Pages

Saturday, October 29, 2011

~Apabila Suami TIDAK SEHEBAT isteri~

Dlm hati aku mengeluh sendirian..."mengapalah suamiku tdk sehebat aku"?

“Abang pergi sukan sekolah Iwan, boleh? Saya kena pengerusikan mesyuarat jabatan minggu depan. Tak boleh tangguh.”

“Awak ajalah pergi. Abang pun kerja.”

“Cuti ajalah, bang. Saya susah. Kalau saya tak ada, budak2 kat pejabat tu tak boleh buat kerja...”

“Malaslah. Awak ajalah pergi...”


Man berlalu, Fida tinggal kebingungan. Keliru, marah, kecil hati dan terkilan. Mengapa suaminya tdk boleh membantu sedikit pun? Dia tdk harap byk wpun selama ini dia yg mengeluarkan wang ringgit utk mencukupkan kekurangan dlm rumah dan makan pakai tetapi Fida yg tolong melengkapkan. Tapi mengapa dlm masalah sekecil ini, Man tdk boleh bertoleransi dgnnya?

Isu pengagihan tugas boleh menjadi kudis dlm rtangga jika dibiarkan berlarutan. Wpun npk remeh ttpi ia meyumbang byk dlm keharmonian perkahwinan. Zaman ini suami isteri sama2 bekerja. Ada ketikanya, isteri berjawatan lebih tinggi. Sygnya dlm urusan rumahtangga pengagihan tugas masih gagal dijayakan.

Kerapnya isteri yg byk memikul tugas. Kerja di pejabat tdk selesai, balik ke rumah, dia tambah terbeban sdgkan tugas rumahtangga boleh ringan jika dipikul bersama.

Mmg benar fungsi asas wanita selepas berkahwin ialah menguruskan rumahtangga. Sesuai ajaran Islam, isteri bertugas dlm persekitaran rumahtangga, termasuk menguruskan anak.. mengemas rumah..dan memasak, yg menjadi amalan tradisi wanita, sesuai dgn fitrah dan emosi mereka.


Begitulah cth yg sdg melanda ramai wanita bekerjaya masa kini. Mereka ada kelulusan..kelayakan. Mereka mengharapkan suami mereka juga sehebat mereka, jika tdk dari segi pangkat..wang ringgit atau kedudukan, sekurang2nyer suami memainkan peranan sebagai suami yg bertjwb dlm sebuah rumahtangga..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...