Pages

Monday, July 18, 2011

Keajaiban Hati Manusia

Rasulullah saw bermaksud:

"Ketahuilah sesungguhnya di dlm tubuh ada segumpal daging. Apabila dia baik,maka seluruh tubuh akan baik. Apabila dia rosak maka seluruh tubuh akan rosak. Ketahuilah segumpal daging itu adalah hati." (HR Bukhari).

 

Sungguh besar nikmat Allah swt beri kpd sekalian manusia. Penciptaan manusia sungguh berbeza dgn makhluk lain sehingga perbezaan tersebut xdpt dijangkau oleh akal manusia itu sendiri.  Hati memainkan peranan yg penting dlm kehidupan setiap individu yg mana ia sgtlah berbeza dan istimewa berbanding dgn makhluk lain. Hati manusia mempunyai keupayaan utk merasa pelbagai perasaan.

 

Kdg2 kita merasa gembira, sedih, riak, sombong, marah dan lain2 lagi...itu menjadikan salah satu drpd keistimewaan hati manusia yg mana ianya sering berubah2 tanpa kita sendiri dpt mengawalnya. Perasaan yg berbeza2 inilah yg mempengaruhi sikap yg wujud pd diri manusia itu sendiri. Tidak dinafikan hatilah yg mengawal segala tindak tanduk kita berbanding akal. W/pun darjat akal lebih tinggi drd hati namun manusia tetap cenderung mengikut kata hati masing2. Kalau muncul perasaan baik, baiklah tindakannya dan begitulah sebaliknya.

Keadaan seumpama ini seakan2 hati sebagai raja yg bertakhta didlm diri manusia sementara akal sebagai penasihat dan anggota lain pula lahir sebagai rakyat jelata yg sentiasa menurut perintah yg lahir dari hati.  

 

Oleh sbb itulah kita harus menjaga hati kita dari terpengaruh oleh musuh utama manusia iaitu nafsu dan syaitan.  Apabila kita mengabaikan hati, ini bererti kita menjerumuskan diri kita ke arah kegelapan seperti firman Allah swt, yang maksudnya:“Beruntunglah barang siapa yang membersihkan hatinya dan rugilah siapa yang mengotorinya,” (Surah Asy-Syams : Ayat 9).  

Hati yg bersih itu membuatkan :-

 

Sentiasa takut kpd Allah swt.

1.      Merasa syukur atas nikmat yg diberikan.

2.   Merasa tidak tenang apabila membuat sesuatu kesalahan meskipun kesalahan itu kecil sahaja.

3.      Sentiasa berasa dirinya diawasi oleh Allah swt.

4.      Redha dan sabar dgn ketentuan Ilahi.

5.      Sentiasa rendah diri dgn Tuhan.

6.      Sentiasa mengingati nikmat Allah yang tidak terhitung byknya.

 

Itulah sifat2 yg sepatutnya dimiliki oleh segenap manusia. Sifat inilah yg membuat kita merasakan keikhlasan, kejujuran, kasih sayang dan keharmonian.  Hati yg terikat dgn sifat ini dpt mewujudkan ketenangan jiwa, kedamaian serta kebahagian yg sememangnya diidam2 oleh setiap individu. Tanpa adanya sikap positif dlm diri akan muncul pula perkara yg negatif seperti hasad dengki, sombong, irihati dan lain2 lagi dan mustahil bagi kita akan hidup dlm suasana yg harmoni.

 

Oleh itu jagalah hati dgn mengingati Allah agar kita dpt menjauhi segala anasir2 yg negatif yg akan memasuki hati kita dan Allah jadikan akal untuk kita berfikir berdasarkan ilmu...

Wallahuallam...~

1 comment:

Saridah said...

~ketenangan hati itu dtgnya dgn byk berzikir dan merayu kepada Allah... InsyAllah kita akan dikurniakan dgn hati yg tenang....semoga dipermudahkan segala urusan buat hati yg teruji dan diuji....semoga sentiasa didlm perlindungan dan rahmat Allah swt.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...