Pages

Wednesday, March 27, 2013

NYAMANNYA PAGI...

Assalamualaikum... Sudah menjadi rutin harian...pagi-pagi selepas solat subuh semestinya buka TV9 - Tanyalah Ustaz jam 7.00 - 8.00 pagi.
 

Alhamdulillah...cuaca diluar agak dingin dan mendung, angin sepoi-sepoi alangkah nyamannya...Ya Allah... betapa nikmat, nyamannya benar-benar terasa...

Untung kalau dah bersara awal nie... banyak aktiviti bebas yang kita buat...tidaklah terlalu terikat dan memikirkan dengan kerja-kerja pejabat...isy! bila fikir-fikirkan kembali naik pening juga...

Berbalik kepada Tanyalah Ustaz pada pagi ini... bertajuk "SOLAT KETIKA SAKIT" oleh Ustaz Shauqi Othman...kita semua dah maklum...solat merupakan ibadah yang paling penting dalam ajaran Islam dan ia wajib dilakukan dalam keadaan apa cara sekalipun. Solat adalah ibarat "tiang agama", maka sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja atau di atas apa jua alasan, bermakna ia telah berusaha meruntuhkan agamanya sendiri... Solat juga umpama sebuah rumah yang pasti roboh tanpa tiang...

Justeru, solat merupakan ibadah pertama yang akan dihitung di Hari Pembalasan di akhirat kelak...Dalam sebuah hadis nabi saw yang sahih, baginda telah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya amalan pertama bagi seseorang hamba yang akan dihitung di akhirat kelak ialah solatnya". (Hadis ini telah diriwayatkan oleh al-Tirmidhi, Ahmad, Abu Daud, al-Nasa’ei, Ibnu Majah dan lain-lain).

Hidup ini hanya sementara...Setiap masa dan ketika amat berharga...Justeru janganlah ia disia-sia...Marilah kita gunakan seluruh tenaga dan usaha...Demi mendapat keredhaan Yang Maha Esa...

Thursday, March 7, 2013

~boleh percaya ke Contest Reader's Digest 2013 ? ?~

pagi ini nak menonton TV ada masalah Astro pulak...nak kata tak byr bill tak mungkin...baru minggu lepas suami dh byr bill...baru teringat malam tadi ada petir dan kilat maybe terkena panahan...tak dpt buat ape pepagi ni bukalah sampul size A3 berwarna oren yg sy terima smlm rupanye Reader's Digest Contest...rasa seronok gak...ingatkan nak joint...mula pulak ragu-ragu samada betul atau tidak peraduan nie...lebih kurang mcm peraduan Gores Dan Menang pun ada. Ehh...betul ke?...bila baca betul-betul nampak interesting pulak...so utk mendapatkan pengesahan yg lebih jelas...

saya cuba search kat internet tengok pendpt dari individu-individu lain yg dah menyertai peraduan ini.

http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20120905/re_03/Dikata-negara-paling-biadab-Betulkah

http://www.melayu.com/v2/sembang2/mesej.php?thread=6410

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=270330

nampaknye...mmg ramai yg tdk puas hati dgn peraduan ini...menurut mereka, masa mula-mula join memang la tak suruh beli apa-apa. Tetapi bila dah msk peringkat demi peringkat peraduan. Reader's Digest akan meminta peserta utk melanggani majalah Reader's Digest utk tempoh setahun dan byk produk lagi bagi memastikan mereka terus lyk utk memasuki peringkat seterusnya.

stiap srt yg dihantar tu...mmg Reader's Digest tak memaksa pengguna utuk membeli tetapi mereka cuba mempengaruhi dgn tawaran hadiah yg lumayan. Siapa yg tak nak kalau diberikan ratusan ribu secara percuma...jadi bagi yg terpedaya...pastinya akan terus melanggan walaupun tdk menggunakan produk trsbt.

http://zaharuddin.net/kewangan/688-cabutan-bertuah-a-peraduan-pertandingan-moden.html

Monday, March 4, 2013

~jumpa rakan lama sekolah~

Apabila dah berhijrah ke kampong bermacam-macam aktiviti yang kita joint, antaranya seperti kenduri kendara, majlis-majlis ilmu di masjid atau surau. Terima kad jemputan kahwin usah cerita lah, belambak-lambak tak payah tunggu musim cuti sekolah.
Saya berkesempatan bertemu dengan beberapa rakan lama sekolah sewaktu saya menghadiri majlis perkahwinan anak rakan. Ternyata, selepas hampir tiga puluh tahun meninggalkan alam persekolahan, perubahan wajah setiap rakan yg ditemui menyebabkan saya hampir tidak mengenalinya. Setelah beberapa ketika dengan sedikit clue yang diberikan, barulah saya dapat mengingatnya kembali. Sewaktu hendak pulang mereka melihat kepada saya dengan wajah yang seolah-olah teruja. Mungkin terkejut dengan perubahan ketara saya yang dahulunya adalah seorang yang pemalu...
 
Firman Allah SWT. “Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silatur rahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati kamu.” (an-Nisaa’: Ayat 1)
Nabi saw. bersabda, "Tidak masuk Syurga, mereka yang memutuskan silatur rahim.” (HR Bukhari dan Muslim)
Nabi saw. bersabda, "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah dia menjalinkan silatur rahim.” (HR Bukhari)
Nabi saw. bersabda, "Sesiapa yang suka agar diperluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia menghubungkan silatur rahim.” (HR Bukhari)
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...