Pages

Friday, November 2, 2012

Terasa sunyi !

riuh rendah suara-suara
afiq, afiqah, adilah dan haiy
namun hati terasa sepi...
 
hingar bingar bunyi suara
dari televisyen atau radio
namun telinga ini tiada mendengar...
 
semua kerana teman bicaraku...
suamiku, kepergian menunaikan
tanggungjawab kepada negara
putra, putriku,
sudah kepergian sebagai pelajar...
dan aku iringi dengan doa...
semoga permata hatiku berjaya !

Pernah tak anda alami kesunyian ?, lebih2 lagi waktu2 malam mcm ni ? Jam sekarang dah pun pukul 12, mata pun tak mau tidur lagi, bila dah tak tidur ni, tiba2 terasa sunyi pula... Dah lama jugak tak rasa sunyi nih. Bila berada dlm keadaan kesunyian, kita lebih cenderung untuk fikir sesuatu yang dah lepas, contoh kisah2 semasa alam persekolahan, kisah2 manis dgn kawan2, keluarga dan mcm2 lagi la yg akan cuba kita ingat... tetapi, tak semua yg kita ingat tu manis, mungkin ada juga pahit...

Sebenarnya aku tengah mencari2, aktiviti apakah yg sesuai utk dilakukan ketika sunyi mula datang... Kebiasaannya, aku akan surf internet, baca blog atau membaca buku, tak lama tu aku mesti mengantuk dan masuk tidur. Persoalanya, boleh ke aktiviti ni menghilangkan kesunyian dikala keseorangan ? Bila datangnya kesunyian ni, mungkin kita tak akan dpt menumpukan perhatian dgn apa yg kita buat, contohnya membaca buku dlm keadaan sunyi, mesti susah nak fokus, sebab fikiran kita bukan lagi pada buku, tetapi pada sesuatu yg lain...

Kebiasaanya kesunyian ni dtg masa kita sorang2. Cuba kita renung2kan sekejap, kenapa masa kita keseorangan sahaja kita akan kesunyian ? Mungkin masing2 ada jawapannya tersendiri...

Tapi bagi aku, kesunyian ni akan dtg semasa kita kesorangan tanpa berteman sebabnya, masa itu saja lah kita akan terfikir akan kisah silam, mungkin mengenangkan kesalahan2 lepas. Kita tak rasa sunyi bila dirumah ada org yg akn menutup kesunyian kita...

Apa Nak Buat Bila Terasa Sunyi ?... cuba try...

~Ambil masa untuk maafkan semua org yg pernah sakitkan hati kita. Kita tak tahu bila kita akan meninggal dunia, kalau kita tak maafkan semua org, mungkin ada yg terpaksa menanggung dosa sampai dia meninggal, jadi dlm masa kesunyian tu tadi, kita sebenarnya akan lebih terbuka dan berfikiran positif...

~Kenang semula kejayaan yg kita perolehi... mungkin dahulu kita pernah mendpt anugerah... kejayaan atau kenangan2 manis... sedikit sebanyak dpt memberi kita motivasi...

~Membuat sebarang keputusan semasa kesunyian ini tidak akan diganggu atau dipengaruhi oleh org lain... masa2 kesunyian inilah masa sesuai untuk kita membuat keputusan...

~Siapa yang ada blog/facebook mungkin boleh buat entry/luahan hati atau cara lain adalah membalas komen2 dari pembaca...

Kesimpulanya... kesunyian dan ketakutan itu tidak membawa keburukan... cuba mafaatkan lebih2 lagi bila kita keseorangan...

Wednesday, October 17, 2012

musim HAJI tiba lagi...

Assalamualaikum wbth...
Panggilan haji...
Telah tiba lagi...
Menunaikan ibadah...
Panggilan Baitullah...

