Pages

Monday, June 20, 2011

~MADAH UTK WANITA SOLEHAH~

~Wahai Wanita~

Wanita solehah itu aurat dijaga, pergaulan dipagari, sifat malu pengikat diri, seindah hiasan di dunia ini.
Keayuan wanita solehah itu, tidak terletak pd kecantikan wajahnya.
Kemanisan wanita solehah, tidak terletak pd kemanjaannya.
Daya penarik wanita solehah itu, bukan pada kemanisan bicaranya yg mengoncang iman para muslimin, dan bukan pula terletak pd kebijaksanaannya bermain lidah dan memujuk rayu.
Kepetahan wanita solehah, bukan pd brg kemas atau perihal org lain, tapi pd perjuangannya meningkatkan martabat agama.

~Wahai Wanita~

Nafsu mengatakan wanita cantik dgn paras rupa yg indah bak permata yg menyeri alam, akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dlm ilmu serta pandai dari segala aspek, hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya, itupun seandainya hati itu bersih utk menilai.

~Wahai Wanita~

Jgn dibangga dgn kecantikan luaran, kerana satu hari nnti ianya akn lapuk di telan zaman, tetapi jaga dan peliharalh kecantikan dalaman, agar diri ini bersih dan sentiasa mendpt rahmat dari Allah swt.

~Wahai Wanita~

Jgn berbangga dgn ilmu duniawi yg kau kuasai, kerana ada lagi manusia yg lebih berpegetahuan darimu.
Wahai wanita jgn pula berdukacita atas kekurangan dirimu, kerana ada lagi insan yg lebih malang darimu.
Wahai wanita solehah jgn dirisau akan jodohmu, kerana muslimin yg bijaksana itu tidak akn terpaut pd wanita hanya kerana kecantikannya. Bersyukurlah diatas apa yg ada, serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.

Salam perjuangan utk sahabatku.....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...