKI~

Makan biar berpada2, jgn tamak dan berlebih2an. Bersyukur dgn setiap rezeki yg ada, sama ada sedikit atau byk..ia tetap rezeki. Makanan yg sedikit pun mampu mengenyangkan sekiranya dimakan dgn syukur. Sementara makanan yg byk, jgnlah dibazirkan..

Daripada Jabir bin Abdullah, katanya, Rasulullah saw bersabda:
Makanan seorang cukup utk 2 org, makanan utk 2 org cukup utk 4 org, dan makanan 4 org cukup utk 8 org”- (Sahih Muslim).

Dalam satu kisah, Abu Hurairah menceritakan, Rasulullah saw menerima tetamu seorg kafir. Rasulullah menyuruh org memerah susu seekor kambing utk minuman tetamunya, lalu habis diminum oleh tetamu itu. Kemudian baginda menyuruh diperah susu seekor kambing lagi, juga habis diminum tetamunya. Disuruh lagi memerah susu kambing lain, habis juga diminum oleh tetamunya sehingga tujuh ekor kambing semuanya.

Keesokan hari, tetamunya itu memeluk Islam. Rasulullah saw memerintahkan supaya diperah susu seekor kambing utk minuman tetamu itu. Susu itu habis diminum. Kemudian baginda menyuruh org memerah susu kambing yang lain. Bagaimanapun tetamunya tidak mampu lagi menghabiskan susu itu.

Melihat ini, Rasulullah saw bersabda...
Org mukmin minum dgn satu perut dan org kafir minum dgn tujuh perut”- (Sahih Muslim).

~masa yang sesuai utk minum air~

~Semua orang tahu, minum air adalah sgt penting dan sgt baik utk kesihatan..tapi adakah anda tahu bilakah masa yg PALING BAIK utk anda minum air..?


Minum dua gelas air masak - SELEPAS BANGUN TIDUR..
Ianya membantu mengaktifkan organ dalaman.

Minum segelas air masak - 30 MINIT SEBELUM MAKAN..
Ianya membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan.

Minum segelas air masak - SEBELUM MANDI..
Ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah.

Minum segelas air masak - SEBELUM TIDUR..
Ianya dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur.

~Menurut kajian di Jerman, kita boleh membakar kalori dgn minum 1.5 liter air putih atau air sejuk..jadi secara tak langsung membantu kita menjaga berat badan yg ideal~

Friday, October 21, 2011

~Contohi Resmi BURUNG~

Rezeki tdk dtg bergolek tetapi harus diusahakan. Sebaik2 rezeki dtg drpd hasil usaha sendiri, bukan mengharapkan simpati atau mengambil kesempatan drpd usaha yg dilakukan org lain..

Contohilah resmi sang burung, yg selalu keluar dari sarang dgn perut kosong tetapi kembali semula dgn perut penuh berisi. Resmi burung turut menjadi perhatian Rasulullah s.a.w seperti sabda baginda..
"Berangkat pada waktu pagi dlm keadaan perut kosong dan pulang sebelah petang dgn perut yg penuh (kenyang)". (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)

Imam Ahmad bin Hambal pernah ditanya seseorang.."apa pendapat tuan mengenai orang yg hanya duduk di rumah atau di masjid dan dia berkata, saya tidak akan mengerjakan sesuatu sehingga rezeki dtg dgn sendiri." Imam Ahmad bin Hambal menjawab, "orang tersebut sangat bodoh dan tidak faham mengenai agama."

~Jangan berprasangka buruk..~

Assalamualaikum wbth..
Hidup kita tdk lekang dari berprasangka buruk atau buruk sangka..jika diri terlibat.., kunci menanganinya adalh beristighfar dan bertaubat..

“sipolan rajin ke surau.. maklumlah nak tunjuk dia alim..”

"sipolan selalu keluar mlm..ntah2 dia nie keje merompak ke..pelayan ke..pelacur ke.."

"sipolan selalu tolong boss..nie mesti nk boleh supaya cpt naik pangkat.."

"sipolan selalu berpakaian smart2..ntah apa2 lah kerjanyer kuli ke apa.."

..itulh antara ayt atau dialog mengenai berprasangka terhadap org lain.. sikap buruk begini menjadi satu “trend” dlm hidup..hingga kdg2 timbul pulak fitnah2 yg tdk sepatutnya..
..sikap begini selalu membuatkan kita bergaduh dgn teman2 mahupun timbul rasa benci terhadap org lain..

..dlm hati sering tertanya, bagaimana nk hapuskan sikap buruk sangka nie..? memang tidak semudah yg disangka..sikap itu dtg dari diri kita sendiri..apa yg perlu kita buat ialh sentiasa berfikiran positif..apabila bertemu dgn musuh mahupun rkn yg kita tk suka.

