Pages

Friday, November 25, 2011

~Awal Muharam Yang Tersirat~

1 Muharram 1433H detik permulaan tahun baru hijrah....Tarikh yg mengandungi pelbagai rahsia yg tersirat dlm kehidupan umat Islam....


Penghijrahan kaum Muslimin yg dipimpin oleh Rasulullah SAW merupakan satu dimensi baru kpd dakwah Islamiah dan seterusnya penghayatan kpd ajaran Islam yg sebenar...


Saya gembira dan bersyukur menjadi wanita Solihah (Muslimah Sejati)...Pada Muharam 1433H/Disember 2011 juga merupakan penghijrahan saya...iaitu dari bandar ke kampong...


-  penghijrahan penuh keikhlasan...menuju ke tempat lain.
-  penghijrahan utk perubahan diri dan fizikal.
-  penghijrahan minda dan rohani.
-  penghijrahan pengorbanan utk perubahan diri.

Selain itu, hijrah juga telah mengajar kita erti kecekalan dan ketabahan dlm mengharungi kehidupan dan memartabatkan maruah agama...
Amalan2 dibulan Muharam:-
- puasa sunat - hari yg ke 9 & 10 atau 10 & 11 (fadilat utk menghapuskan dosa2)
- melakukan sedekah
- hubungan silaturrahim
Jelas bahawa peristiwa hijrah Rasulullah SAW itu penuh dgn perjuangan, pengorbanan dan tauladan yg menjadi sumber inspirasi manusia khususnya umat Islam sepanjang zaman...
Peristiwa2 penting dlm bulan Muharam spt:-
1.  1 Muharam-Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan hari pertama bagi setiap tahun baru Islam
2.  10 Muharam-dinamakan juga hari "Asyura"-pd hari itu byk terjadi peristiwa penting yg mencerminkan kegemilangan perjuangan yg gigih dan tabah utk menegakkan keadilan dan kebenaran.
3.  Telah berlaku juga:-
  1. Nabi Adam bertaubat kpd Allah;
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit;
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari bahteranya sesudah bumi ditenggelamkan selama 6 bulan;
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud;
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kpd Nabi Musa;
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara;
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yg kabur dipulihkan Allah;
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yg dideritainya;
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dlmnya selama 40 hari 40 mlm;
  10. Laut Merah terbalah dua utk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun;
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah;
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yg besar;
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam;
  14. Hari pertama Allah menurunkan rahmat;
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan;
  16. Allah menjadikan 'Arasy;
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz;
  18. Allah menjadikan alam;
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril;
  20. Nabi Isa diangkat ke langit.
- doa Akhir Tahun dibaca 3x pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah...Sesiapa yg membaca doa ini, syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia2lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua...Dgn sbb membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun".
- doa Awal Tahun dibaca 3 x selepas maghrib pada malam satu Muharram...Sesiapa yg mambaca doa ini, syaitan berkata:
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Alah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan".

Monday, November 14, 2011

...Bila Izrail dtg memanggil...

Mat Tempe membawa pulang sekpg borang kosong yg diperolehi drpd AJK Masjid ptg tadi.  Dia mahu anaknye Amri menghadirkn diri dlm kursus yg sgt berguna itu.  Apa juga alasanye, Mat Tempe sdh bertekad memastikn Amri mengisi sendiri borang tsbt dan muncul di hari yg tlh ditetapkan itu...

“Isi borang nie..kursus pengurusan jenazah pd hujung minggu ni.  Elok sgt kamu ke sana drpd melepak xtentu arah dgn kawan2 kamu tu...”

“Tapi ayh...sy xminat kursus nie”.

“Jgn bagi alasan lagi, cpt isi.  Serahkan sendiri masa kamu pergi dgn ayh ke masjid waktu solat maghrib nnti”.

Wajah sirius ayh, mematikan terus rasa memberontak pd ptg itu.  Mahu tdk mahu dia sudah dipaksa utk tugasan yg dia xsuka.  Borang kosong diperhatikanye dlm renungan tajam tanpa senyum.  Senyuman ibu yg memerhatikn gaya garang ayh, membuatkn Amri serba salah dan kelu.  Hanya kesihan ibu, dicapainye juga pena bermata bulat, sambil memulakn lakonan didpn ayh yg sdh beredar ke sofa...

Thursday, November 10, 2011

~Hargai Pengorbanan~

Seseorg itu dimuliakan bukanlah disebabkan oleh apa yg dimilikinya, tetapi kerana pengorbanannya utk memberikan manfaat utk org lain.

Sesungguhnya pengorbanan itu bermaksud, usaha seorg hamba utk mendekatkan diri kpd penciptanya melalui amal perbuatannya yg ikhlas.
Pada Ahad sempena Hari Raya Korban aku terjaga agak awal pagi...dikejutkan oleh kipas yg berputar deras, sungguh sejuk tubuhku bagaikan tidur di atas lantai simen.  Kucapai selimut tetapi aku terpandang jam menunjukkan 6.10 pagi, aku paksa diriku utk ke tandas lalu mandi dan mengambil wuduk.

Setelah pukul 9.30 pagi iaitu setelah selesai solat Aidil Adha, kami sekeluarga terus ke tempat korban...dirumah abangku...ramai sudah saudara mara dan sahabat handai utk menyaksikan lembu yg akan disembelih...anak2 saudara sibuk mengambil gambar dgn telefon bimbit.  Si lembu meronta2 ketakutan...aku tidak mahu lagi melihat...justeru aku terus memandang ke arah lain...aku teringat kata org2 tua...jika hati ada perasaan belas kesihan...sudah jadi haram utk memakan daging yg disembelih...maka aku tidak mahu melihat..tetapi mencari kekuatan dlm diri utk tabah...

