gambar pinjam dari mr google |
Tetapi ia sering kali disalah gunakan oleh sesetengah suami sehingga memberi kesan buruk terhdp rumah tangganya, walaupun ia berpunca dpd masalah yg boleh dianggap remeh.
Menurut psikologi
sikap panas baran berpunca dari kegagalan seseorg itu mengawal emosinya sendiri.
Panas baran juga bukanlah
sifat semula jadi dan bukan dari keturunan.
Namun ia merupakan
sifat yg dibiarkan hadir dlm diri seseorg kerana terlalu mengikut perasaan dan
beremosi.
Sekiranya terpaksa
berhadapan dgn situasi spt ini..…org yg bertjwb utk mengawal dan meredakan
keadaan adalah isteri.
Isteri adalah
sebaik-baik anugerah yg diberikan oleh Allah SWT kpd suami.
Kelembutan dan kesabaran isteri bkn sahaja
dpt menambat hati suami, bahkan spt “penawar” rahsia yg dpt meredakan perasaan
dan emosi suami yg terganggu.
Bygkan situasi
dimana seorg suami itu mula berubah gara-gara sikap isteri yg sentiasa sabar
dan tersenyum walaupun sering dimarahi apabila kehendaknya tidak seiring.
Permulaannya
mungkin ia agak pahit utk ditelan, namun percayalah…...ego suami itu hanya dpt
dikawal dgn kelembutan seorg isteri.
Walau bagaimanapun,
dlm kelembutan itu, cuba kawal situasi agar keadaan tidak terus tegang dan
panas.
Carilah ruang yg
sesuai utk meluahkan segala perasaan yg selama ini dipendam. Ajak berbincang
utk menyelesaikan yg menjadi punca kemarahan suami.
Kebiasaan suami tdk
suka memandam perasaan, mereka suka berterus terang dan jujur mengenai perasaan
hati.
Kadang-kadang latar
belakang suami juga boleh menjadi punca dari bentuk asuhan dalam keluarganya.
Ambil ia sebagai
satu cabaran utk memperbaiki kelemahan diri walaupun terpaksa mengalirkan air
mata kerana kata-kata suami yg agak “keras”.
Sebaliknya isteri
perlu belajar utk mengalah dan bersikap tidak memperdulikan dulu. Elakkan dari
melakukan perkara-perkara yg boleh mencetuskan suasana yg tegang. Jgn sesekali
membangkitkan kemarahan dan cuba berdiam diri ketika marah.
Belajar
menyampaikan kemarahan secara bertenang dan berfikiran positif dan terhormat,
elakkan dari emotional dgn bertindak garang.
Antara tips utk
melembutkan hati suami…
- Byk berdoa selepas solat, hadiahkan al Fatihah khas utk suami supaya dilembutkan hatinya dan diberi petunjuk dan hidayah.
- Ketika basuh beras dan menggelegak nasik basahkan lidah dgn zikir Ya Latiff sebanyak yg boleh…
- Perbanyakkan zikir…”Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Latiff dan Ya Rahman” berulang-ulang.
Atasi perasaan
marah mengikut Islam…
- Mengubah posisi – Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang diantara kamu marah dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring”. (Hadis Riwayat Muslim).
- Berwuduk – Rasulullah SAW bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk”. (Hadis Riwayat Abu Daud).
No comments:
Post a Comment