"siapalah kita nk menghukum manusia"..rajinlah muhasabah diri..sedar bahawa siapakah kita yg sebenar..layakkah kita mengkritik org..?? ingatlah..kita hanya hamba Allah yg tdk dpt lari dari melakukan kesilapan..yg..setiap manusia pasti pernah melakukan kesilapan atau kesalahan..sebesar manapn dosa seseorg itu, kita tdk lyk menghukum mereka..

..berprasangka buruk ini sering berkait rpt dgn rasa hasad, dengki, iri hati atau cemburu..ia teramat sukar dibuang namun wajiblah ia dimasukkn dlm senarai utama yg perlu kita hindarinya sedaya upaya..artikel ini bertujuan sama2 berusaha menjauhinyer agr kehidupan kita akn lbh diredhai dan diberkati oleh Allah swt...

..mudah2han kita dpt mengekalkan ukhuwah sesama insan yg sememangnya dianjurkan oleh Rasulullah saw dlm Islam..

Wallau’allam..

Monday, October 17, 2011

~Betapa Berharganya Seorg Wanita...~

Assalamualaikum...
Ketika Tuhan menciptakn wanita, malaikat dtg dan bertanya, "Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan ??"

Tuhan menjawab,"Sudahkh engkau melihat setiap anggota yg tlh aku ciptakan utk Wanita ?" Lihatlah dua tgnnya mampu menjaga byk anak pd saat bersamaan, punya pelukan yg dpt menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dgn dua tangan".

Malaikat menjawab dan takjub, "Hanya dgn dua tgn? tdk mungkin !

Tuhan menjawab, "Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".

Malaikat mendekati dan mengamati wanita trsbt dan bertanya, "Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah2 terlalu byk beban baginya?"

Tuhan menjawab, "Itu tdk seperti apa yg kau bayangkan, itu adalah air mata."

"Untuk apa???", tanya malaikat.

Tuhan melanjutkan, "Air mata adalh salah satu cara dia menunjukkn kegembiraan, kerisauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan kebanggaan, serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki, ini hya bbrapa kemampuan yg dimiliki oleh wanita.

Dia dpt mengatasi beban lbh baik dari lelaki, dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendptnya sendiri, dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan, mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu, bahkn tertawa ketika ketakutan.

Dia berkorban demi org yg dicintainya, dia mampu berdiri melawan ketidak adilan, dia menangis saat melihat anaknya adalh pemenang, dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia, dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.

Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian, tapi dia mampu mengatasinya. Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dpt menyembuhkan luka.

Allah SWT berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan utk menjadi seorg yg istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat utk menopang dunia, namun, harus cukup lembut utk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dlm utk mampu melahirkan ank dan menerima penolakan yg seringkali dtg dari anak2nya."

"Aku memberinya kekerasan utk membuatnya tetap tegar ketika orang2 lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dgn penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan utk mencintai anak2nya dlm setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sgt menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan utk menyokong suaminya dlm kegagalannya dan melengkapi dgn tulang rusuk suaminya utk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan utk mengetahui bahwa seorg suami yg baik takkan pernah menyakiti isterinya, ttpi kdg menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya utk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"dan akhirnya, Aku memberinya air mata utk dititiskan. Ini adalh khusus miliknya utk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorg wanita bukanlah dari pakaian yg dikenakannya, susuk yg ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorg wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada"

"CINTANYA TANPA SYARAT. HANYA ADA SATU YG KURANG DARI WANITA, DIA SELALU ALPA BETAPA BERHARGANYA DIA..."

Wallahu'allam..

Wednesday, October 12, 2011

~ MAZLAH OH MAZLAH ~

Amir duduk di meja mkn dgn lesu. Sudah lama benar dia tdk berselera mkn. Fikirannya berserabut. Tindakan Mazlah isterinya memeningkn kepala. Sygnya pd Mazlah msh kukuh, tetapi tingkah laku Mazlah di luar dugaan. Puas Amir mencari silapnya, ttpi rasanya tiada apa kesilapan yg pernah dilakukannya.

Dia berkira2 lagi, mencongak2, menghitung2, tolak, campur, bahagi. Kebaikan, keikhlasan dan kesetiaan yg pernh dilakukan bertambah byk silapnya. Amir risau lagi.

Dlm tempoh sethn ini rasanya sdh lbh 10 kali dia meminta maaf kpd Mazlah. Tetapi Mazlah tdk pernah langsung mengucp bahkan permohonn ampun kpdnya. Malah permintaan maaf Amir selama inipn tdk pernah disambut Mazlah dgn senyum dan manja.

Sebaliknya Mazlah mencampakkan bantal atau melepaskn apa2 saja yg ada ditgnnya dgn kasar dan menarik muka 12.

“Baiklah Maz, abg minta maaf” pujuk Amir demi menenangkn kedaaan.

“Maaf !” ejek Mazlah dgn jelingan, “Jgn minta maaf lagi”, tengking Mazlah terus menghempaskn tubuhnya dikatil.

“Maz !” terkejut Amir.

Sebenarnya kejutan itu bkn perkara baru. Sebelum inipun pernah beberapa kali Amir disentak tutur dan tingkah Mazlah.

