Pages

Tuesday, June 28, 2011

~Duhai Hati~


Duhai hati...
Kau sentiasa akan diuji
Kau sentiasa berbolak balik
Kerana asalmu adalah begitu jua

Duhai hati...
Kau ada dua bisikan
Bisikan kebaikan
Bisikan kejahatan

Duhai hati...
Kau adalah raja
Yang punya kuasa
Mengawal seluruh tenteranya

Duhai hati...
Kau lembut umpama sutera
Usah biar dicalarkan
Dengan hanya secebis serpihan

Duhai hati...
Kau keras umpama batu
Tetapi ingat
Air bisa meluluhkanmu

Duhai hati...
Kau akan sentiasa diuji

Duhai hati...
Kau telah dipandu dengan wahyu
Kau dicerahi dengan akal
Kau diberi pilihan jalan

Duhai hati...
Tabahlah hadapi dugaan
Allah ada bersamamu
Bukan seketika
Bahkan selamanya...


Hasil Nukilan

1 comment:

Saridah said...

~ketenangan hati itu dtgnya dgn byk berzikir dan merayu kepada Allah... InsyAllah kita akan dikurniakan dgn hati yg tenang....semoga dipermudahkan segala urusan buat hati yg teruji dan diuji....semoga sentiasa didlm perlindungan dan rahmat Allah swt.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...