Pages

Friday, March 29, 2019

Sayangilah MERTUA anda...

Imej yang berkaitan


Dalam pelbagai keadaan, menantu perlu menghormati kehendak mertua, selagi tidak bercanggah dgn syariat, terutama bagi mertua yg duduk serumah.

Dalam hal ini isteri perlu ingat bahawa Allah SWT telah memberi ketetapan bahawa seorang isteri wajib menghormati suami dan keluarga suaminya.

Tidak dinafikan, kadang-kala ada mertua yg suka mencari-cari kesalahan anak menantu. Misalnya…menuduh menantu tidak pandai memasak, rumah tidak kemas, tidak pandai jaga anak…atau mengungkit-ungkit segala kebaikan yg penah dilakukan.

Mintalah nasihatnya dalam apa juga tindakan walaupun ia dianggap kecil dan remeh. Contohnya…”Mak, ikan duri ni masak kari sedap juga, mak selalu mak basuh ikan dengan ayaq asam kan?”

Sesekali kalau keluar tanyalah kepadanya…”Mak ada tak nak pesan apa-apa yg mak teringin nak makan, nanti boleh saya carikan”.

Sesekali ajak mertua keluar jalan-jalan, samada dikeliling rumah atau keluar naik kereta.

Sebenarnya ada pelbagai cara lagi yg boleh kita lakukan utk memberi penghormatan kpd mertua sehingga dia rasa dirinya disanjung, dihormati dan disayangi. Nanti akan terjalinlah ikatan kasih sayang diantara kita dengannya.

Sebagai seorang isteri, sepatutnya kita memahami perasaan ibu mertua. Bukankah mereka lebih byk “makan garam”, lebih banyak pengalaman, maka sudah tentu mereka lebih suka jika nasihat mereka dituruti.

Ada kalanya mereka cemburu apabila melihat anaknya lebih melayani isterinya hingga lupa memenuhi kehendaknya.

Oleh itu sebagai isteri kita sering kali mengingatkan suami tentang tanggung jwb terhdp ibu bapanya sendiri.  Kalau ada masa terluang ingatkan suami menziarahi ibu bapanya…”kalau ada kelapangan, apa kata kita ziarah emak dan ayah abang tu..entah sihat ke tidak, nak kene jenguk juga”.

Kalau balik kampong jgn lupa bawalah apa-apa ke atau buah tangan utk menggembirakan hati nya. Berilah mereka hadiah yg mereka suka.  Ajar anak-anak menghormati datuk dan nenek mereka.

Pesan dengan anak-anak..”salam datuk dan nenek, cium tangannya, tunduk..kalau lalu depan datuk dan nenek”.  Disamping itu kita mesti tunjukkan sikap berkasih syg dgn cucu-cucu yg lain.  Ajar anak-anak berkawan dan bermain dgn sepupu sepapat mereka yg ada di kampong.

Kdg-kdg mertua kita bad mood, bersikap acuh tak acuh saja dgn kita, tentu ada perkara yg tersirat disebaliknya.  Mungkin hatinya telah tersinggung, kalau kita marahkan cucunya.

Yakinlah itu adalah ujian kita utk mencapai kasih syg Allah.  Allah menjanjikan org-org yg sabar itu pahalanya iaitu masuk syurga tanpa hisab (dihitung dosa dan pahalanya).

Firman Allah : “Dan Kami berikan kpd org-org yg sabar itu pembalasan menurut apa yg telah mereka kerjakan dengan sebaik-baiknya”. (Surah An Nahl : 96).

Kesimpulannya :

Oleh itu, hendaklah kita selalu mengingatkan diri kita dgn berkata “Wahai Tuhan, berilah aku kesabaran dlm menghadapi masalah ini. Tunjukkanlah aku jln keluar yg sebaik-baiknya.
Semoga ujian yg Engkau berikan ini dpt mendidik diriku utk semakin dkt dgn Mu…
Aamiin…YRA..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...