Pages

Saturday, October 29, 2011

~Mensyukuri REZEKI~

Makan biar berpada2, jgn tamak dan berlebih2an. Bersyukur dgn setiap rezeki yg ada, sama ada sedikit atau byk..ia tetap rezeki. Makanan yg sedikit pun mampu mengenyangkan sekiranya dimakan dgn syukur. Sementara makanan yg byk, jgnlah dibazirkan..

Daripada Jabir bin Abdullah, katanya, Rasulullah saw bersabda:
Makanan seorang cukup utk 2 org, makanan utk 2 org cukup utk 4 org, dan makanan 4 org cukup utk 8 org”- (Sahih Muslim).

Dalam satu kisah, Abu Hurairah menceritakan, Rasulullah saw menerima tetamu seorg kafir. Rasulullah menyuruh org memerah susu seekor kambing utk minuman tetamunya, lalu habis diminum oleh tetamu itu. Kemudian baginda menyuruh diperah susu seekor kambing lagi, juga habis diminum tetamunya. Disuruh lagi memerah susu kambing lain, habis juga diminum oleh tetamunya sehingga tujuh ekor kambing semuanya.

Keesokan hari, tetamunya itu memeluk Islam. Rasulullah saw memerintahkan supaya diperah susu seekor kambing utk minuman tetamu itu. Susu itu habis diminum. Kemudian baginda menyuruh org memerah susu kambing yang lain. Bagaimanapun tetamunya tidak mampu lagi menghabiskan susu itu.

Melihat ini, Rasulullah saw bersabda...
Org mukmin minum dgn satu perut dan org kafir minum dgn tujuh perut”- (Sahih Muslim).

1 comment:

PRIMAGUNA said...

sangat bermanfaat ,,syiar islam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...