Tanah Suci Makkah...
Ya Makkatul Mukarramah...
Tanah Suci Makkah...
Ya Makkatul Mukarramah...
 ( lagu rukun Islam Ke 5 )
 
Saya sering berdoa semoga dimakbulkan Allah SWT untuk menunaikan haji pada usia muda... Saya mempunyai keinginan yang sangat kuat dan membuat pendaftaran haji pada tahun 2009... Tahun giliran ialah 2027... insya Allah kalau ada umur masa itu tidaklah muda lagi.

Sepasang suami isteri rakan sebaya kami mendapat jemputan daripada Allah SWT untuk pergi haji pada tahun ini... Mereka membuat pendaftaran dengan Tabung Haji pada tahun 1999.

Selalunya ramai dikalangan jemaah yang telah berdaftar dengan Tabung Haji untuk menunaikan fardu haji mengintai2 tempat kursus untuk dihadiri... Manalah tahu jika sekiranya nama mereka tersenarai untuk jemputan sebagai tetamu Allah pada tahun ini... Namun tidak kurang juga ada dikalangan kita yang tidak mengambil peduli dengan seruan haji atau umrah ini... Mereka merasakan ibadah itu hanyalah kepada golongan2 tertentu sahaja... iaitu mereka yang mendapat seru...

Betulkah untuk menunaikan ibadah haji dan umrah ini perlu menunggu sampai seru ?

Sesetengah orang ber alasan “belum sampai seru” untuk melengah2kan perlaksanaan ibadah haji... “Belum sampai seru” bukanlah alasan untuk mengabaikan keutamaan ibadah haji kerana seruan haji sudah lama disampaikan oleh Allah SWT melalui “lisan” Nabi Ibrahim AS.

Mereka yang bekerja kampung mengalami faktor kewangan memenuhi syarat wang tabungan yang secukupnya untuk mengerjakan haji... namun terpaksa menunggu giliran terlebih dulu... atau keutamaan diberikan kepada warga emas iaitu golongan 60 tahun ke atas.

Ya Allah, semoga hambamu ini tergolong dan tercapai hasrat untuk menunaikan ibadah haji... Amin...Ya Rabb...

Wallahu a’lam bissowab...

Thursday, October 11, 2012

siapakah yg didoakan oleh MALAIKAT ?

1.  Org yg selalu mengajar kebaikan kpd sesama manusia. 
Rasulullah saw bersabda,  "Sesungguhnya Allah, malaikat Nya, penghuni langit dan bumi bahkan semut yang berada disarangnya juga ikan2 akan selalu mendoakan kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia." (Hadis Riwayat Muslim dari Abu Hurairah).

2.  Org yg menunggu utk solat berjemaah.
Rasulullah saw bersabda, "Sesungguhnya malaikat mendoakan orang yang berada ditempat duduknya (utk menunggu dtgnya solat berjemaah) selama belum berhadas (batal wuduk) dan malaikat berdoa; "Ya Allah, ampunilah segala dosanya, ya Allah sayangilah dia."

3.  Org yg solat di saf hadapan.
Rasulullah saw bersabda, "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat Nya berselawat ke atas orang-orang yang berada di saf pertama.” (HR Abu Daud).

4.  Org yg merapatkan saf.
Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat mendoakan (merapatkan) barisan yang renggang, maka Allah akan mengangkat darjatnya." (HR Ibnu Majah).

5.  Org yg bangun menjelang waktu subuh utk melakukan solat, berdoa, zikir dan sahur.
Ia disebut didalam hadis, “Sesungguhnya Allah dan malaikat Nya mendoakan orang-orang yang bangun pada waktu sahur, fajar." (HR Ibnu Hibban).

6.  Org yg sentiasa berselawat kpd Nabi Muhammad saw.
Rasulullah saw bersabda, “Kalau orang berselawat kepada ku maka malaikat juga akan mendoakan keselamatan yang sama baginya untuk itu hendaknya dilakukan, meski sedikit atau banyak." (HR Ibnu Majah dan Tabrani).

