Pages

Friday, February 12, 2016

kain batek peninggalan arwah emak nilai sentimental

Sebagai pengenalan, sehelai kain batik yg ditenun atau dilukis, yg panjangnya lebih kurang 2 meter dan dicantumkan kedua-dua penghujungnya menjadi sarung bulatan.  Panjang kain sarung tiada batasan tetapi lazimnya menutupi bahagian perut atau pinggang sehingga ke paras buku lali.


Ada dua jenis kain batik, iaitu batik lepas dan batik sarung... batik lepas digunapakai sebagai kain tutup jenazah. Batik sarung pula dijadikan kain kelubung wanita, ketika keluar rumah...kain ini dipakai oleh wanita dengan cara memegang pertemuan kain di dagu dan memakainya hanya menampakkan muka saja.


Bercerita tentang kain batik ni, bila kali terakhir anda berkain batik sarung?, setahun yg lepas?, ketika kanak-kanak?.  Adakah kain batik itu menjadi pakaian harian?, sekadar pakaian dirumah atau dikampung?, atau dijadikan sebagai pengubat rindu sekiranya rindukan seseorang yg bergelar nenek-nenek atau emak-emak??.


Hidup sebagai seorang wanita selama lebih 50 tahun yg dilahirkan dikampung, pemakaian kain batik sarung menjadi pakaian harian sehinggalah sekarang dan sangat selesa.


Pemakaian kain batik peninggalan arwah nenek dan emak secara tidak langsung akan menjadi kain kesayangan... maklumlah kualiti kain batik itu sangat halus dan sangat bernilai kebudayaan timur...bukan sekadar pada kain basahan harian, tetapi mempunyai nilai sentimental pada agama, kedudukan dan adab sopan.


Rupa-rupanya pemakaian kain batik juga mempunyai simbolik yg kita tidak tahu atau ambil berat iaitu... kalau "anak dara" pakailah kepala kain di tepi...ini menunjukkan kita adalah anak dara...bila "dah kahwin" tukarlah kedudukan kepala kain di belakang kerana ini menunjukkan kita sudah mempunyai suami...namun kalau jodoh itu tidak panjang tukarlah kepala kain di hadapan supaya orang tahu kita adalah "janda".


Cara pemakaian kain batik ni pun ada dlm Ungkapan Tradisonal Melayu - Riau tulisan Tennas Effendy kalau tak silap...
 (1) kepala kain batik di belakang - sudah berkahwin
 (2) kepala kain batik di kanan - anak dara
 (3) kepala kain batik di kiri - janda



Pada pendapat saya...keselesaan berkain batik ini terpulang kpd kita yg memakainya...kalau dirumah berkain batik dan tshirt adalah pakaian yg paling selesa. Sayangnya anak-anak perempuan saya seorang pun tak ada yg pandai memakai kain batik sarung...mereka lebih selesa memakai track suit atau slack.


Di Malaysia ramai org melayu terutamanya lelaki disebelah selatan dan tengah beranggapan batik itu adalah hanya pakaian wanita.  Sebenarnya kain batik adalah bersifat universal...kalau di sebelah Pantai Timur kain batik juga dipakai oleh lelaki...bukan sahaja dipinggang dan diatas kepala pun mereka pakai.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...