Pages

Wednesday, March 9, 2016

Setiap Kali Tibanya Gerhana Matahari...

Setiap kali bila tibanya gerhana maka akan mundar-mandirlah Rasulullah SAW dalam keadaan khuatir yang amat sangat kerana kerisauan baginda saw terhadap fenomena yg berlaku.
Tergambar kerisauan di wajah baginda terutama kepada para umatnya...baginda risau dengan persoalan adakah umatnya tahu bahawa gerhana itu salah satu petanda berlakunya kiamat.
Setiap kali tibanya gerhana Rasulullah SAW akan cepat-cepat mendirikan solat gerhana agar gerhana itu cepat berlalu kerana jika ALLAH SWT mengkehendaki menahan / melanjutkan tempoh gerhana itu sehingga ke tempoh yg Dia tetapkan kemudian Dia arahkan ia (bumi/matahari/bulan) bergerak setentang dgn kebiasaan maka huru haralah umat manusia kerana tertutupnya pintu taubat...
Itulah petanda berlakunya kiamat dan ia juga merupakan petanda kiamat besar...kerana itulah Rasulullah SAW melakukan solat sunat dan menggalakkan kita melakukan solat sunat gerhana kerana biar ia cepat berlalu jangan sampai kita berjumpa dgn hari tersebut walaupun kita pasti akan melaluinya.
Jika org yg meninggal pada hari lain ada orang talqinkan atau orang bimbing kita tetapi tidak pada hari tersebut...kerana itulah ia juga digelar hari yg penuh huru hara...
Tak salah menghayati kecantikkannya tetapi jangan sampai kita terleka kerana alim ulama cukup bimbang akan fenomena ini... Hayatilah apa yang tersurat dan tersirat rahsia Allah itu. Semoga kita semua dirahmati ALLAH dan dimatikan dalam keadaan yang baik.
sumber fb: PU Syed


Kejadian ini merupakan dari tanda-tanda kebesaran ALLAH SWT untuk memberikan satu pengajaran penting kepada manusia agar kembali kpd ALLAH SWT supaya senantiasa bertaubat kepadaNya.

Antara ayat-ayat Al-Qur'an yg menyebutkan hal berkait dengan matahari adalah sebagai berikut:-

"Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah kalian sujud (menyembah) matahari maupun bulan, tapi bersujudlah kepada ALLAH yang menciptakannya, jika memang kalian beribadah hanya kepadaNya." (QS Fushshilat 37)

"Dan Dia menundukkan malam dan siang, matahari dan bulan untukmu. Dan bintang-bintang itu ditundukkan (untukmu) dengan perintahNya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda-tanda (kekuasaan ALLAH) bagi kaum yang memahami(nya)" (QS An-Nahl :12)

Monday, March 7, 2016

Ini Cerita Saya...

Ini cerita saya berhenti kerja (bersara pilihan sendiri) dan berhijrah...
Saya tertarik dgn apa yg dikongsi seorg rakan pejabat semasa saya bekerja dulu, yg juga bekas jurutera yg kini bekerja sendiri menolong ibunya mengusahakan tanaman pkok bunga dan sayuran... kata beliau, "hidup saya kini ~best~ dan mesra walaupun duit tak byk mcm waktu makan gaji..."
Mcm itu lah juga saya sekeluarga, tambahan pula skrg sudah berhijrah ke kampung halaman...saya tidak mewah harta...cuma saya menerima harta berupa tanah 2 ekar peninggalan dari arwah mak bapak saya...
Pelaburan saya, sewaktu bekerja sebelum ini dan berhenti kerja (bersara pilihan sendiri) dan mendapat wang ganjaran dari kerajaan...Kami bina sebuah rumah kecil dikelilingi kebun kelapa dan pisang, tak kisah lah kecil pun, yg penting tak perlu bayar hutang... "biar tak bergaya, asal tak pening kepala"
Tapi kami okey sebab mmg kami dari keluarga kampung pun...
Kad kredit, memang dah berhenti guna...dpt duit pencen setiap bulan sya himpun...pergi berjalan makan angin...tak ada duit duduk diam-diam...mcm tu lah saya...
Kereta, hanya pakai toyota...hidup biasa-biasa sahaja, tiada apa yg luar biasa dan boleh dibangga...
Cumanya hidup sekarang ~best~ ada lebih masa dan mesra...
"biar tak bergaya, asal tak pening kepala..."
...best pula tagline ni...

Friday, March 4, 2016

Kelip Kelip Kusangka Api



Baru-baru ni balik kampung di Parit Buntar...ada satu malam sekor kelip-kelip masuk dalam bilik tidur...
punyalah exited anak yg bongsu tak pernah jumpa kelip-kelip...saya sendiripun dah berpuluh tahun tak jumpa
kelip-kelip...sangat-sangat teruja lupa pulak nak ambil gambar...hehehe

 
Dulu semasa duduk di Kuala Lumpur tiada kesempatan utk melihat kelip-kelip...sekarang ni bila dah
berpindah ke kampong tak sah rasanya kalau tak pergi melihat dgn mata kepala sendiri.  Kuala Selangor
merupakan tempat yang popular kepada penggemar kelip-kelip...pelancong mengunjungi semata-mata ingin
melihat kelip-kelip.
Di negeri Selangor ada dua kawasan iaitu di Bukit Belimbing dan Kampung Kuantan dan kedua-duanya
terletak berhampiran dengan Sungai Selangor.
Pengalaman pertama dapat melihat kelip-kelip ini amat mengagumkan. Kami menaiki sampan di sepanjang
tebing sungai untuk melihat ribuan kelip-kelip berkumpul di kawasan paya bakau yang luas ini, terutamanya
berhampiran pohon-pohon Berembang.