7.  Org yg membelanjakan hartanya ke jalan Allah swt.
Rasulullah saw bersabda, maksudnya, “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…"

8.  Org yg menjenguk dan mengunjungi org sakit.
Rasulullah saw bersabda,  “Tidak ada seorang mukmin menjenguk atau mengunjungi orang sakit pada petang hari kecuali ia disertai oleh 70 ribu malaikat yang memohonkan ampun atas dosa-dosanya sehingga waktu pagi tiba, dan ia akan diberi musim yang sejuk kelak dihari kiamat.  Dan sesiapa yang menjenguk orang sakit pada pagi hari maka ia akan diiringi 70 ribu yang memohonkan ampun atas segala dosanya sehingga waktu petang tiba dan kelak disyurga ia akan diberi musim yang sangat sejuk". (HR Abu Daud).

InsyaAllah semoga kita termasuk dan tersenarai sama.

WAllahu’alam bisawab...

Tuesday, October 9, 2012

kehilangan yg tersayang

"Gambang"
 
"..memang amat sedih yang tak terkata bila sesuatu yang kita sayang tiba2 hilang..apatah lagi dia kucing istimewa yang manja dan comel..teman rapat yang selalu selalu tidur dengan kami dan sentiasa mengekori kemana2 pergi yang membuat kita sentiasa ceria..dan kita sudah anggap sebagai sebahagian daripada ahli keluarga yang sangat berdikari.."

Kalau sedang berada dalam mood sedih..namun kita cuba berlakon seperti tidak ada apa2 yg berlaku..jauh disudut hati..kita gagal utk kuat menghadapinya..

Disini beberapa TIPs yang sedang sy amalkan, walaupun tidak cemerlang mana namun ia berkesan..Insya Allah..

Sibukkan diri anda! - Cuba cari kerja dan tugasan yang boleh membuatkan anda sibuk yang teramat sibuk. Bila sibuk, masa untuk melayan...perasaan akan berkurang maka anda tidak akan hanyut dalam gelora perasaan dimana boleh mengurangkan produktiviti anda..

Berusaha utk bersama dia! - Jangan biarkan kesedihan anda itu menumpulkan daya anda, mengurangkan momentum anda dan menjatuhkan prestasi anda..tetapi, jadikanlah ia sebagai batu loncatan utk meningkatkan usaha dan menggandakan hasil..contoh..bykkan amal ibadah..
 
Bersyukur kepada Allah swt..akan menerbitkan emosi positif..

Wallahu'allam bisawab... ~

Thursday, October 4, 2012

Setahun sudah ber blog...(happy birthday)

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah..

Terima kasih kerana sudi membaca entry2 anna. InsyaAllah..setiap penulisan perlulah berhati2 kerana penulisan ini bukan sahaja dinilai manusia, tetapi juga dinilai Allah Azza Wa Jalla.. Allahu a’lam..

Mana yang buruk, jadikan sempadan. Mana yang baik jadikan teladan. Enjoy your self during reading my entries. Jazakumullahu khair kerana sudi singgah di blog anna "Teratak Damai". Semoga Allah merahmati dan melindungi kita daripada fitnah Ad-Dajjal. Amin..

Buat suami, jika tulus kasihnya awak terhadap saya, maka kasihilah dan setialah pada saya hingga hujung nyawa saya. Saya akan cuba sedaya upaya untuk menyediakan keperluanmu, menghiburkan hatimu... Tiada wanita di muka bumi ini mahu bermadu melainkan wanita itu sakit dan tidak mampu memberikan zuriat untuk suami tercinta. Jika ditakdirkan saya ‘pergi’ dahulu, awak boleh berkahwin lain… Tetapi izinkanlah saya menjadi KETUA BIDADARI awak di Syurga Allah nanti… Saya mencintaimu kerana Allah... suami dan ayah kepada zuriat…

Alhamdulillah... Insya Allah... Buat zuriatku, Empat cahaya mata (kenangan sepanjang hayat...membesarkan dengan rasa kedamaian).

