Pages

Saturday, October 29, 2011

~Apabila Suami TIDAK SEHEBAT isteri~

Dlm hati aku mengeluh sendirian..."mengapalah suamiku tdk sehebat aku"?

“Abang pergi sukan sekolah Iwan, boleh? Saya kena pengerusikan mesyuarat jabatan minggu depan. Tak boleh tangguh.”

“Awak ajalah pergi. Abang pun kerja.”

“Cuti ajalah, bang. Saya susah. Kalau saya tak ada, budak2 kat pejabat tu tak boleh buat kerja...”

“Malaslah. Awak ajalah pergi...”


Man berlalu, Fida tinggal kebingungan. Keliru, marah, kecil hati dan terkilan. Mengapa suaminya tdk boleh membantu sedikit pun? Dia tdk harap byk wpun selama ini dia yg mengeluarkan wang ringgit utk mencukupkan kekurangan dlm rumah dan makan pakai tetapi Fida yg tolong melengkapkan. Tapi mengapa dlm masalah sekecil ini, Man tdk boleh bertoleransi dgnnya?

Isu pengagihan tugas boleh menjadi kudis dlm rtangga jika dibiarkan berlarutan. Wpun npk remeh ttpi ia meyumbang byk dlm keharmonian perkahwinan. Zaman ini suami isteri sama2 bekerja. Ada ketikanya, isteri berjawatan lebih tinggi. Sygnya dlm urusan rumahtangga pengagihan tugas masih gagal dijayakan.

Kerapnya isteri yg byk memikul tugas. Kerja di pejabat tdk selesai, balik ke rumah, dia tambah terbeban sdgkan tugas rumahtangga boleh ringan jika dipikul bersama.

Mmg benar fungsi asas wanita selepas berkahwin ialah menguruskan rumahtangga. Sesuai ajaran Islam, isteri bertugas dlm persekitaran rumahtangga, termasuk menguruskan anak.. mengemas rumah..dan memasak, yg menjadi amalan tradisi wanita, sesuai dgn fitrah dan emosi mereka.


Begitulah cth yg sdg melanda ramai wanita bekerjaya masa kini. Mereka ada kelulusan..kelayakan. Mereka mengharapkan suami mereka juga sehebat mereka, jika tdk dari segi pangkat..wang ringgit atau kedudukan, sekurang2nyer suami memainkan peranan sebagai suami yg bertjwb dlm sebuah rumahtangga..

~Mensyukuri REZEKI~

Makan biar berpada2, jgn tamak dan berlebih2an. Bersyukur dgn setiap rezeki yg ada, sama ada sedikit atau byk..ia tetap rezeki. Makanan yg sedikit pun mampu mengenyangkan sekiranya dimakan dgn syukur. Sementara makanan yg byk, jgnlah dibazirkan..

Daripada Jabir bin Abdullah, katanya, Rasulullah saw bersabda:
Makanan seorang cukup utk 2 org, makanan utk 2 org cukup utk 4 org, dan makanan 4 org cukup utk 8 org”- (Sahih Muslim).

Dalam satu kisah, Abu Hurairah menceritakan, Rasulullah saw menerima tetamu seorg kafir. Rasulullah menyuruh org memerah susu seekor kambing utk minuman tetamunya, lalu habis diminum oleh tetamu itu. Kemudian baginda menyuruh diperah susu seekor kambing lagi, juga habis diminum tetamunya. Disuruh lagi memerah susu kambing lain, habis juga diminum oleh tetamunya sehingga tujuh ekor kambing semuanya.

Keesokan hari, tetamunya itu memeluk Islam. Rasulullah saw memerintahkan supaya diperah susu seekor kambing utk minuman tetamu itu. Susu itu habis diminum. Kemudian baginda menyuruh org memerah susu kambing yang lain. Bagaimanapun tetamunya tidak mampu lagi menghabiskan susu itu.

Melihat ini, Rasulullah saw bersabda...
Org mukmin minum dgn satu perut dan org kafir minum dgn tujuh perut”- (Sahih Muslim).

~masa yang sesuai utk minum air~

~Semua orang tahu, minum air adalah sgt penting dan sgt baik utk kesihatan..tapi adakah anda tahu bilakah masa yg PALING BAIK utk anda minum air..?


