Pages

Tuesday, June 25, 2013

~Istimewanya Syaaban...~


Subhanallah ! pejam celik, pejam celik, kita sudah berada dipertengahan Syaaban. Terasa bagaikan kita melangkah masuk ke dalam bulan yang mulia ini iaitu Ramadhan...padahal umat Islam diseluruh dunia bakal menyambut Ramadhan yang akan datang.

Betapa mulia dan berkatnya Syaaban, sehingga kita menyambut "Nisfu Syaaban" dengan solat Taubat dan bacaan Yaasin.

"Ya Allah, berkatilah kami bulan Rejab dan Syaaban, serta sampaikan lah kami kepada bulan Ramadhan".

Saturday, June 15, 2013

SEKADAR BERPESAN-PESAN

Janganlah kita jadi orang yang sombong, kerana kehidupan seseorang yang sombong, pengakhirannya amat merugikan... Orang yang faham dan beramal dengan ilmu agama yang ada padanya, dia akan mudah menerima teguran walaupun teguran itu datang dari seseorang yang kelihatan biasa-biasa sahaja...

Ingatlah...yang salah tetap salah, lembutkanlah hati kita untuk menerima teguran yang baik untuk kita, mungkin selama ini kita tidak sedar kesalahan kita sehinggalah Allah "hadirkan" seseorang untuk "menegur" kita... Anggaplah orang yang datang menegur kita itu utusan dariNya kerana DIA sangat sayangkan kita, lalu Dia datangkan seseorang untuk menyedarkan kita yang kadang-kadang riak dengan ilmu yang kita ada, sedangkan jika kita merenung sedalam-dalamnya... kita sebenarnya bukan sesiapa pun, hanya seorang hamba yang hina dina di sisiNya...

Orang yang beruntung ialah orang yang bersifat rendah hati dan sentiasa merasakan dirinya tidak sempurna dan memerlukan nasihat dan teguran dari orang sekeliling.

Ingatlah...
Jangan sesekali terdetik dalam hati kita rasa begini bila seseorang yang kelihatan biasa-biasa tiba-tiba datang menasihati kita:

"Ahh!! siapalah kau ni nak tegur-tegur kesalahan aku, hidup kau pun serba tak kena, ada hati nak tegur aku. Aku belajar agama, tahu agama...kau tu bukan belajar aliran agama pun...ada hati nak nasihatkan aku, cermin diri kau lah dulu".

Bila terdetik rasa begitu...akuilah pada diri kita...aku ni sombong.

Sekadar berpesan-pesan untuk kebaikan dan renungan bersama terutamanya diri saya yang kadang-kadang lupa...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...