Kelip-kelip kusangka api,
Kalau api mana asapnya?
Hilang ghaib kusangka mati,
Kalau mati mana kuburnya?

Friday, February 12, 2016

kain batek peninggalan arwah emak nilai sentimental

Sebagai pengenalan, sehelai kain batik yg ditenun atau dilukis, yg panjangnya lebih kurang 2 meter dan dicantumkan kedua-dua penghujungnya menjadi sarung bulatan.  Panjang kain sarung tiada batasan tetapi lazimnya menutupi bahagian perut atau pinggang sehingga ke paras buku lali.


Ada dua jenis kain batik, iaitu batik lepas dan batik sarung... batik lepas digunapakai sebagai kain tutup jenazah. Batik sarung pula dijadikan kain kelubung wanita, ketika keluar rumah...kain ini dipakai oleh wanita dengan cara memegang pertemuan kain di dagu dan memakainya hanya menampakkan muka saja.


Bercerita tentang kain batik ni, bila kali terakhir anda berkain batik sarung?, setahun yg lepas?, ketika kanak-kanak?.  Adakah kain batik itu menjadi pakaian harian?, sekadar pakaian dirumah atau dikampung?, atau dijadikan sebagai pengubat rindu sekiranya rindukan seseorang yg bergelar nenek-nenek atau emak-emak??.


Hidup sebagai seorang wanita selama lebih 50 tahun yg dilahirkan dikampung, pemakaian kain batik sarung menjadi pakaian harian sehinggalah sekarang dan sangat selesa.


Pemakaian kain batik peninggalan arwah nenek dan emak secara tidak langsung akan menjadi kain kesayangan... maklumlah kualiti kain batik itu sangat halus dan sangat bernilai kebudayaan timur...bukan sekadar pada kain basahan harian, tetapi mempunyai nilai sentimental pada agama, kedudukan dan adab sopan.


Rupa-rupanya pemakaian kain batik juga mempunyai simbolik yg kita tidak tahu atau ambil berat iaitu... kalau "anak dara" pakailah kepala kain di tepi...ini menunjukkan kita adalah anak dara...bila "dah kahwin" tukarlah kedudukan kepala kain di belakang kerana ini menunjukkan kita sudah mempunyai suami...namun kalau jodoh itu tidak panjang tukarlah kepala kain di hadapan supaya orang tahu kita adalah "janda".


Cara pemakaian kain batik ni pun ada dlm Ungkapan Tradisonal Melayu - Riau tulisan Tennas Effendy kalau tak silap...
 (1) kepala kain batik di belakang - sudah berkahwin
 (2) kepala kain batik di kanan - anak dara
 (3) kepala kain batik di kiri - janda



Pada pendapat saya...keselesaan berkain batik ini terpulang kpd kita yg memakainya...kalau dirumah berkain batik dan tshirt adalah pakaian yg paling selesa. Sayangnya anak-anak perempuan saya seorang pun tak ada yg pandai memakai kain batik sarung...mereka lebih selesa memakai track suit atau slack.


Di Malaysia ramai org melayu terutamanya lelaki disebelah selatan dan tengah beranggapan batik itu adalah hanya pakaian wanita.  Sebenarnya kain batik adalah bersifat universal...kalau di sebelah Pantai Timur kain batik juga dipakai oleh lelaki...bukan sahaja dipinggang dan diatas kepala pun mereka pakai.


Monday, January 18, 2016

DAUN BETIK – penawar sampingan demam denggi


Tahukah anda jus daun betik dikatakan mujarab sebagai penawar denggi. Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah membuat kajian klinikal dan telah membuktikan bahawa jus daun betik boleh digunakan sebagai rawatan sampingan bagi pesakit demam denggi terutamanya bagi meningkatkan kandungan platelet.
Memandangkan peningkatan kes demam denggi kebelakangan ini terus meningkat dan membimbangkan, cara rawatan sampingan menggunakan jus daun betik adalah salah satu cara yang boleh digunakan oleh pesakit demam denggi sebagai alternatif.
Cara untuk membuat jus adalah seperti berikut:
- Ambil 2 helai daun betik yang matang dan buang tangkai daun, basuh daun dengan air bersih yang mengalir
- Rendamkan dalam bekas berisi air untuk 15 minit
- Bilas daun dengan air bersih sekali lagi
- Tos/keringkan daun untuk menyingkirkan air bilasan
- Potong daun hingga menjadi kepingan kecil
- Kisar atau tumbuk kepingan daun tanpa menambah air
sehingga halus
- Tapis untuk asingkan jusnya
- 2 helai daun betik dapat menghasilkan sebanyak 30ml atau
2 sudu besar
- Tuangkan jus ke dalam sudu besar
- Minum jus daun betik sebanyak 2 sudu besar

Peringatan :
- Amalkan pengambilan jus sekali sehari untuk 3 hari
berturut-turut sahaja.
- Digalakkan untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum
memberikan jus daun betik kepada kanak-kanak berusia
13 tahun ke bawah
- Pengambilan jus daun betik adalah rawatan sampingan dan
BUKAN rawatan khas untuk demam denggi.



Sumber : Jabatan Pertanian Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...