Sesudah lembu itu direbahkan...org ramai ramai bertakbir kpd Allah swt...sungguh sayu...aku beranikan diri utk mencuri2 pandang...dlm hati takpe...ini perintah Allah...ini pengorbananmu kpd manusia...Allah maha berkuasa...maha bijaksana...laungan Allahuakhbar terus bergema...sehingga terdengar bunyi nafas terakhir...menguatkan semangatku...

Itulah pengorbanan si lembu kpd manusia...memberi makan kpd kita dgn dagingnya yg lazat...pernahkah kita berhenti utk berfikir...nikmat Allah...Dialah yg memberi rezeki kpd kita...memberi kesihatan kpd kita...memberi pengajaran kpd kita...tetapi kita sering lupa kpd Allah dan terus lalai dan terlalu mengejar kesibukan duniawi...bagaimana pula pengorbanan kita kpd Allah swt ...?

Terlalu banyak erti pengorbanan...tapi kita harus bijak menilai yg manakah yg terbaik...pengorbanan seperti manakah yg boleh diberkati... dan dikira satu pengorbanan kpdNya...Pengorbanan sgt senang dilafazkan tapi sgt susah utk dilaksanakan...sanggupkah kita berkorban kerana Allah...? kerana AgamaNya...?  Berkorbanlah demi Allah swt...

InsyaAllah...Wallahuallam...

Thursday, November 3, 2011

~JAGA Percakapan~

Assalamualaikum wbth...


Cuba kita renungkan...adakah kita tergolong dlm kategori mereka yg suka...


Mengumpat dan mengata selalu dikaitkan sebagai sifat kegemaran kaum wanita... Di pejabat..., di rumah... atau di kawasan kejiranan..., kita bercampur gaul dan kadangkala tanpa sedar percekapan yg dilontarkan telah menyinggung hati org lain... Malah, dlm bersahabat..., ada ketikanya sikap yg halus bagi kita hanya perkara kecil pun mampu membuatkan org lain tersinggung...
Daripada Abdullah r.a, katanya, Rasulullah saw bersabda...,
"Apabila kamu bertiga, maka jgnlah dua org berbisik tanpa yg ketiga, sebelum mereka bercampur dgn org2 lain. Kerana hal itu akan menyinggungkan perasaan." - (Sahih Muslim)


Demikianlah betapa Islam menjaga batas pergaulan dan persahabatan yg terjalin di kalangan umatnya... Mmg perkara seumpama ini nampak remeh pd kita ttpi Islam tdk pernah memandang ringan terhdp perkara sekecil ini... Justeru, berhemahlah dlm pergaulan seharian.

Tuesday, November 1, 2011

JODOH..JODOH..SUSAHNYER NAK TIMBUL..

Assalamualaikum wbth...

“Belum ada jodoh...kalau ada jodoh, tak ke mana...”

“Belum ada rezeki lagi...”

“Nak bantu keluarga dulu...”

“Kau ni memilih sgt. Patut la lambat dpt jodoh”

“Itulah nk tunggu Prince Charming turun dari mahligai di puncak gunung agaknyer”.

Itulah antara kata2 yg sering dijadikan bahan sindiran atau jenaka ringan yg menyakitkan hati, yg sering ditujukan kpd anak2 gadis atau wanita lewat usia... sindir...sindir....kalau sama2 tolong menolong carikan tak pe juga...

Dulu lain, skrg lain...anak2 gadis belasan tahun dah dijodohkan awal2 oleh mak bapak mereka...si gadis pun tak membantah dgn pilihan mak bapak...lain pulak dgn wanita zaman skrg ni...sanggup menunggu lebih lama di alam bujang semata2 mahu mencari atau menunggu Mr Right yg sekufu dtg melamar...Maksud sekufu itu mungkin dari segi ekonominyer, status akademiknyer, pangkatnyer, darjatnyer atau keturunannyer dan mcm2 lagilah... tak kisah nak memilih pun… asalkan tak TERLALU MEMILIH...

Ada sesetengah tu jadi FOBIA PULAK...takut dpt Mr Right yg tak baik perangainyer... kalau baca paper, tiap2 hari ada jer kes suami curang, suami dera isteri, suami ugut isteri bahkan bunuh isteri pun ader….hishhh… camne wanita tak takut?

Bagi mereka yg pernah PUTUS CINTA DAN KECEWA...mmg tau camna seksa dan deritanya jiwa raga...ada lelaki yg tak berguna mcm jantan kaberet tapi ini tak bermakna kebanyakan lelaki yg berperangai mcm tu...

PENTINGKAN KERJAYA...pun boleh seseorg itu lupa...jika dibandingkan dgn zaman atok nenek kita dulu...justeru ada yg lebih mengejar karier/kerjaya... ataupn nak kumpul harta dan tolong famili dulu...

Justeru..jodoh, rezeki, ajal dan maut adalah ketetapan Allah s.w.t.

Berkahwinlah atau mendirikan rumah tangga merupakan salah satu drpd sunnah Rasulullah saw sebagaimana sabda Baginda yg bermaksud :

“Perkahwinan itu sunnah aku. Sesiapa yg menolak sunnahku, maka dia bukan dari kalanganku”. – (Riwayat Bukhari).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...