Pages

Sunday, May 29, 2016

kad ATM kena sekat mesin ATM


Semalam (sabtu) jam 9 mlm dalam perjalanan nak balek ke KL singgah nak mengeluarkan duit daripada ATM MAYBANK di Bagan Serai nak isi minyak...hati gembira bertukar kurang gembira sebabnya kad ATM MAYBANK kena telan mesin ATM....tak jadi nak keluarkan duit...tertera di screen kad tidak dapat diproses. Aduh!  "MAAF KAD ANDA TELAH DISEKAT".
Padahal nombor pin yang dimasukkan betul...just tersekat masa dalam proses nak keluarkan duit...duit tak dapat tapi kad kena telan...
Sebenarnya hati dah lama redha kalau kad kena telan. Hehehe...sebabnya kad saya tu mula dipakai sejak tahun 80 an lagi...lebih kurang 30 tahun yang lalu...Saya senyum lebar saat menaip tulisan ini. Padan muka...dah lama tak tukar-tukar! Namun, ada hikmah juga... ALLAH dah bukakan jalan suruh buat kad baru...

Wednesday, May 25, 2016

Tanyalah Ustaz - Nak Jadi Orang Baik

Sedikit perkongsian pagi... mcm mana nak jadi orang baik?
Contohi Nabi SAW kerana sikapnya sentiasa berlemah lembut dengan isteri, anak2 dan orang sekitarnya.  Orang yang paling baik ialah yang berlemah lembut dengan ahli keluarganya.

Berikan banyak kebaikan kepada orang lain, nescaya kita akan mendapat kebaikan. Di situlah kita sedang berhubung dengan mereka dalam kebaikan, kita berusaha melakukan kebaikan dan akhirnya kita jadi baik...

3 perkara yang patut kita amalkan supaya kebaikan berterusan adalah menghabiskan masa dengan beribadah bersama ahli keluarga...

(1)  Pandang dengan Penuh Kasih Sayang dan Senyum
(2)  Sentuh dengan Kasih Sayang
(3)  Berbicara dengan Kasih Sayang

Antara ciri2 org yg baik dalam Surah Al Imran Ayat 114...

(1)  Beriman kpd ALLAH SWT
(2)  Beriman kpd Hari Akhirat 
(3)  Menyeru kpd Kebaikan
(4)  Mencegah Kemungkaran 
(5)  Segera Melakukan Kebajikan

Mudahnya membuat kebaikan, ALLAH SWT suka hambaNya berbuat baik kepada semua tanpa memilih darjat dan keturunan.

Tuesday, May 17, 2016

lupakanlah kesilapan masa lalu...

Kehidupan ini sebenarnya terlalu singkat untuk di nikmati. Kita harus bersedia untuk mempelajari sesuatu tentang kehidupan dan sentiasa ingin untuk belajar dari kesilapan. Jangan biarkan penyesalan itu menjadi bayang-bayang yang sentiasa mengekori kita...

Tidak percayakan pada RUKUN IMAN, PERCAYA QADA DAN QADAR???.  Tiada gunanya memikirkan hal-hal yang sudah berlalu, kerana akan membuat kita merasa bersalah dan tertekan dalam suasana kesengsaraan dan kesedihan. Jadi, cubalah sedikit demi sedikit membebaskan diri dari penyiksaan tersebut.

Tiada cara yang dapat mengubah suasana masa lalu mengapa membuang waktu pada sesuatu yang tidak produktif dan tidak dapat diubah? Yang harus kita lakukan hanyalah tertumpu pada masa ini saja...maafkanlah diri sendiri...

Kita semua pernah melakukan kesilapan dari pengalaman dan pengajaran dimasa lalu terlalu berat dalam memilih sesuatu keputusan.  Kekadang hanya kesilapan kecil saja telah merubah segala kehidupan...tak perlu kita fikirkan apa kesalahan atau kesilapan seseorang itu...Pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya.

Hidup harus diteruskan seiring dengan perubahan. Setiap orang tentu pernah merasakan saat-saat dirinya jatuh, tapi bukanlah satu alasan bagi kita untuk berhenti menjalani hidup. Salah satu cara untuk menerima kenyataan hanyalah dengan menyedari bahawa kesalahan merupakan sebahagian dari kehidupan setiap orang...ya, kita semua pernah mengalami.

Hidup akan lebih aman dan menjadi lebih pemaaf, serta berpengaruh pada orang-orang di sekitar kita juga.  Semua yang dah terjadi adalah pengalaman yang memberi makna, jangan dikesali, terutama kejadian yang memberi kesan luka dihati.  Hidup ini terkadang memang rumit, namun rumit macamana pun kehidupan harus tetap diteruskan.

Yakinlah... berhentilah menghukum diri sendiri daripada rasa yang boleh membunuh hati untuk menjadi seorang hamba yang bersyukur. Manfaatkan setiap detik nadi kita sebagai mengabdi kepada ALLAH SWT. Kita mempunyai pilihan untuk meninggalkan masa lalu yang merugikan dalam kehidupan...

Wallahu'allam...

