Pages

Saturday, June 2, 2018

HADAPI SUAMI PANAS BARAN

Hasil carian imej untuk permandangan suami baran
gambar pinjam dari mr google
Seorang suami mempunyai ego mereka sendiri.

Tetapi ia sering kali disalah gunakan oleh sesetengah suami sehingga memberi kesan buruk terhdp rumah tangganya, walaupun ia berpunca dpd masalah yg boleh dianggap remeh.

Menurut psikologi sikap panas baran berpunca dari kegagalan seseorg itu mengawal emosinya sendiri.

Panas baran juga bukanlah sifat semula jadi dan bukan dari keturunan.
Namun ia merupakan sifat yg dibiarkan hadir dlm diri seseorg kerana terlalu mengikut perasaan dan beremosi.

Sekiranya terpaksa berhadapan dgn situasi spt ini..…org yg bertjwb utk mengawal dan meredakan keadaan adalah isteri.
Isteri adalah sebaik-baik anugerah yg diberikan oleh Allah SWT kpd suami.

Kelembutan dan kesabaran isteri bkn sahaja dpt menambat hati suami, bahkan spt “penawar” rahsia yg dpt meredakan perasaan dan emosi suami yg terganggu.

Bygkan situasi dimana seorg suami itu mula berubah gara-gara sikap isteri yg sentiasa sabar dan tersenyum walaupun sering dimarahi apabila kehendaknya tidak seiring.

Permulaannya mungkin ia agak pahit utk ditelan, namun percayalah…...ego suami itu hanya dpt dikawal dgn kelembutan seorg isteri.

Walau bagaimanapun, dlm kelembutan itu, cuba kawal situasi agar keadaan tidak terus tegang dan panas.

Carilah ruang yg sesuai utk meluahkan segala perasaan yg selama ini dipendam. Ajak berbincang utk menyelesaikan yg menjadi punca kemarahan suami.

Kebiasaan suami tdk suka memandam perasaan, mereka suka berterus terang dan jujur mengenai perasaan hati.

Kadang-kadang latar belakang suami juga boleh menjadi punca dari bentuk asuhan dalam keluarganya.

Ambil ia sebagai satu cabaran utk memperbaiki kelemahan diri walaupun terpaksa mengalirkan air mata kerana kata-kata suami yg agak “keras”.

Sebaliknya isteri perlu belajar utk mengalah dan bersikap tidak memperdulikan dulu. Elakkan dari melakukan perkara-perkara yg boleh mencetuskan suasana yg tegang. Jgn sesekali membangkitkan kemarahan dan cuba berdiam diri ketika marah.

Belajar menyampaikan kemarahan secara bertenang dan berfikiran positif dan terhormat, elakkan dari emotional dgn bertindak garang.

Antara tips utk melembutkan hati suami…
  1. Byk berdoa selepas solat, hadiahkan al Fatihah khas utk suami supaya dilembutkan hatinya dan diberi petunjuk dan hidayah.
  2. Ketika basuh beras dan menggelegak nasik basahkan lidah dgn zikir Ya Latiff sebanyak yg boleh…
  3. Perbanyakkan zikir…”Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Latiff dan Ya Rahman” berulang-ulang.

Atasi perasaan marah mengikut Islam…
  1. Mengubah posisi – Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang diantara kamu marah dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring”. (Hadis Riwayat Muslim).
  2. Berwuduk – Rasulullah SAW bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk”. (Hadis Riwayat Abu Daud).


Sunday, April 1, 2018

APAKAH JASA KITA KEPADA IBU AYAH?

Apabila kita diberi rezeki memiliki ibu dan ayah yang berusia 60, 70, 80, 90 tahun++...
Kita tak boleh lagi mengharapkan masakannya, tapi kita kena usaha utk memasak, menyediakan apa saja kegemarannya...
Bukan lagi mengharap jasanya, tapi berjasa untuknya...
Bukan masa utk kita menunggu pemberiannya, tapi kena banyak memberi padanya...
Bukan lagi mengharapkan pengorbananya, tapi sentiasa berkorban untuknya...
Bukan lagi mengharapkan/menunggu bukti kasih sayangnya pada kita, tapi kita kena buktikan betapa sayangnya kita padanya...
Bukan lagi tunggu khabar berita darinya, tapi sentiasa bertanya khabar padanya...
Bukan tunggu dia datang ziarah kita, tapi kita kena usaha utk ziarahinya...
dan...
Bukan lagi untuk kita katakan yang BUKAN-BUKAN padanya...bukankah dialah org yg perlu kita taat selepas Allah dan Rasul...
Untuk Peringatan Bersama...

Hasil carian imej untuk Ibu dan Ayah Sudah Tua

x

Tuesday, February 20, 2018

Hari ini entah mengapa...tiba-tiba aku rajin mengemas dan menyelongkar...aku bukak almari berlaci nak cari alas untuk buat lapik atas rak kasut, tetiba terjumpa 3 helai baju kurung kedah arwah mak...kalau aku pakai alangkah bagus, boleh ke aku pakai? dan muat ke? Bisik hati kecilku...
Selepas selesai, aku masuk dalam rumah dan menyelongkar pula meja berlaci lalu terjumpa diary lama ku...selak punya selak kosong tak de ape-ape...tiba-tiba diruangan bertanda...tarikh 23 (Rabu) Julai 2003 ada tulisan ku berbunyi...
"Ibu tersayang telah pergi buat selama-lamanya...Alfatihah...
Lalu aku tak tahan terus air mata ku menitis...

Ya Rabb …
Ampunilah segala dosa ibu dan ayah ku yg telah tiada
Tempatkanlah di tempat yg sebaik-baiknya
Kasihanilah mereka dengan kasih dan sayang-Mu
Jangan biarkan raganya tersiksa di panasnya api neraka

Friday, February 2, 2018

Derma darah??
Saya sudah beberapa kali menderma darah...namun saya kerap juga memikirkan tentang orang yang akan menerima darah saya samada orang Islam atau bukan...
Menderma darah perlu ikhlas dengan niat mahu membantu orang yang benar-benar memerlukan.
Untuk menjadi penderma darah, perkara utama ialah memastikan kita benar-benar sihat untuk mengelak timbul masalah pada diri sendiri mahupun penerima.
Mungkin tak ramai yang tahu...iaitu setiap 14 Jun merupakan Hari Menderma Darah Sedunia. Kalau anda nak tahu, seorang penderma boleh menyelamatkan sehingga tiga nyawa dan dunia amat memerlukannya. Namun ramai juga yang masih takut untuk menderma darah.
Asyik memikirkan jarum yang bakal disuntik ke kulit dan takut rasa sakit...sebenarnya tidak berlaku. Mungkin ramai yang tidak tahu, selain dapat menyelamatkan nyawa, menderma darah juga memberi banyak manfaat kepada diri kita...antaranya ialah:-
Membentuk sel-sel darah merah yang baru dan menyihatkan tubuh badan.
Peredaran darah lebih lancar
Kuantiti zat besi dalam darah menjadi seimbang
Mempercepatkan proses penyembuhan luka
Berat badan jadi seimbang
Mencegah penuaan pra-matang (awet muda) 
InsyaAllah umur panjang
Menderma darah juga antara sedekah yang besar dan pahalanya terus menerus mengalir untuk kita. Ia tidak mengira darjat, perbezaan warna kulit mahupun agama.  Mungkin satu hari nanti kita pula ditempat mereka yang memerlukan darah.
Wallahuallam bisawab...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...