
Dalam pelbagai
keadaan, menantu perlu menghormati kehendak mertua, selagi tidak bercanggah dgn
syariat, terutama bagi mertua yg duduk serumah.
Dalam hal ini
isteri perlu ingat bahawa Allah SWT telah memberi ketetapan bahawa seorang
isteri wajib menghormati suami dan keluarga suaminya.
Tidak dinafikan,
kadang-kala ada mertua yg suka mencari-cari kesalahan anak menantu. Misalnya…menuduh
menantu tidak pandai memasak, rumah tidak kemas, tidak pandai jaga anak…atau
mengungkit-ungkit segala kebaikan yg penah dilakukan.
Mintalah nasihatnya
dalam apa juga tindakan walaupun ia dianggap kecil dan remeh. Contohnya…”Mak,
ikan duri ni masak kari sedap juga, mak selalu mak basuh ikan dengan ayaq asam
kan?”
Sesekali kalau
keluar tanyalah kepadanya…”Mak ada tak nak pesan apa-apa yg mak teringin nak
makan, nanti boleh saya carikan”.
Sesekali ajak
mertua keluar jalan-jalan, samada dikeliling rumah atau keluar naik kereta.
Sebenarnya ada
pelbagai cara lagi yg boleh kita lakukan utk memberi penghormatan kpd mertua
sehingga dia rasa dirinya disanjung, dihormati dan disayangi. Nanti akan
terjalinlah ikatan kasih sayang diantara kita dengannya.
Sebagai seorang
isteri, sepatutnya kita memahami perasaan ibu mertua. Bukankah mereka lebih byk
“makan garam”, lebih banyak pengalaman, maka sudah tentu mereka lebih suka jika
nasihat mereka dituruti.
Ada kalanya mereka
cemburu apabila melihat anaknya lebih melayani isterinya hingga lupa memenuhi
kehendaknya.
Oleh itu sebagai
isteri kita sering kali mengingatkan suami tentang tanggung jwb terhdp ibu
bapanya sendiri. Kalau ada masa terluang
ingatkan suami menziarahi ibu bapanya…”kalau ada kelapangan, apa kata kita
ziarah emak dan ayah abang tu..entah sihat ke tidak, nak kene jenguk juga”.
Kalau balik kampong
jgn lupa bawalah apa-apa ke atau buah tangan utk menggembirakan hati nya.
Berilah mereka hadiah yg mereka suka.
Ajar anak-anak menghormati datuk dan nenek mereka.
Pesan dengan
anak-anak..”salam datuk dan nenek, cium tangannya, tunduk..kalau lalu depan datuk
dan nenek”. Disamping itu kita mesti
tunjukkan sikap berkasih syg dgn cucu-cucu yg lain. Ajar anak-anak berkawan dan bermain dgn sepupu
sepapat mereka yg ada di kampong.
Kdg-kdg mertua kita
bad mood, bersikap acuh tak acuh saja dgn kita, tentu ada perkara yg tersirat
disebaliknya. Mungkin hatinya telah
tersinggung, kalau kita marahkan cucunya.
Yakinlah itu adalah
ujian kita utk mencapai kasih syg Allah. Allah menjanjikan org-org yg sabar itu
pahalanya iaitu masuk syurga tanpa hisab (dihitung dosa dan pahalanya).
Firman Allah : “Dan
Kami berikan kpd org-org yg sabar itu pembalasan menurut apa yg telah mereka
kerjakan dengan sebaik-baiknya”. (Surah An Nahl : 96).
Kesimpulannya :
Oleh itu, hendaklah
kita selalu mengingatkan diri kita dgn berkata “Wahai Tuhan, berilah aku
kesabaran dlm menghadapi masalah ini. Tunjukkanlah aku jln keluar yg
sebaik-baiknya.
Semoga ujian yg
Engkau berikan ini dpt mendidik diriku utk semakin dkt dgn Mu…
Aamiin…YRA..
No comments:
Post a Comment