Thursday, May 12, 2016

detik cemas menaiki Air Asia

Ingin saya berkongsi pengalaman cemas menaiki Air Asia dari KLIA ke Jogjakarta. Kejadian berlaku 4.30 ptg, satu setengah jam selepas pesawat itu berlepas dalam cuaca yang baik, namun hujan lebat dan ribut di akhir perjalanan menyebabkan pesawat terbuai turun naik bagaikan bot dilanda gelombang ombak.  Malah dapat dirasakan pesawat itu dipukul angin. Rasa cemas dan takut dengan situasi itu dapat dilihat pada wajah penumpang lain di dalam pesawat itu. 
Cemas sampai mulut terkumat-kamit membaca ayat suci kalimah ALLAH SWT. Ada yang berzikir, mengucap, malah boleh didengar, menggambarkan keadaan cemas di udara yang berlarutan lebih 25 minit. Bayangan pesawat yang kami naiki akan terhempas berlegar-legar dalam fikiran.  Ada juga penumpang yang menjerit setiap kali pesawat turun naik dan bergegar akibat petir di luar sana...masa itu fikir antara hidup dan mati rasanya. 
Saya meninjau kesisi tingkap, kedengaran kapten kapal membuat pengumuman tentang situasi cuaca kurang elok…pesawat sedang menunggu untuk membuat pendaratan. Kapten juga menyuruh anak-anak kapalnya duduk di tempat masing-masing...pesawat bergegar-gegar lebih kuat dan saya tidak nampak apa-apa selain awan yang besar dan suasana gelap (walaupun masih petang). Sayap pesawat pun hampir tidak kelihatan, walhal hanya jarak beberapa puluh meter sahaja dari tingkap. 
Ketika itu ketinggian pesawat mungkin sekitar 1000-2000 meter sahaja, kerana dapat dilihat dengan jelas struktur dari udara bangunan diruang udara menghala Jogja. Dan tidak jauh dari kawasan itu juga, jelas kelihatan sistem penghubung jalanraya utama.  Tapi Alhamdulillah kapten berjaya mengawal pesawat dengan baik dan akhirnya kami sempat sampai ke distinasi.

Thursday, May 5, 2016

ketenangan diri

Semua manusia itu mati, kecuali yang berilmu,
Semua yang berilmu itu tidur, kecuali yang beramal,
Semua yang beramal itu tertipu, kecuali yang ikhlas.
Itulah petikan kata-kata Imam Ghazali.
Cuba hayati kata-kata ilmuan hebat ini...

Alangkah ruginya manusia yang tidak mahu mengambil berat tentang ilmu, amal dan ikhlas. Menjalani hidup sebagai suri rumah sepenuh masa bukan alasan untuk saya tidak perlu tambahkan ilmu di dada.  Saya perlu kurangkan tidur, bercakap, makan dan (lebihkan amalan). Paling penting, buat apa jua pun dengan penuh keikhlasan. Sukar tetapi tidak mustahil. Hmmm… semangat nampak...

Teringat kisah dulu tatkala duduk dibandar... seseorang yang setiap kali bertemu akan meratapi nasib dan menyesali peristiwa yang telah berlaku. Mulanya saya simpati, lama kelamaan jadi muak mendengar rintihannya. Terasa tidak tahu bersyukur.

Satu hari, saya lontarkan kata-kata ini di hadapannya… “berhenti dari menyalahkan orang lain yang menyebabkan kekurangan kita, salahkan diri sendiri yang buta, pekak dan bisu kerana tidak tahu mencari dan menilai”.

Astaghfirullahilazim!

Saya sendiri terkejut mendengar apa yang saya lontarkan. Sungguh tidak patut saya berkata begitu. Saya pasti telah melukai hatinya...

Suasana sepi seketika...
Cepat-cepat saya hulurkan tangan seraya memohon kemaafan atas keceluparan mulut ini. Jawapan yang saya terima darinya tidak menyenangkan hati. Saya tahu dia tersinggung tetapi dia cuba untuk mengambil hati. Apa yang mampu saya lakukan adalah memohon keampunan dari ALLAH SWT kemudiannya.

Terlajak perahu boleh diundur... terlajak kata buruk padahnya... padan muka... lain kali jaga sikit mulut...
Hati kecil saya berkata.

Itu kisah beberapa tahun lepas...kami ditakdirkan bertemu kembali. Hati berdebar kencang. Malunya bukan kepalang. Sebaik melihat saya di hadapannya, dia lantas memeluk saya erat sambil memandang tepat ke dalam mata dan menghadiahkan senyuman manis.

“Terimakasihlah kerana berjaya mengejutkan saya dari lena...Saya buta sedangkan mata melihat terang. Saya bisu sedangkan suara kuat berkumandang. Saya pekak sedangkan dengar segala macam muzik dan nyanyian. Saya sombong dan angkuh kepada Sang Pencipta. Saya langgar peraturanNya atas nama kebebasan”.  Mulut saya terlopong, terkedu melihat wajahnya yang redup dan matanya yang digenangi air...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...