Pages

Thursday, May 5, 2016

ketenangan diri

Semua manusia itu mati, kecuali yang berilmu,
Semua yang berilmu itu tidur, kecuali yang beramal,
Semua yang beramal itu tertipu, kecuali yang ikhlas.
Itulah petikan kata-kata Imam Ghazali.
Cuba hayati kata-kata ilmuan hebat ini...

Alangkah ruginya manusia yang tidak mahu mengambil berat tentang ilmu, amal dan ikhlas. Menjalani hidup sebagai suri rumah sepenuh masa bukan alasan untuk saya tidak perlu tambahkan ilmu di dada.  Saya perlu kurangkan tidur, bercakap, makan dan (lebihkan amalan). Paling penting, buat apa jua pun dengan penuh keikhlasan. Sukar tetapi tidak mustahil. Hmmm… semangat nampak...

Teringat kisah dulu tatkala duduk dibandar... seseorang yang setiap kali bertemu akan meratapi nasib dan menyesali peristiwa yang telah berlaku. Mulanya saya simpati, lama kelamaan jadi muak mendengar rintihannya. Terasa tidak tahu bersyukur.

Satu hari, saya lontarkan kata-kata ini di hadapannya… “berhenti dari menyalahkan orang lain yang menyebabkan kekurangan kita, salahkan diri sendiri yang buta, pekak dan bisu kerana tidak tahu mencari dan menilai”.

Astaghfirullahilazim!

Saya sendiri terkejut mendengar apa yang saya lontarkan. Sungguh tidak patut saya berkata begitu. Saya pasti telah melukai hatinya...

Suasana sepi seketika...
Cepat-cepat saya hulurkan tangan seraya memohon kemaafan atas keceluparan mulut ini. Jawapan yang saya terima darinya tidak menyenangkan hati. Saya tahu dia tersinggung tetapi dia cuba untuk mengambil hati. Apa yang mampu saya lakukan adalah memohon keampunan dari ALLAH SWT kemudiannya.

Terlajak perahu boleh diundur... terlajak kata buruk padahnya... padan muka... lain kali jaga sikit mulut...
Hati kecil saya berkata.

Itu kisah beberapa tahun lepas...kami ditakdirkan bertemu kembali. Hati berdebar kencang. Malunya bukan kepalang. Sebaik melihat saya di hadapannya, dia lantas memeluk saya erat sambil memandang tepat ke dalam mata dan menghadiahkan senyuman manis.

“Terimakasihlah kerana berjaya mengejutkan saya dari lena...Saya buta sedangkan mata melihat terang. Saya bisu sedangkan suara kuat berkumandang. Saya pekak sedangkan dengar segala macam muzik dan nyanyian. Saya sombong dan angkuh kepada Sang Pencipta. Saya langgar peraturanNya atas nama kebebasan”.  Mulut saya terlopong, terkedu melihat wajahnya yang redup dan matanya yang digenangi air...


Monday, April 18, 2016

trip ke Jogjakarta

Alhamdulillah akhirnya tercapai hasrat menziarahi keluarga arwah bapak di Indonesia...pertama kali syukur kepada ALLAH swt yang telah memelihara keselamatan, kesihatan pergi dan balik...perginya berlima, utk 6 hari 5 malam, menziarah saudara dan melancong...memang seronok la kannn...
ruang udara jogja


hotel srikandi
Hari 1 : dari klia2 sepatutnya berlepas 2.35 ptg, tetapi delay menjadi 3.20 ptg, penerbangan mengambil masa lebih kurang 2 jam...di Jogjakarta cuaca kurang elok hujan ribut, alhamdulillah... akhirnya selamat mendarat... Pak supir iaitu Sugiarto menjemput kami membawa ke distinasi seterusnya, sebelum itu sudah semestinya jalan2 cari makan disekitar jalan Malioboro ke restoran rumah makan...masakan padang, lauk biasa2 je...alhamdulillah sekadar nak hilangkan lapar dan mencari hotel bajet... menginap utk satu mlm sbb esok pagi2 nak pergi ke kg Ponorogo...kami menginap di Hotel Srikandi Kalasan, Jln Solo Km.14 (Timur Pasar Kalasan)...sewa 3 bilik...setiap satu ada 2 single bed berharga 550,000 (ribu rupiah) (rm158.00).
rumah di kg ponorogo