Setiap satunya mempunyai kisah yang tersendiri... kedatangan cahaya mata pertama lelaki, lahir pada 12-8-1992, tentu sahaja penuh dengan rasa teruja... kelahirannya disambut dengan seribu kesyukuran... tambah pula, lahirnya cukup sifat.

Genap setahun, rezeki Allah bertamu lagi... cahaya mata kedua perempuan lahir pada 2-8-1993, menjadikan buah hati jadi sepasang... lahir dengan sempurna, biarpun dalam suasana kelam kabut tatkala ayahanda sakit... syukur sebesar-besar syukur, kelahiran anak kedua bagai bunga merah mekar di laman hijau...serinya, Tuhan sahaja yang tahu.

Selang dua tahun.. cahaya mata ditambah manis gula hati dengan tibanya adik ketiga perempuan, lahir pada 22-12-1998... setelah masuk minggu ke-28, doktor mengesahkan saya mengalami komplikasi Placenta Praevea Stage 2 yang membawa risiko pendarahan hingga menutup sebahagian atau keseluruhan cervix, maka kelahiran kali ini mestilah dibuat secara pembedahan.

Genap empat tahun setelah pulih sepenuhnya dari pembedahan namun... kehamilan keempat kali ini, perjalanannya membawa episod yang berbeza, adik keempat lelaki lahir pada 20.5.1999...dalam suasana yang banyak dugaan dan kesedihan buat semua keluarga. Tahap kesihatan, kekuatan, semuanya dihitung dan diambil kira... tidak semena-mena darah tinggi yang teramat sangat sehingga dimasukkan ke ICU... bertungkus lumus antara hidup dan mati... dengan bantuan doktor2 pakar di hospital akhirnya, rezeki dari Allah swt disambut dengan gembira... syukur diungkap... Alhamdulillah...Cukuplah hanya empat cahaya mata bagi penyeri kehidupan ini... 

Sebaik2 manusia adalah org yg selalu memberi manfaat pada orang lain. Orang berjaya bukan org yg mampu untuk menghasilkan sesuatu, tetapi juga mampu memberi manfaat pada orang lain. Kebahagiaannya bukan hanya kerana mampu memenuhi keperluan diri dan keluarga, tetapi juga mampu memberi kebahagiaan pada orang lain...
 
Allahu a’lam bissowab…

~SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW~

Monday, August 27, 2012

Ramadhan Berlalu..Syawal Menjelma…

Ramadhan berlalu begitu cepat..sehingga tidak terasa..mudah-mudahan ibadah puasa yg kita jalani selama sebulan dibulan ramadhan dpt meningkatkan ketaqwaan kita kpd Allah swt namun..kita mengalu-alukan kemunculan fajar syawal sebagai tanda syukur nikmat kurniaan Illahi..kini syawal menjelma seluruh umat Islam di dunia ini merayakan Hari Raya Aidilfitri..saya sekeluarga mengambil kesempatan mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..MAAF ZAHIR DAN BATIN" terutama kpd seluruh ahli keluarga sama ada di Selangor, Kuala Lumpur dan Perak..mohon maaf kpd semua kerana..jangan sedih2..dan kini kita sudahpun berada dipertengahan syawal..Alhamdulillah..Syawal kali ni meriah dan bermakna buat kami sekeluarga..

Selain itu, tidak lupa juga kpd pengunjung teratak damai..saya mohon jutaan kemaafan seandainya ada di antara kata2 saya yang menyentuh perasaan pembaca yang secara sengaja atau sebaliknya.

Saya doakan semoga semua bahagia dan gembira meraikan syawal ini..

Insya'Allah.

Friday, August 3, 2012

Ramadhanku kali ini..

Aku berhijrah ke kampung halaman..entah mengapa, hati ini menjadi sayu..apabila mengenangkan kenangan saat berpuasa bersama2 keluarga sewaktu kecil dahulu..kini walaupun sudah berkeluarga..ada anak2..tetapi kenangan itu tetap datang..teringat arwah emak dan bapak..bila datangnya bulan Rejab..cepatnya masa berlalu..kemudian Sya'aban dan Ramadhan..satu masa dan ketika kenangan itu tidak mungkin hilang dari ingatan..

