Pages

Monday, June 27, 2016

SERUNDING KELAPA BERDAGING (RESIPI ARWAH MAK)

pinjam gambar Mr Google
Bahan-Bahan:
1/2 kg daging lembu - dipotong nipis
1 biji kelapa parut - putih nya saja
10 tangkai cili kering - dimesin
4 bj bawang merah - dimesin
8 bj bawang putih - dimesin
3 btg serai potong nipis - dimesin
2 inci halia - dimesin
2 inci lengkuas - dimesin
1 sudu mkn jintan manis - dimesin
1/2 sudu mkn jintan putih - dimesin
2 sudu besar biji ketumbar - dimesin
3 sudu besar gula (blh kurangkn jika xsuka manis)
1 sudu mkn air asam jawa & garam secukup rasa
1 senduk miyak masak.

Cara-cara:
1.  dlm kuali, satukan kelapa parut, daging & bahan2 yg dimesin halus spt cili, bwg, serai, halia, lengkuas, ramas hingga sebati, kalau takut tangan pijar, gaul je dgn sudip.
2.  masak dgn api sderhana mendidih & air daging telah keluar, tutup kuali smbil kecilkn api biar daging merenih.
3.  bila airnya tlh kering, tambahkan 1 senduk minyak, pd tahap ini serunding kena dikacau selalu spaya xhangus.
4.  masukkan pula rempah ketumbar, jintan yg telah dimesin tadi, air asam, gula & garam, suaikan rasanya sambil dikacau selalu.
5.  bila serunding telah kering, daging tlh empuk & warnanya agk gelap blehlah dimkn bersama pulut, nasi impit & lempeng.