halaman rumah kg ponorogo
regu (kiri) segul (kanan)
Hari 2 : Pagi2 dlm 7.30 pagi pintu bilik telah diketuk oleh service room, rupanya hantar sarapan pagi dipanggil nasi gudeg iaitu nasi putih, lauk ayam goreng, sedikit mee goreng, sedikit tempe tumis, dan minuman panas teh bunga melati.  Seperti yg telah dijanjikan, 9.30 pagi Pak supir Sugiarto dtg menjemput kami nak pergi kg. Ponorogo, di daerah Jawa Timur...perjalanan terlalu jauh...selama lebih kurang 5 jam.  Baru sejam perjalanan singggah sekejap di restoran "sotokuali wonosari" makan soto, telur puyuh pindang manis, tahu goreng, tempe goreng dan minuman teh bunga melati...2 - 3 jam perjalanan singgah pulak di grosir (kedai Alfamart)...mcm speedmart yg ada di Malaysia... akhirnya sampai ke Ponorogo (jumpa pintu gerbang), singgah masjid ditepi jln utk solat zohor.  Tak dpt sy bayangkan bagaimana rupa rumah mereka nanti...perjalanan diteruskan lebih kurang 3.45 ptg sampailah ke rumah yg dituju...rumah adik2 arwah bapak di Ponorogo.  Arwah bapak dulu berhijrah ke Malaysia (sebelum merdeka) bersama dgn bapa saudaranya ketika itu berumur 16 thn, sehinggalah akhir hayat beliau tidak berpeluang menziarah mak dan bapak kandung dan 4 org adik2nya.  Terharu sangat2 sehingga menitiskan air mata semasa bersalam dgn mereka, tak sangka saya dpt menjejakkan kaki ke rumah arwah bapak iaitu tempat dia dilahirkan dan selama lebih 90 tahun, saya sebagai waris...sekurang2nya dpt berjumpa sepupu sendiri yg masih ada lagi.  Keadaan rumahnya masih elok, dan dibaik pulih...sekarang telah diduduki oleh sepupu lelaki bongsu iaitu anak arwah adik perempuan bapak yang bongsu iaitu Sogol, isteri dan anak2nya seramai 4 org... keliling rumah ada sawah padi yg diusahakan secara tradisional, belakang rumah ada bela 2 ekor lembu, kambing, ayam, itik, angsa pun ada.  Pada ptg itu juga sempat ziarah ke kubur...dan pd mlmnya 9.30 mlm pergi ziarah ke rumah sepupu lelaki iaitu abang kpd Sogol yg bernama Regu, isteri dan anak2nya seramai 3 org.  Sebelum kami balik ke rumah Sogol sempat juga jalan2 di bandar Ponorogo utk menikmati keindahan alam ciptaan Allah swt dan pd mlm itu juga kami semua bermalam dirumah Sogol dan keluarga.
hotel petimas
Hari 3 : Pagi ini lebih kurang 5.45 pagi usai solat subuh (waktu Malaysia 6.45 pagi) pergi ke pasar, beli sarapan pagi, lepas bersarapan kami jalan2 ziarah ke rumah saudara mara.  Selepas itu lebih kurang 10.00 pagi kami berkemas dan akan balik ke Yogja, sebelum itu kami sempat bergambar dgn mereka.  Sekali lagi tak dpt menahan kesedihan semasa bersalam...terasa sedih dan gembira... mereka hidup serba kekurangan tetapi bahagia...mereka tetap memberi layanan yg amat istimewa kpd kami semua... mereka memberikan kami oleh2 siap dipacking dlm kotak. Selamat tinggal kg Ponorogo satu hari nanti kita akan berjumpa lagi...seronok tapi agak jauh dari kota Jogja... dlm perjalanan 5 jam lagi ke Jogja singgah di restoran terkenal pemilik seorang alim keturunan arab, makan bakso special. Setelah 3 jam perjalanan dari Ponorogo singgah di PoroTamu...iaitu tmpt popular utk peminat brg2 antik. Setelah penat perjalanan satu hari, akhirnya sampailah di PetiMas Hotel, Jln Malioboro, Jogjakarta...ni antara hotel yg paling selesa di Malioboro...hotel 4 bintang, berserta sarapan pagi, minum ptg, minum mlm...menginap disini untuk 3 mlm, sewa 2 bilik...setiap satu bilik ada 1 double bed dan 1 single bed, berharga 3,000,000 (juta rupiah) (rm968.00). Baru check in bilik, service room terus hantar minum mlm...kueh epok2 dan minuman teh jasmin.  Dah siap mandi semua, keluar makan tak jauh tempat penginapan iaitu di restoran "sambal pedes wong jowo", jln Malioboro...di restoran ini makanan memang super pedas, berasap telinga woo...dah kenyang, jalan2 kejap di jln Malioboro...window shopping sambil tengok angklung band.  Balik ke hotel.
brobodur
Hari 4 : Hari ini usai sarapan di hotel, Pak supir Sugiarto dtg menjemput kami, pergi jalan2 ke borobodur...perjalanan ke tempat makan (lesehan) ni ada air bukit yg mengalir... tempat dia nyaman dan tenang..makan ikan gurame (kaloi) bakar, ikan gurame goreng, ayam bakar, tahu dan tempe goreng, sambal terasi, tumis genjer (sejenis sayur campur masak rebus)...teh ais, jeruk ais dan air kelapa utk 6-10 org mkn harga 341,000 (ribu rupiah) (rm110.00) berbaloi dan sedap. Pergi kebun salak, singgah masjid tepi jalan solat zohor dan asar, perjalanan diteruskan ke Jln Dr. Wahidin Sudiro Husodo Manding Sabdodadi, Bantul, kawasan barangan kulit seperti dompet, tas, sepatu, sandal, jaket, sempat beli beg tangan dan kasut kulit 265,000 (ribu rupiah) (rm88.00).  Lepas tu pergi makan Sate Klathak Pak Pong, terletak tidak berapa jauh dari Bantul, di Jln Stadion Sultan Agung atau Jalan Imogiri Timur Km 7, Wonokromo... sate klatak ini menggunakan jeriji besi basikal sebagai cucuk satenya, keunikan lain terletak pada bumbunya, kalau biasanya sate kambing berbumbu kicap atau sambal kacang, sate klatak hanya menggunakan taburan garam dgn sedikit ketumbar... 179,000 (ribu rupiah) (rm57.00) utk 6 org mkn... berbaloi...mkn disini kalau ke Jogja. Balik ke hotel.
pasar bringharjo

