Pages

Friday, September 30, 2011

Bermulanya Musim Haji...

Assalamualaikum wbth...

Panggilan Haji, Telah Tiba Lagi
Menunaikan Ibadah, Panggilan Baitullah
Tanah Suci Mekah, Ya Makkatulmukarramah..


Lagu yg biasa kita dengar iaitu Rukun Islam yang ke 5.
Saya ingin menunaikan haji pd usia muda. Saya membuat pendaftaran haji pd tahun 2009... Tahun giliran ialah 2027... kalau ada umur masa itu, tdk muda lagi. Keutamaan diberikan kpd warga emas iaitu golongan 70 thn ke atas. Sepasang suami isteri kawan sebaya kami mendpt jemputan drpd Allah swt utk haji tahun ini. Mereka membuat pendaftaran pada tahun 1999...

Pada pandangan saya kebiasaannya rakyat Malaysia menunaikan haji pd usia yg lanjut.. Salah satu faktor mengapa ianya menjadi demikian ialah faktor kewangan... Jika org miskin menunaikan haji pd usia tua adalah lumrah.. Namun org kaya juga lambat menunaikan haji... Ia sesuatu yg membimbangkan...

Kenapa mahu pergi menunaikan haji pd usia muda? Haji adalah tarbiah. Haji adalah pendidikan drpd Allah swt... Muslim yg mendpt tarbiah haji akan menggunakan didikan itu agr dpt digunakan sepanjang hidupnya... Itulah falsafah haji...

Pergi haji itu sgt rapat dgn kekuatan niat, kerinduan & tekad. Byk kisah ttng org yg tdk mampu secara keupayaan / kemampuan fizikal, kewangan dan keilmuan, tapi Allah swt mengundangnya ke Baitullah. Ramai juga diantara kita yg serba serbi mampu, tetapi tidak jua melakukannya. Adalah rahsia Allah swt yg menentukan, apakah kita lyk diundang olehNya atau tidak. Tugas kita adalah menguatkan niat, kerinduan & tekad trsbt agr Allah swt berkenan menjemput kita... Bagaimana caranya?

Perbanyakkan Doa kpd Allah swt, adalah cermin dari keinginan yg kuat. Kita meminta kpd Allah swt kerana Dialah Yang Berkuasa utk mengundang seseorg ke Baitullah. Seberapa byk keinginan kita pergi haji biasa dilihat dari doa kita, apakah kita pernah atau sering berdoa meminta kpd Allah swt dpt (pergi haji) atau tidak.

Lebih mendekatkan diri kpd Allah swt dgn ibadah - Jika kita dekat dgn Allah swt, tentu Allah juga dekat dgn kita, dan mengabulkan keinginan kita.

Ya Allah, semoga hambamu ini tergolong dan tercapai hasrat utk menunaikan ibadah haji..Amin..

Wallahu a’lam bish-shawab. Semoga bermanfaat.

Friday, September 23, 2011

~Coretan ku~

Assalamualaikum wbth..

Jika kelmarin tersungkur,
Tapi hari ini..,
Bangunlah dari lena kealpaan,
Tegak di atas tugu perjuangan,
Melangkah di atas landasan pertimbangan,
Mara di atas dasar kesedaran,
Berlari di atas sinar keyakinan..

Bln Syawal sudah hampir diperhujungnyer. Baru teringat..besok (sabtu) ada kelas tajwid. Dah byk tertinggal agaknyer sbb sepanjang bln Ramadhan ana belum pernah pergi kelas. Apa khabar agaknyer Kak Noraini, Kak Sofiah, Kak Maimun, Kak Som dan yg lain2nyer. Anak2 dah balek asrama, anak ke 3 baru nak trial SPM dan yg bongsu dah selesai UPSR.
Ya Allah ya Tuhanku, Kau lindungilah anak2 ku dari sebarang bencana, malapetaka dan perkara2 yg buruk berlaku ke atas mereka. Lindungilah mereka Ya Allah..Kau jauhilah kami sebagai ibubapa dari sifat cuai. Kau berilah kami menjadi ibubapa yg terbaik kepada anak2 kami..

Thursday, September 22, 2011

~ RAHSIA SURAH-KAUTSAR ~

(Catatan : Kuliah Jumaat di JKR - Tafsir Al-Quran bersama Ust Dato' Dr Fatma El Zahara)

Bismillah........hirohma...nir'roh himm.....

"Innaa'kthoina'kalkautsar, fashallilirabbikawanhar, innashania'ka huwal abtar".

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad saw kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1. Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah swt makbulkan doa kita.

2. Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'Allah hilang dahaga.

3. Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4. Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah swt bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5. Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6. Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7. Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah swt akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Insya'Allah kita boleh amalkan selalu...

Tuesday, September 20, 2011

~Jodoh Dulu & Jodoh Sekarang~

Salam ukhuwah utk pembaca..
Dulu2 pilih jodoh dlm perkahwinan ditentukan oleh ibubapa. Ibubapa memainkan peranan penting dlm menentukan jodoh anak2nyer. Istilah cinta dulu kemudian kahwin jarang2, masa dulu yg ada kahwin dulu kemudian cinta.

Ibubapa memilih gadis2 yg baik2 utk dijadikan menantu. Keutamaan bukan cantik, ciri utama adalah budi bahasa & adab sopan serta boleh mengurus rumahtangga spt mengemas, memasak & tidak keluar rumah dgn sesuka hati. Gadis2 yg tdk memiliki ciri2 spt yg disebutkan itu alamat sukarlah utk mendptkan jodohnyer sekalipun rupa paras mmg ader.