Ramadhanku kali ini memberi seribu kenangan yang tidak dapat aku lupakan..terawihku pada malam pertama aku telah pergi ke surau..selesai solat terawih..betul2 teringatkan arwah emak dan bapak..hati menjadi sayu..melihat sahabat2 arwah..lebih2 lagi sahabat2 arwah emak yg masih ada..menggamit kenangan..tiba2 bergenang airmata ini..Ya Allah..hanya Tuhan aje yang tahu..menjadikan aku begitu hampir denganMu..Allahu Akbar!

Kesedihan terasa dihati...rindunya pada yang telah pergi..AlFatihah buat emak dan bapak tercinta..pertemukan kami diSyurgaMu yang abadi..


Tuesday, July 24, 2012

rahsia disebalik kokokan ayam jantan

"Jika anda mendengar kokokan ayam... mohonlah kpd Allah SWT atas kurniaNya kerana ketika itu... ayam itu sdg melihat malaikat dan bila anda mendengar rengekan suara keldai mohonlah perlindungan kpd Allah SWT... kerana ketika itu keldai itu sdg melihat syaitan" - HR Bukhari.

Dan...ada satu lagi yg disebut oleh Abu Daud...

"Ketika anda mendengar salakan anjing dan rengekan keldai pada waktu malam hendaklah kamu meminta kpd Allah SWT kerana mereka nampak apa yg manusia tdk nampak".

Perkara ini adalah tdk mustahil kerana itu semua atas kehendak Allah SWT utk memperlihatkan kekuasaan dan kebesaranNya... didlm alam ini tdk semua yg boleh nampak dgn mata kasar manusia.

Ada 3 ekor haiwan yg disebut oleh hadis tersebut iaitu yg pertama ayam dan keldai... manakala hadis berikutnya pula menyebut anjing... kenapa ketiga-tiga disebut oleh Rasulullah SAW dan ketika itu juga kita dianjurkan agar meminta DOA drpd Allah SWT...

Nabi menyebut ayam jantan dan fitrahnya bahawa seluruh dunia mengetahui ayam akan mula berkokok menjelang dinihari... pada kebiasaannya kokokan itu saling bersahut-sahutan dari pukul 2 pagi sehingga matahari terbit... pada masa ini malaikat sentiasa berada dibumi dan pd waktu itu utk mengaminkan DOA kita.

Dlm sebuah hadis riwayat muslim...dari Abu Hurairah berkata Rasulullah SAW bersabda: "Allah turun ke langit dunia setiap malam iaitu ketika telah lewat sepertiga malam pertama". Lalu Allah berfirman: "Akulah Tuhan! Akulah Tuhan! Siapa yang memohon kepada Ku, Ku perkenankan permohonannya. Siapa yang meminta kepada Ku, Ku beri dia. Dan siapa yang memohon ampun kepada Ku, Ku ampuni dia. Begitulah seterusnya hingga terbit fajar".

Dlm hadis lain juga... "Siapa yang diantara kalian yang khuatir tidak mampu bangun malam, hendaklah ia witir dan baru kemudian tidur. Dan siapa yang yakin akan terbangun diakhir malam hendaklah ia witir diakhir malam, kerana bacaan di akhir malam dihadiri oleh para malaikat kerana itu adalah paling utama" - HR Muslim.

Menurut hadis itu jelas bahawa lewat sepertiga mlm itu adalah saatnya malaikat berada dibumi...namun bukan bermaksud pd waktu lain malaikat tdk ada dibumi...

Dlm hadis lain juga ada disebutkan..."Sesungguhnya ada malaikat yang sentiasa bersama2 kamu dan tidak pernah meninggalkan kamu melainkan ketika membuang air dan berjimak. Oleh itu hendaklah kamu malu kepada mereka dan muliakanlah mereka".

