Pages

Friday, November 25, 2011

~Awal Muharam Yang Tersirat~

1 Muharram 1433H detik permulaan tahun baru hijrah....Tarikh yg mengandungi pelbagai rahsia yg tersirat dlm kehidupan umat Islam....


Penghijrahan kaum Muslimin yg dipimpin oleh Rasulullah SAW merupakan satu dimensi baru kpd dakwah Islamiah dan seterusnya penghayatan kpd ajaran Islam yg sebenar...


Saya gembira dan bersyukur menjadi wanita Solihah (Muslimah Sejati)...Pada Muharam 1433H/Disember 2011 juga merupakan penghijrahan saya...iaitu dari bandar ke kampong...


-  penghijrahan penuh keikhlasan...menuju ke tempat lain.
-  penghijrahan utk perubahan diri dan fizikal.
-  penghijrahan minda dan rohani.
-  penghijrahan pengorbanan utk perubahan diri.

Selain itu, hijrah juga telah mengajar kita erti kecekalan dan ketabahan dlm mengharungi kehidupan dan memartabatkan maruah agama...
Amalan2 dibulan Muharam:-
- puasa sunat - hari yg ke 9 & 10 atau 10 & 11 (fadilat utk menghapuskan dosa2)
- melakukan sedekah
- hubungan silaturrahim
Jelas bahawa peristiwa hijrah Rasulullah SAW itu penuh dgn perjuangan, pengorbanan dan tauladan yg menjadi sumber inspirasi manusia khususnya umat Islam sepanjang zaman...
Peristiwa2 penting dlm bulan Muharam spt:-
1.  1 Muharam-Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan hari pertama bagi setiap tahun baru Islam
2.  10 Muharam-dinamakan juga hari "Asyura"-pd hari itu byk terjadi peristiwa penting yg mencerminkan kegemilangan perjuangan yg gigih dan tabah utk menegakkan keadilan dan kebenaran.
3.  Telah berlaku juga:-
  1. Nabi Adam bertaubat kpd Allah;
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit;
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari bahteranya sesudah bumi ditenggelamkan selama 6 bulan;
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud;
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kpd Nabi Musa;
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara;
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yg kabur dipulihkan Allah;
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yg dideritainya;
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dlmnya selama 40 hari 40 mlm;
  10. Laut Merah terbalah dua utk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun;
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah;
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yg besar;
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam;
  14. Hari pertama Allah menurunkan rahmat;
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan;
  16. Allah menjadikan 'Arasy;
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz;
  18. Allah menjadikan alam;
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril;
  20. Nabi Isa diangkat ke langit.
- doa Akhir Tahun dibaca 3x pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah...Sesiapa yg membaca doa ini, syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia2lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua...Dgn sbb membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun".
- doa Awal Tahun dibaca 3 x selepas maghrib pada malam satu Muharram...Sesiapa yg mambaca doa ini, syaitan berkata:
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Alah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan".

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...