Pages

Tuesday, February 20, 2018

Hari ini entah mengapa...tiba-tiba aku rajin mengemas dan menyelongkar...aku bukak almari berlaci nak cari alas untuk buat lapik atas rak kasut, tetiba terjumpa 3 helai baju kurung kedah arwah mak...kalau aku pakai alangkah bagus, boleh ke aku pakai? dan muat ke? Bisik hati kecilku...
Selepas selesai, aku masuk dalam rumah dan menyelongkar pula meja berlaci lalu terjumpa diary lama ku...selak punya selak kosong tak de ape-ape...tiba-tiba diruangan bertanda...tarikh 23 (Rabu) Julai 2003 ada tulisan ku berbunyi...
"Ibu tersayang telah pergi buat selama-lamanya...Alfatihah...
Lalu aku tak tahan terus air mata ku menitis...

Ya Rabb …
Ampunilah segala dosa ibu dan ayah ku yg telah tiada
Tempatkanlah di tempat yg sebaik-baiknya
Kasihanilah mereka dengan kasih dan sayang-Mu
Jangan biarkan raganya tersiksa di panasnya api neraka

Friday, February 2, 2018

Derma darah??
Saya sudah beberapa kali menderma darah...namun saya kerap juga memikirkan tentang orang yang akan menerima darah saya samada orang Islam atau bukan...
Menderma darah perlu ikhlas dengan niat mahu membantu orang yang benar-benar memerlukan.
Untuk menjadi penderma darah, perkara utama ialah memastikan kita benar-benar sihat untuk mengelak timbul masalah pada diri sendiri mahupun penerima.
Mungkin tak ramai yang tahu...iaitu setiap 14 Jun merupakan Hari Menderma Darah Sedunia. Kalau anda nak tahu, seorang penderma boleh menyelamatkan sehingga tiga nyawa dan dunia amat memerlukannya. Namun ramai juga yang masih takut untuk menderma darah.
Asyik memikirkan jarum yang bakal disuntik ke kulit dan takut rasa sakit...sebenarnya tidak berlaku. Mungkin ramai yang tidak tahu, selain dapat menyelamatkan nyawa, menderma darah juga memberi banyak manfaat kepada diri kita...antaranya ialah:-
Membentuk sel-sel darah merah yang baru dan menyihatkan tubuh badan.
Peredaran darah lebih lancar
Kuantiti zat besi dalam darah menjadi seimbang
Mempercepatkan proses penyembuhan luka
Berat badan jadi seimbang
Mencegah penuaan pra-matang (awet muda) 
InsyaAllah umur panjang
Menderma darah juga antara sedekah yang besar dan pahalanya terus menerus mengalir untuk kita. Ia tidak mengira darjat, perbezaan warna kulit mahupun agama.  Mungkin satu hari nanti kita pula ditempat mereka yang memerlukan darah.
Wallahuallam bisawab...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...