"Sesungguhnya Allah memiliki malaikat yang selalu berkeliling2 di jalan2 dan mencari2 majlis zikir" - HR Bukhari.


Dalam sebuah hadis dari Masruq bertanya kpd Aisyah RA: "Bilakah baginda SAW bangun malam? Aisyah menjawab: beliau bangun malam bila mendengar suara kokok ayam" - HR Bukhari ... oleh itu jgn lepaskan peluang utk berdoa ketika ayam berkokok...

"Ya Allah, makbulkanlah doaku!" Daripada Abu Hurairah, katanya Nabi SAW bersabda: "Apabila kamu mendengar kokok ayam maka mohonlah kurnia kepada Allah SWT kerana ayam itu (berkokok) melihat malaikat. Dan apabila kamu mendengar teriakan keldai maka berlindunglah kepada Allah daripada gangguan syaitan kerana keldai itu melihat syaitan" - HR Muslim.

Monday, July 2, 2012

~didiklah diri untuk bersyukur~


Usah lupa pada kesusahan,
boleh jadi kesusahan itu yg membahagiakan kamu.

Usah lupa pada musibah yg menimpamu,
boleh jadi musibah itulah yg merawat penyakit hatimu.

Ramai orang yg inginkan kesenangan di dunia,
tetapi dia terlupa bahawa kesenangan telahpun diperolehi tanpa memerah keringat.

Kesenangan memiliki pancaindera yg lengkap,
mempunyai tempat utk memayunginya drpd terik mentari dan menyelubungi
kesejukan di pagi hari.

Ada yg tdk memiliki kereta,
tetapi dia memiliki motorsikal.

Ada yg tdk memiliki motorsikal,
tetapi dia memiliki basikal.

Ada yg tdk memiliki basikal,
tetapi memilik sepasang kaki untuk berjalan.
Sedangkan sepasang kaki itu lebih berharga drpd kereta, motosikal dan basikal,
kerana ketiga2nya memerlukan kaki utk menggerakkannya.

Didiklah diri utk bersyukur!

Monday, June 25, 2012

~Memberi kemaafan kpd org yg menghina n mencerca saat merasakan diri mmg tdk berkemampuan utk membalas apa2 hakikatnya..itu masih blh dilakukan ramai manusia..ttpi menghulur maaf sambil mendoakan kebaikan ketika peluang utk membalas terbentg luas..keadaan itulh yg sukar..amat sukar......hya manusia luar biasa n berjiwa besar mampu melakukannya..

 "Adakah hari dalam hidupmu wahai Rasulallah yang lebih berat dari kepedihan Perang Uhud?" si cantik manis, 'Aisyah r.a. melontar tanya saat beliau dan suami tercinta, Muhammad SAW, berbual mesra.

Dalam pandangan cinta dan senyum manisnya, Rasulllah menjawab :

"Hari itu adalah ketika Jibril datang kepadaku membawa Malaikat
setelah orang-orang Thaif menghina dan mengusirku dari kota mereka. Ketika itu Jibril berkata, "Ya Rasul ALLAH, inilah Malaikat penjaga gunung. Perintahkanlah apa sahaja yang kau mahu, sebab ia telah diizinkan untuk menimpakan dua bukit besar itu ke atas mereka yang telah mencerca dan menyakitimu!"

Lantas aku menjawab, "Tidak wahai Jibril; sesungguhnya aku berharap, kelak dari sulbi dan rahim mereka akan lahir keturunan yang mengesakan ALLAH."

Wahai kekasih ALLAH, terbuktilah cintamu, terlihatlah kemuliaanmu. Engkau enggan untuk membalas mereka yang galak menolak dengan harapan yang memuncak atas kebaikan kelak....

