Pages

Friday, July 1, 2011

~Sakit Hapuskan Dosa~

Drpd Abdullah, katanya – “Aku dtg mengunjungi Rasulullah saw ketika Baginda sakit, lalu ku sentuh Baginda seraya berkata” : “Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk”.

Jawab Baginda : “Memang demamku sama dgn deman 2 org kamu”.

Aku berkata : “Semoga anda mendapat pahala berganda pula”.

Balas Baginda : “Semoga!”

Kemudian sabda Baginda pula : “Tiada ada seorg Muslim yg ditimpa cubaan berupa sakit dan sbgnya melainkan dihapuskan Allah dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya”. – (Hadis Riwayat Muslim).

Segala bencana, penyakit, kesusahan atau kerunsingan yg menimpa tubuh badan atau akal fikiran seseorg mukmin menjadi “kaffarah” (penghapus) kekotoran dosa dan kesalahan org yg ditimpa bencana itu.

Anas berkata, Rasulullah bersabda : “Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa apabila Allah mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yg menerima ujian itu dgn redha, maka dia akan beroleh keredhaan Allah, dan sesiapa yg bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendpt kemurkaan drpd Allah”. – (Hadis Riwayat At-Tarmizi dan Ibn Majah).

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...