Hari 5 : Hari ini membeli belah di jln Malioboro...pergi Hamzah Batik...beli belah disini brg2 berkualiti sikit kalau dibanding dgn di tepi2 kaki lima kedai...dan sambung shopping lagi di Pasar Bringharjo beli batik sarung, jubah dan kurta (Abd Haiy) dan juga oleh2 jajan.  Makan tengahari kena naik beca agak jauh juga...pergi dan balik 30,000 (ribu rupiah) (rm9.70) pergi ke restoran minang...makan nasi padang lagi...balik hotel solat zohor...pergi beli barang lagi di jln Malioboro balik hotel dah ptg, minuman ptg pun dah sampai mkn epok2 dan minun teh jasmin.  Malam lepas maghrib pergi makan di restoran berdekatan dan balek hotel.
istana kraton
restoran sendang ayu
Hari 6 : Hari terakhir...usai sarapan pagi dihotel, seperti biasa Pak supir Sugiarto dtg menjemput kami...check out hotel dan lawatan terakhir ke Istana Kraton...Istana Rasmi Kesultanan Ngayogyakarta Hadiningrat, iaitu Istana Budaya dan Keindahan Jawa.  Bayaran masuk 12,000 (ribu rupiah) (rm3.80 seorg) (1,000 ribu rupiah camera/fon camera)... balairong seri istana ini masih lagi digunakan sehingga sekarang, sultan masih lagi tinggal dalam istana ini. Selepas melawat Istana Kraton, perut rasa lapar...pergi tempat makan terus berakit...nama restoran ni Sendang Ayu... antara Rumah Makan & Pemancingan, Jln Jogja - Solo Km.15 Kalasan, Jogjakarta...tempat makan diatas air yg selalu dikunjungi pelancung di Jogja.  Menunya...ikan gurami goreng dgn tepung, ikan nila goreng, ayam goreng, terong balado, sayur asem, tumes kangkung, lalap, sambal, tahu goreng, ais kopi susu, jus alpukat, ais jahe (halia) dan teh ais...berharga 367,000 (ribu rupiah) (rm118.00) utk 6-10 org makan.  Flight 5.20 ptg aka waktu Malaysia 6.20 ptg... lagi sekali semasa penerbangan ke Kuala Lumpur cuaca kurang elok dan laluan dari Pesisir Pantai Laut Selatan Pulau Jawa sahaja.

Wednesday, March 9, 2016

Setiap Kali Tibanya Gerhana Matahari...

Setiap kali bila tibanya gerhana maka akan mundar-mandirlah Rasulullah SAW dalam keadaan khuatir yang amat sangat kerana kerisauan baginda saw terhadap fenomena yg berlaku.
Tergambar kerisauan di wajah baginda terutama kepada para umatnya...baginda risau dengan persoalan adakah umatnya tahu bahawa gerhana itu salah satu petanda berlakunya kiamat.
Setiap kali tibanya gerhana Rasulullah SAW akan cepat-cepat mendirikan solat gerhana agar gerhana itu cepat berlalu kerana jika ALLAH SWT mengkehendaki menahan / melanjutkan tempoh gerhana itu sehingga ke tempoh yg Dia tetapkan kemudian Dia arahkan ia (bumi/matahari/bulan) bergerak setentang dgn kebiasaan maka huru haralah umat manusia kerana tertutupnya pintu taubat...
Itulah petanda berlakunya kiamat dan ia juga merupakan petanda kiamat besar...kerana itulah Rasulullah SAW melakukan solat sunat dan menggalakkan kita melakukan solat sunat gerhana kerana biar ia cepat berlalu jangan sampai kita berjumpa dgn hari tersebut walaupun kita pasti akan melaluinya.
Jika org yg meninggal pada hari lain ada orang talqinkan atau orang bimbing kita tetapi tidak pada hari tersebut...kerana itulah ia juga digelar hari yg penuh huru hara...
Tak salah menghayati kecantikkannya tetapi jangan sampai kita terleka kerana alim ulama cukup bimbang akan fenomena ini... Hayatilah apa yang tersurat dan tersirat rahsia Allah itu. Semoga kita semua dirahmati ALLAH dan dimatikan dalam keadaan yang baik.
sumber fb: PU Syed


