Pages

Thursday, July 28, 2011

datangMu dinanti pergiMu ditangisi


Bulan Ramadhan Al-Mubarak bakal menjelang tiba tdk lama lagi.
Kita berdoa supaya Allah panjangkan umur kita agar dpt bertemu dgn bulan Ramadhan ini.
Bulan penuh kemuliaan dan keberkatan.
Bulan yg membawa seribu kegembiraan dan menghilangkan seribu kedukaan.

Rasullullah s.a.w di dlm sebuah hadith yg bermaksud..:

"di awalnya adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan dan penghujungnya adalah dibebaskan dari neraka".

Nah! apa lagi yg kita mahu saudara ku sekelian.... Bulan bonus yg dianugerahkan oleh Tuhan sekelian Alam. Peluang ini hanya dtg setahun sekali. Peluang yg besar ertinya...Kunci Kebahagiaan Yang Abadi.

Marilah kita berazam utk membaiki puasa kita pd tahun ini agar lebih baik dari tahun lepas. Anggaplah puasa pd tahun ini adalah madrasah tarbiyyah jiwa kita...Jiwa yg selama ini penuh dgn kotoran dosa, kita bersihkan dgn perbanyakkan istighfar, jiwa yg penuh kejahilan, kita isikan dgn menghadiri majlis ilmu, jiwa yg tandus dari ibadah, kita isi dgn perbanyakkan amalan.

Dalam hal ini, nabi s.a.w telah memberi motivasi kepada kita dgn hadithnya yg bermaksud...:

"Barang siapa yg berpuasa dgn penuh keimanan dan hat2i, maka Allah akan mengampunkan dosa2nya yg lalu".

Puasa bukan hanya menahan diri dari makan atau minum tetapi matlamat puasa yang sebenar ialah untuk melahirkan insan yang bertaqwa. Ini ditegaskan sendiri oleh Allah Taala dalam Al-Quran yang bermaksud..:

"telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas umat2 sebelum kamu, moga2 kamu menjadi org yg bertaqwa".

Marilah kita pada tahun ini berazam utk menghadapi bulan Ramadhan dgn penuh muhasabah diri, dgn penuh tekad utk mengubah sikap dan meningkatkan iman serta menambahkan ilmu.

Perbanyakkanlah amalan2 sunat seperti Membaca Al-Quran, Bersedekah, Menolong Anak Yatim dan sebagainya. Semoga dgn azam dan cita-cita kita itu, akhirnya menjadikan kita seorg yg bertaqwa dan lulus dlm menghadapi Tarbiyyah Ramaddan.


Nota : Tazkirah di Dewan Tan Sri Mahfuz Khalid, KKR.

1 comment:

aiEz said...

alhamdulillah,ramadhan hari ini...dan berkesempatan untuk menunaikan tanggungjwab yg diberi..hayati bukan yg diberkati,moga amalan diterima Ilahi..insyaAllah,terima kasih atas perkongsan..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...