Minum dua gelas air masak - SELEPAS BANGUN TIDUR..
Ianya membantu mengaktifkan organ dalaman.

Minum segelas air masak - 30 MINIT SEBELUM MAKAN..
Ianya membantu penghadaman dan membuatkan perut lebih bersedia memberi ruang untuk kemasukan makanan.

Minum segelas air masak - SEBELUM MANDI..
Ianya membantu pengaliran darah dan mengurangkan tekanan darah.

Minum segelas air masak - SEBELUM TIDUR..
Ianya dapat mengelakkan terkena strok dan serangan jantung ketika tidur.

~Menurut kajian di Jerman, kita boleh membakar kalori dgn minum 1.5 liter air putih atau air sejuk..jadi secara tak langsung membantu kita menjaga berat badan yg ideal~

Friday, October 21, 2011

~Contohi Resmi BURUNG~

Rezeki tdk dtg bergolek tetapi harus diusahakan. Sebaik2 rezeki dtg drpd hasil usaha sendiri, bukan mengharapkan simpati atau mengambil kesempatan drpd usaha yg dilakukan org lain..

Contohilah resmi sang burung, yg selalu keluar dari sarang dgn perut kosong tetapi kembali semula dgn perut penuh berisi. Resmi burung turut menjadi perhatian Rasulullah s.a.w seperti sabda baginda..
"Berangkat pada waktu pagi dlm keadaan perut kosong dan pulang sebelah petang dgn perut yg penuh (kenyang)". (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)

Imam Ahmad bin Hambal pernah ditanya seseorang.."apa pendapat tuan mengenai orang yg hanya duduk di rumah atau di masjid dan dia berkata, saya tidak akan mengerjakan sesuatu sehingga rezeki dtg dgn sendiri." Imam Ahmad bin Hambal menjawab, "orang tersebut sangat bodoh dan tidak faham mengenai agama."

~Jangan berprasangka buruk..~

Assalamualaikum wbth..
Hidup kita tdk lekang dari berprasangka buruk atau buruk sangka..jika diri terlibat.., kunci menanganinya adalh beristighfar dan bertaubat..

“sipolan rajin ke surau.. maklumlah nak tunjuk dia alim..”

"sipolan selalu keluar mlm..ntah2 dia nie keje merompak ke..pelayan ke..pelacur ke.."

"sipolan selalu tolong boss..nie mesti nk boleh supaya cpt naik pangkat.."

"sipolan selalu berpakaian smart2..ntah apa2 lah kerjanyer kuli ke apa.."

..itulh antara ayt atau dialog mengenai berprasangka terhadap org lain.. sikap buruk begini menjadi satu “trend” dlm hidup..hingga kdg2 timbul pulak fitnah2 yg tdk sepatutnya..
..sikap begini selalu membuatkan kita bergaduh dgn teman2 mahupun timbul rasa benci terhadap org lain..

..dlm hati sering tertanya, bagaimana nk hapuskan sikap buruk sangka nie..? memang tidak semudah yg disangka..sikap itu dtg dari diri kita sendiri..apa yg perlu kita buat ialh sentiasa berfikiran positif..apabila bertemu dgn musuh mahupun rkn yg kita tk suka.

"siapalah kita nk menghukum manusia"..rajinlah muhasabah diri..sedar bahawa siapakah kita yg sebenar..layakkah kita mengkritik org..?? ingatlah..kita hanya hamba Allah yg tdk dpt lari dari melakukan kesilapan..yg..setiap manusia pasti pernah melakukan kesilapan atau kesalahan..sebesar manapn dosa seseorg itu, kita tdk lyk menghukum mereka..

..berprasangka buruk ini sering berkait rpt dgn rasa hasad, dengki, iri hati atau cemburu..ia teramat sukar dibuang namun wajiblah ia dimasukkn dlm senarai utama yg perlu kita hindarinya sedaya upaya..artikel ini bertujuan sama2 berusaha menjauhinyer agr kehidupan kita akn lbh diredhai dan diberkati oleh Allah swt...

..mudah2han kita dpt mengekalkan ukhuwah sesama insan yg sememangnya dianjurkan oleh Rasulullah saw dlm Islam..

Wallau’allam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...