Diwaktu itu sgt malu kalau seorg gadis itu lambat dipinang org, adalah suatu yg janggal jika ada ibubapa membenarkan anak gadis bekerja apatah lagi kalau tinggal berjauhan.

Skrg lain..pilihan keluarga atau pilihan sendiri, mestilah nak yg boleh ngam dgn pasangan. Bab kahwin ni, bukan nak setahun dua katanyer..kalau boleh nak sampai ke syurga. Kalau pilihan sendiri, mungkin dah kenal serba sedikit perangai dan latar belakangnya.

Skrg wanita mendpt peluang utk bekerja spt lelaki..setelah tmat persekolahan anak2 muda samada perempuan/lelaki cuba mendptkan pekerjaan di bandar2. Ramai anak2 muda tidak mahu lagi jodoh mereka ditentukan oleh org tua mereka. Sebaliknyer mereka sendiri yg mencari dan memilih teman yg sesuai dan suka utk menjadi calon isteri/suami.

Sesiapa pun jodoh kita..biarlah dia akan menjadi penyejuk mata, hidup bersama bukan sehari dua..dunia akhirat bersama itulah impian kita..

Berdoalah..
"rabbana hablana min azwajina wa zurriyatina min qurrati a'yun, waj 'alna lil muttaqinna
Imamma
".
Ertinya..
"Tuhan kami kurniakanlah kami pasangan dan zuriat yg menjadi penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin kpd org bertaqwa".

Kahwinilah perempuan itu kerana empat perkara: Kerana harta benda, keturunan, kecantikan, dan agama. Tetapi utamakanlah wanita yang taat kepada agama, pasti kamu akan bahagia Sahih Muslim:2661)

Wallahualam..

Tuesday, September 13, 2011

Menjadi suri rumah yg berpengetahuan

~Membaca adalah satu anugerah dan byk faedahnya.  Byk sumber bacaan yg mudah kita perolehi, hanya terpulang kpd kita menentukan bahan mana sesuai dan baik dipilih.  Sebagai wanita yg sekali gus isteri dan ibu, kita perlu bijak menentukan bhn bacaan berguna.

Mungkin ada suri rumah menyatakan "kerja rumah byk, mana ada masa nk sentuh buku, lainlah wanita bekerja".  Bagi yg pernah bekerja, di pejabat pun kdg2 tiada masa nak sentuh buku.

Tidak dinafikan kerja2 rumah sehari2 kerap mengisi waktu yg ada, sehingga mengurus diri sendiripun ada kala diabaikan.  Namun jika bijak mengatur masa, pasti ada ruang yg boleh anda isi dgn membaca.  W/pun sekadar setengah jam atau sejam sahaja sehari pasti memberi manfaat yg bkn sedikit.

Sudah tiba masanya kita wanita mengisi diri dgn ilmu pengetahuan yg luas.  Jgn hanya menghadkan kegiatan seharian dgn kerja2 rumah semata2.  Bkn bermakna kita tdk menghargai / ingin mengabaikan t/jawab kpd suami dan anak2, tetapi jika kita pandai mengatur waktu dan membahagikan tugas, kita dpt menjadi suri rumah dan wanita yg lebih berjaya...~

Wednesday, September 7, 2011

Akulah Lilin Harapan

Ada 4 Lilin yg menyala, sedikit demi sedikit lilin tersebut habis meleleh dan suasana terasa begitu sunyi sehingga terdengarlah percakapan mereka.

Lilin pertama berkata: "Aku adalah Damai, namun manusia tak mampu menjagaku, maka lebih baik aku mematikan diriku saja!", demikianlah sedikit demi sedikit sang Lilin padam.

Lilin kedua berkata: "Aku adalah Iman, sayang aku tak berguna lagi, manusia tak mahu mengenaliku, utk itu tak ada gunanya aku tetap menyala!", bila selesai berbicara, tiupan angin memadamkannya.

Tanpa terduga...seorang anak masuk ke dlm kamar, dan melihat ketiga lilin telah padam, karana takut akan kegelapan itu, ia berkata:"Eh, apa yg terjadi? kalian harus tetap menyala, aku takut akan kegelapan!" lalu ia menangis tersedu sedu. 

Dengan sedih Lilin ketiga berbicara: "Aku adalah Cinta, tak mampu lagi aku utk tetap menyala, manusia tidak lagi memandang dan menganggapku berguna, mereka saling membenci, bahkan membenci mereka yg mecintainya, membenci teman serta org yg ada disekitarnya", tanpa menunggu waktu lama, maka matilah Lilin ketiga...

Lalu dgn terharu Lilin keempat berkata: “Jgn takut, janganlah menangis, selama aku masih ada dan menyala, kita tetap dpt selalu menyalakan ketiga lilin lainnya kerana aku adalah HARAPAN” dgn mata bersinar, budak kecil itu mengambil lilin harapan, lalu menyalakan kembali ketiga lilin lainnya.

Moral kisah ini:
Apa yg tidak pernah mati hanyalah HARAPAN yg ada dlm hati kita semoga kita mampu menjadi seperti budak kecil itu dimana dlm situasi apapun mampu menghidupkan kembali Iman, Damai, Cinta dgn HARAPAN yg subur dlm jiwa kita.. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...