Mazlah beralih membelakangkan Amir.

Maaf adalh milik seseorg yg mulia fikir Amir. Memaafkan org yg memohon maaf adalh lebih mulia lagi. Dulu masa baru2 kahwin klau Amir memohon maaf, akn disambut dgn senyum kemanjaan dan kemesraan, malah lebih drpd itu.

Perbezaan taraf penddidikan dn pekerjaan menambah tekanan pd Amir. Amir hanya Pemb.Am Rendah disebuah Jab.Kerajaan, manakala Mazlah Jurutera Kanan disebuah Jab.Kerajaan berlainan. Lantaran itu dia terasa sgt dirinya diperbudak2kn.

Amir menatap wajah ank tunggalnya, Nurul Aina hasil perkongsiannya dgn Jurutera Mazlah. Aina nama manjanyer yg berusia 3 thn senyum riang. Ank kecil itu tdk tahu apa2. Dia akn riang apabila gembira, akn menangis apabila kehendaknya tdk dituruti. Dan dia akn melihat terkebil2 apabila ayh dan ibunya bertengkar.

Hanya Aina yg sering melembutkan hati Amir. Aina perlukan syg ayh dan ibu dgn sempurna. Memikirkan masa dpn Aina, Amir tangguh dgn keputusannya. Dgn berat hati dia terfikir2 utk membatalkan keputusan yg sering dibuatnya. Biarpn sesekali dia terasa spt budak suruhan Mazlah sahaja.

Mazlah spt tdk memerlukan Amir lagi. Tindak tanduk Mazlah menyakitkan hati, mencabar kelakiannya. Amir sudah berbincang dgn ibunya, tetapi kata ibunya jgn, jgn, dan jgn...

Masalah yg dihadapi Amir mmg rumit. Tindakan luar biasa Amir mmg mencabar 3 hingga 4 bln kebelakangan ini lebih menjadi2, tetapi masih boleh bersabar. Amir akui juga, kesabaran akn berakhir kalau Mazlah berterusan begitu.

Wednesday, October 5, 2011

~Kalimah BISMILLAHHIR RAHMANIR RAHIM~

~Mendahulukan sesuatu itu dgn membaca 'Basmallah' (Bismillahir rahmanir rahim) setiap kali memulakan atau melakukan sesuatu urusan, pekerjaan atau perbuatan sebenarnya memberi kebaikan dan memiliki fadhilat yg sgt besar kerana ia mengutamakan Asma & Kebesaran Allah SWT.~

~Adalah sgt singkat namun kadangkala sgt sulit utk diucpkan..~

..mengamalkan membaca ketika hendak tidur sebanyak 21 x nescaya aman & bebas dari syaitan, kecurian, maut mengejut dan bala bencana.

..dibacakan pd telinga org yg pengsan sebanyak 41 x, insya’Allah akan sedar dan kembali sedar.

..cepat hajatnya dikabulkan Allah, bacalah dgn menghadap kiblat sehingga matahari terbenam selepas solat asar dlm keadaan bersih, suci dari hadas dan najis. Kemudian, mohonlah pa Allah hajatnya. Insya’Allah segera dikabulkan Allah dgn kemurahan sifat Rahman dan Rahim-Nya.

..agr sentiasa dilapangkan & mudah urusan rezkinya serta disegani dimuliakan oleh makhluk, perbanyakkan membaca sebanyak 66 x dgn memanjangkan lafaz jalalahnya dan membaca doa:'Ya-Allah, bukakanlah bagiku pintu rahmatmu & kurniamu serta rezkimu. Curahkanlah keatasku perasaan redha kepadamu & bertakwa kepadaMu. Mudahkanlah bagiku utk memperoleh rezkiMu & sekalian makhlukMu, sesungguhnya engkau berkuasa ke atas setiap sesuatu'.

..membaca ketika hendak menyetubuhi isterinya, kelak anaknya menjadi org yg cerdas & terbuka hati sehingga menjadi anak yg soleh.

..membaca pd hari Ahad disaat matahari terbit dgn menghadap kiblat sebanyak 313 x & selawat ke atas Nabi Muhammad sebanyak 100 x, Allah menganugerahkan rezki pdnya tanpa diduga sama sekali.

~Sabda Nabi Muhammad saw:'Bahawa sesuatu perbuatan yg baik tanpa dimulai dgn Bismillah maka ia akan terputus dari rahmat Allah swt'.~

~Dlm riwayat yg lain Nabi Muhammad saw bersabda:'Tiada seorang hamba yg mengucapkan Bismillah kecuali Allah memerintahkan malaikat yg bertugas mencatat amal manusia utk mencatat dlm buku amalannya 400 kebaikan'.~

~Marilah kita berlumba2 mengejar rahmat Allah yg luas dgn memperbanyakkan bacaan Bismillah dlm setiap amalan kehidupan harian kita.~

Wallahualam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...