Kejadian ini merupakan dari tanda-tanda kebesaran ALLAH SWT untuk memberikan satu pengajaran penting kepada manusia agar kembali kpd ALLAH SWT supaya senantiasa bertaubat kepadaNya.

Antara ayat-ayat Al-Qur'an yg menyebutkan hal berkait dengan matahari adalah sebagai berikut:-

"Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah kalian sujud (menyembah) matahari maupun bulan, tapi bersujudlah kepada ALLAH yang menciptakannya, jika memang kalian beribadah hanya kepadaNya." (QS Fushshilat 37)

"Dan Dia menundukkan malam dan siang, matahari dan bulan untukmu. Dan bintang-bintang itu ditundukkan (untukmu) dengan perintahNya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda-tanda (kekuasaan ALLAH) bagi kaum yang memahami(nya)" (QS An-Nahl :12)

Monday, March 7, 2016

Ini Cerita Saya...

Ini cerita saya berhenti kerja (bersara pilihan sendiri) dan berhijrah...
Saya tertarik dgn apa yg dikongsi seorg rakan pejabat semasa saya bekerja dulu, yg juga bekas jurutera yg kini bekerja sendiri menolong ibunya mengusahakan tanaman pkok bunga dan sayuran... kata beliau, "hidup saya kini ~best~ dan mesra walaupun duit tak byk mcm waktu makan gaji..."
Mcm itu lah juga saya sekeluarga, tambahan pula skrg sudah berhijrah ke kampung halaman...saya tidak mewah harta...cuma saya menerima harta berupa tanah 2 ekar peninggalan dari arwah mak bapak saya...
Pelaburan saya, sewaktu bekerja sebelum ini dan berhenti kerja (bersara pilihan sendiri) dan mendapat wang ganjaran dari kerajaan...Kami bina sebuah rumah kecil dikelilingi kebun kelapa dan pisang, tak kisah lah kecil pun, yg penting tak perlu bayar hutang... "biar tak bergaya, asal tak pening kepala"
Tapi kami okey sebab mmg kami dari keluarga kampung pun...
Kad kredit, memang dah berhenti guna...dpt duit pencen setiap bulan sya himpun...pergi berjalan makan angin...tak ada duit duduk diam-diam...mcm tu lah saya...
Kereta, hanya pakai toyota...hidup biasa-biasa sahaja, tiada apa yg luar biasa dan boleh dibangga...
Cumanya hidup sekarang ~best~ ada lebih masa dan mesra...
"biar tak bergaya, asal tak pening kepala..."
...best pula tagline ni...

Friday, March 4, 2016

Kelip Kelip Kusangka Api



Baru-baru ni balik kampung di Parit Buntar...ada satu malam sekor kelip-kelip masuk dalam bilik tidur...
punyalah exited anak yg bongsu tak pernah jumpa kelip-kelip...saya sendiripun dah berpuluh tahun tak jumpa
kelip-kelip...sangat-sangat teruja lupa pulak nak ambil gambar...hehehe

 
Dulu semasa duduk di Kuala Lumpur tiada kesempatan utk melihat kelip-kelip...sekarang ni bila dah
berpindah ke kampong tak sah rasanya kalau tak pergi melihat dgn mata kepala sendiri.  Kuala Selangor
merupakan tempat yang popular kepada penggemar kelip-kelip...pelancong mengunjungi semata-mata ingin
melihat kelip-kelip.
Di negeri Selangor ada dua kawasan iaitu di Bukit Belimbing dan Kampung Kuantan dan kedua-duanya
terletak berhampiran dengan Sungai Selangor.
Pengalaman pertama dapat melihat kelip-kelip ini amat mengagumkan. Kami menaiki sampan di sepanjang
tebing sungai untuk melihat ribuan kelip-kelip berkumpul di kawasan paya bakau yang luas ini, terutamanya
berhampiran pohon-pohon Berembang.

Kelip-kelip kusangka api,
Kalau api mana asapnya?
Hilang ghaib kusangka mati,
Kalau mati mana kuburnya?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...