Friday, June 3, 2016

hati seorang ayah benar-benar terluka

Hasil carian imej untuk gambar kartun budak maahad tahfiz
Hati seorang ayah benar-benar terluka. Petang itu dalam perjalanan pulang dari kerja, ketika seluruh tubuhnya terasa remuk dibedal beban tugas seharian, pihak sekolah anak lelakinya menelefon, meminta dia segera bertemu guru disiplin sekolah.
"Encik, anak encik terpaksa kami buang dari sekolah ini kerana masalah disiplin yang amat serius."
Ujar guru disiplin didalam bilik kaunseling yang sunyi tetapi patah bicara itu seperti bunyi letupan yang sangat membingitkan.
Kemudian dari itu dia tidak mendengar apa-apa. Dia hanya melihat kumat-kamit bibir guru disiplin membentangkan satu persatu kesalahan anaknya, sedang fikiran telah melayang ke ruang gempita penuh aib. Rasa malu, marah dan kecewa bergumpal dalam rongga dada. Muka terasa panas, arang hitam seperti tertempel di segenap ruang wajah.Tiada rayuan dibuat dan anak dibawa pulang.
Atas kekecewaan yang memuncak, dia suami isteri membuat keputusan untuk menghantar anaknya ke sebuah sekolah Tahfiz Al-Quran jauh di luar bandar. Biar anak jauh dari hangar kota, jauh dari rumah, jauh dari masakan ibu, biar jauh dari segala-galanya. Biar dia rasakan!
Pada hari anak di hantar ke asrama baru itu, tanpa mahu menoleh pada wajah, anak ditinggalkan. Dia tidak mempedulikan perasaan anaknya kerana perasaannya sendiri sarat dengan rasa kesal dan kecewa yang berlubuk.
Pada setiap bulan, dia akan ke sekolah anaknya yang jauh di luar bandar untuk membayar yuran tetapi dia tidak mahu berjumpa dengan anaknya. Itu muktamad darinya. Dia penat dan serik menaruh harapan pada anaknya.
Sehinggalah lapan bulan berlalu ketika dia menjelaskan bayaran yuran seperti biasa dan ingin berangkat pulang, seorang guru datang kepadanya dan meminta agar dia bertemu anaknya.
"Encik, silalah berjumpa dengan anak encik, kami rasa sudah lama benar dia menyebut ingin bertemu dengan ayahnya."
Perlahan bicara ustaz dalam nada merayu.
"Tak mengapalah, saya rasa tidak ada keperluan untuk itu. Biarlah dia disini dan saya akan terus membayar yuran yang sepatutnya."
Tegas jawapannya ingin memuktamadkan bicara.
"Tapi, tidakkah pada hari ini encik ingin berjumpa dengan seorang Al-Hafiz?".
bisik ustaz ke telinganya.
"Hari ini anak encik telah hafaz seluruh Al-Quran. Dia telah habis menghafaz dalam tempoh lapan bulan!" 
Sepatah-sepatah bicara ustaz, dia hanya mendengar kehairanan.
"Tidakkah encik mahu mengucapkan sedikit tahniah kepadanya?".
Tanya ustaz mengakhir bicara.
Dia tergamam dan terdiam. Dia tidak percaya apa yang dia dengar. Dia tidak sangka dan bertanya adakah dia berhak untuk merasai keajaiban ini. Saat itu anaknya melangkah masuk, berdiri ragu-ragu dengan wajah sarat menanggung rasa rindu hati seorang anak.
Tanpa sedar, si ayah menangis dengan kuat, esakannya memenuhi ruang bilik itu. Dia meluru memeluk anaknya setelah sekian lama tidak melakukannya. Dia tidak percaya. Dia tidak menyangka bahawa dia sedang memeluk anaknya seorang Al-Hafiz dengan cahaya Al-Quran melimpah di wajah. Dia memeluk anaknya dengan begitu lama untuk menikmati rasa damai dalam hatinya sendiri.
Si anak sejak ditinggalkan ayahnya disitu lapan bulan lalu, sudah menanam tekad untuk berubah. Allah telah memberinya hidayah. Ditambah dengan didikan ustaz dan siraman cahaya Al-Quran, dia mendapat kekuatan untuk meninggalkan sejarah lampaunya dan membuat pusingan U dalam hidupnya.
Kisah benar bagi anak di atas memberitahu kita bahawa semua orang boleh berubah. Walau apa sejarah lampau kita, itu bukan halangan untuk masa depan kita. Orang lain ada hak untuk fikir apa sahaja tentang kita tetapi segalanya terletak kepada kita sendiri. Kita boleh buat apa sahaja untuk menjadi baik. Tidak ada yang mustahil sama sekali.
Ingat dan sentiasa ingat, alasan untuk jadi baik sentiasa ada dalam bisikan hati sendiri. Apa yang perlu adalah berani memulakan langkah pertama. Nanti pada langkah kedua pasti dibantu oleh Allah untuk melanjutkan perjalanan seribu batu. Kesukaran paling besar hanya ketika memulakannya. Melakukan kebaikan sama seperti mengusahakan percikan api bagi membuat unggun. Percikan api kesedaran itu nanti akan terus memakan kayu kering dan kemudian marak dengan sendiri, mungkin akan jadi sebesar gunung.
Kerja kita hanya bermula dengan membuat percikan api kemudian semuanya berjalan dengan sendiri. Apa yang penting adalah titik permulaan. Kuasai titik itu bererti kecemerlangan berada di dalam genggaman. Sekiranya terlepas satu titik, segera temui titik lain dan jangan bertangguh.
Dalam keghairahan dan istiqamah melakukan kebaikan sekiranya tersasar dan terlencong, segera cari jalan kembali ke jalan lurus dan jangan bertangguh. Sedikit tersasar bererti kita telah terkeluar dari laluan. Andai terus dibiarkan, kita tidak akan menjumpai destinasi, iaitu keredhaan Allah.
Justeru itu pengajaran dan peringatanlah yang membuatkan kita mencari U-Turn untuk kembali ke jalan lurus, hidayah taufik yang paling mahal dari Allah.
Syukran Ust Zul Ramli M Razali for sharing this beautifull story...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...