Pages

Thursday, May 12, 2016

detik cemas menaiki Air Asia

Ingin saya berkongsi pengalaman cemas menaiki Air Asia dari KLIA ke Jogjakarta. Kejadian berlaku 4.30 ptg, satu setengah jam selepas pesawat itu berlepas dalam cuaca yang baik, namun hujan lebat dan ribut di akhir perjalanan menyebabkan pesawat terbuai turun naik bagaikan bot dilanda gelombang ombak.  Malah dapat dirasakan pesawat itu dipukul angin. Rasa cemas dan takut dengan situasi itu dapat dilihat pada wajah penumpang lain di dalam pesawat itu. 
Cemas sampai mulut terkumat-kamit membaca ayat suci kalimah ALLAH SWT. Ada yang berzikir, mengucap, malah boleh didengar, menggambarkan keadaan cemas di udara yang berlarutan lebih 25 minit. Bayangan pesawat yang kami naiki akan terhempas berlegar-legar dalam fikiran.  Ada juga penumpang yang menjerit setiap kali pesawat turun naik dan bergegar akibat petir di luar sana...masa itu fikir antara hidup dan mati rasanya. 
Saya meninjau kesisi tingkap, kedengaran kapten kapal membuat pengumuman tentang situasi cuaca kurang elok…pesawat sedang menunggu untuk membuat pendaratan. Kapten juga menyuruh anak-anak kapalnya duduk di tempat masing-masing...pesawat bergegar-gegar lebih kuat dan saya tidak nampak apa-apa selain awan yang besar dan suasana gelap (walaupun masih petang). Sayap pesawat pun hampir tidak kelihatan, walhal hanya jarak beberapa puluh meter sahaja dari tingkap. 
Ketika itu ketinggian pesawat mungkin sekitar 1000-2000 meter sahaja, kerana dapat dilihat dengan jelas struktur dari udara bangunan diruang udara menghala Jogja. Dan tidak jauh dari kawasan itu juga, jelas kelihatan sistem penghubung jalanraya utama.  Tapi Alhamdulillah kapten berjaya mengawal pesawat dengan baik dan akhirnya kami sempat sampai ke distinasi.

3 comments:

aby said...

Salam saridah,
Klu aby pun kecot perut juga klu melalui perjalanan yg mcm tu.apapun

aby said...

Alhamdulillah selamat smpai ke destinasi

aby said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...