Ya ALLAH, amat benarlah firman-MU :

وَسَارِعُواْ إِلَى مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ الَّذِينَ يُنفِقُونَ فِي السَّرَّاء وَالضَّرَّاء وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ وَاللّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

Maksudnya : "Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, (yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahu pun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan." (Surah Ali Imran 3:133-134).~

Thursday, April 5, 2012

~ mencari BAHAGIA sebenar ~

Assalamualaikum...

Apakah kebahagiaan yang sebenar ? ?

Diri berpangkat besar tetapi hati masih tidak puas.
Wang lebih daripada lumayan tetapi hati masih tidak tenteram.
Kerjaya yang dimiliki menduduki status tertinggi tetapi masih tidak terasa nikmatnya.
Segala-galanya ada tetapi mengapa masih tidak bahagia ? ?

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,
" Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan sebenar ialah kaya hati. "
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Maksud kaya hati seperti yang disabdakan oleh Rasulullah saw itu ialah apabila hati menjadi tenteram, tenang dan merasa cukup terhadap nikmat yang dimiliki.  Harta benda bukan ukuran kebahagiaan seseorang tetapi kebahagiaan itu sebenarnya terletak di hati.

Dalam hal ini, hati perlu dijaga dan beri haknya, supaya lahir sifat-sifat mulia dan terpuji seperti amanah, bersyukur, sangka baik terhadap orang lain dan sebagainya.

Thursday, March 29, 2012

antara Ketawa dan Duka

Kita ketawa bermakna kita gembira.  Apabila berduka bermakna kita sdg diulit kesusahan dan kesedihan.   Demikianlah 2 perasaan yg Allah swt kurniakan kpd manusia utk menunjukkan emosi mereka.  2 emosi ini sinonim dgn manusia sehinggakan jika mereka tdk punya emosi ini bermakna mereka bknlh manusia yg normal !..

Gembira dan sedih adalh naluri semula jadi manusia.  Umumnyer kita mmg digalakkan hidup gembira, bahagia dan tenang selalu.  Namun gembira juga harus berpada2.  Bergelak ketawa juga tdk salah tetapi biarlah ada batasnyer.  Jgn terlalu byk ketawa sehingga melalaikan diri.  Sebaik2nyer ingatilah juga kesilapan lalu dan kesali segala kemungkaran yg pernah dilakukan samada sengaja atau tdk.

Allah swt berfirman yang bermaksud:
"Maka hendakah mereka tertawa sedikit dan menangis dengan banyak."
- (at-Taubah: 82)

Dalam suatu kisah yg diriwayatkan oleh Bukhari dan Abu Hurairah, diceritakan bahawa pada suatu ketika, Rasulullah berjalan di hadapan sekumpulan org yg sdg ketawa, lalu baginda bersabda yg bermaksud: "Demi Tuhan yang jiwaku ini berada dalam genggamanNya.  Jika kamu semua tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa."

Malah Sayidina Umar al-Khattab juga pernah mengingatkan manusia, seseorang yang banyak ketawa nescaya akan kurang rasa takutnyer kepada Allah swt.

Mudah2an kita semua tdk tergolong dlm kalangan mereka yg hilang takut kpd Allah swt.


-Rujukan..NUR...

5 Pesanan Buatmu Wahai Diri...

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat2ku yg dikasihi sekelian.
Semoga Allah merahmatiNya...sudah hampir 3 bulan ana tidak mengujudkan entry baru buat tatapan pembaca sekelian.

Ana ingin berkongsi artikel ini buat pesanan sahabat2ku...

  1. Jika engkau bertemu dengan orang yang LEBIH PANDAI, itulah waktu untuk engkau MENIMBA ILMU;
  2. Jika engkau bertemu dengan orang yang SAMA PANDAI, itulah waktu untuk engkau BERKONGSI ILMU;
  3. Jika engkau bertemu dengan orang yang KURANG PANDAI, itulah waktu untuk engkau MENYAMPAIKAN ILMU;
  4. Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA AKHIRAT, itulah waktu engkau TUMPANG SEKAKI;
  5. Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA DUNIAWI, itulah waktu untuk engkau DIAM & BERLALU PERGI...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...