punyalah exited anak yg bongsu tak pernah jumpa kelip-kelip...saya sendiripun dah berpuluh tahun tak jumpa
kelip-kelip...sangat-sangat teruja lupa pulak nak ambil gambar...hehehe
berpindah ke kampong tak sah rasanya kalau tak pergi melihat dgn mata kepala sendiri. Kuala Selangor
merupakan tempat yang popular kepada penggemar kelip-kelip...pelancong mengunjungi semata-mata ingin
melihat kelip-kelip.
Di negeri Selangor ada dua kawasan iaitu di Bukit Belimbing dan Kampung Kuantan dan kedua-duanya
terletak berhampiran dengan Sungai Selangor.
Pengalaman pertama dapat melihat kelip-kelip ini amat mengagumkan. Kami menaiki sampan di sepanjang
tebing sungai untuk melihat ribuan kelip-kelip berkumpul di kawasan paya bakau yang luas ini, terutamanya
berhampiran pohon-pohon Berembang.
Kelip-kelip kusangka api,
Kalau api mana asapnya?
Hilang ghaib kusangka mati,
Kalau mati mana kuburnya?
Kalau api mana asapnya?
Hilang ghaib kusangka mati,
Kalau mati mana kuburnya?
No comments:
Post a Comment