Pages

Friday, March 4, 2016

Kelip Kelip Kusangka Api



Baru-baru ni balik kampung di Parit Buntar...ada satu malam sekor kelip-kelip masuk dalam bilik tidur...
punyalah exited anak yg bongsu tak pernah jumpa kelip-kelip...saya sendiripun dah berpuluh tahun tak jumpa
kelip-kelip...sangat-sangat teruja lupa pulak nak ambil gambar...hehehe

 
Dulu semasa duduk di Kuala Lumpur tiada kesempatan utk melihat kelip-kelip...sekarang ni bila dah
berpindah ke kampong tak sah rasanya kalau tak pergi melihat dgn mata kepala sendiri.  Kuala Selangor
merupakan tempat yang popular kepada penggemar kelip-kelip...pelancong mengunjungi semata-mata ingin
melihat kelip-kelip.
Di negeri Selangor ada dua kawasan iaitu di Bukit Belimbing dan Kampung Kuantan dan kedua-duanya
terletak berhampiran dengan Sungai Selangor.
Pengalaman pertama dapat melihat kelip-kelip ini amat mengagumkan. Kami menaiki sampan di sepanjang
tebing sungai untuk melihat ribuan kelip-kelip berkumpul di kawasan paya bakau yang luas ini, terutamanya
berhampiran pohon-pohon Berembang.

Kelip-kelip kusangka api,
Kalau api mana asapnya?
Hilang ghaib kusangka mati,
Kalau mati mana kuburnya?

Friday, February 12, 2016

kain batek peninggalan arwah emak nilai sentimental

Sebagai pengenalan, sehelai kain batik yg ditenun atau dilukis, yg panjangnya lebih kurang 2 meter dan dicantumkan kedua-dua penghujungnya menjadi sarung bulatan.  Panjang kain sarung tiada batasan tetapi lazimnya menutupi bahagian perut atau pinggang sehingga ke paras buku lali.


Ada dua jenis kain batik, iaitu batik lepas dan batik sarung... batik lepas digunapakai sebagai kain tutup jenazah. Batik sarung pula dijadikan kain kelubung wanita, ketika keluar rumah...kain ini dipakai oleh wanita dengan cara memegang pertemuan kain di dagu dan memakainya hanya menampakkan muka saja.


Bercerita tentang kain batik ni, bila kali terakhir anda berkain batik sarung?, setahun yg lepas?, ketika kanak-kanak?.  Adakah kain batik itu menjadi pakaian harian?, sekadar pakaian dirumah atau dikampung?, atau dijadikan sebagai pengubat rindu sekiranya rindukan seseorang yg bergelar nenek-nenek atau emak-emak??.


Hidup sebagai seorang wanita selama lebih 50 tahun yg dilahirkan dikampung, pemakaian kain batik sarung menjadi pakaian harian sehinggalah sekarang dan sangat selesa.


Pemakaian kain batik peninggalan arwah nenek dan emak secara tidak langsung akan menjadi kain kesayangan... maklumlah kualiti kain batik itu sangat halus dan sangat bernilai kebudayaan timur...bukan sekadar pada kain basahan harian, tetapi mempunyai nilai sentimental pada agama, kedudukan dan adab sopan.


Rupa-rupanya pemakaian kain batik juga mempunyai simbolik yg kita tidak tahu atau ambil berat iaitu... kalau "anak dara" pakailah kepala kain di tepi...ini menunjukkan kita adalah anak dara...bila "dah kahwin" tukarlah kedudukan kepala kain di belakang kerana ini menunjukkan kita sudah mempunyai suami...namun kalau jodoh itu tidak panjang tukarlah kepala kain di hadapan supaya orang tahu kita adalah "janda".


Cara pemakaian kain batik ni pun ada dlm Ungkapan Tradisonal Melayu - Riau tulisan Tennas Effendy kalau tak silap...
 (1) kepala kain batik di belakang - sudah berkahwin
 (2) kepala kain batik di kanan - anak dara
 (3) kepala kain batik di kiri - janda



Pada pendapat saya...keselesaan berkain batik ini terpulang kpd kita yg memakainya...kalau dirumah berkain batik dan tshirt adalah pakaian yg paling selesa. Sayangnya anak-anak perempuan saya seorang pun tak ada yg pandai memakai kain batik sarung...mereka lebih selesa memakai track suit atau slack.


Di Malaysia ramai org melayu terutamanya lelaki disebelah selatan dan tengah beranggapan batik itu adalah hanya pakaian wanita.  Sebenarnya kain batik adalah bersifat universal...kalau di sebelah Pantai Timur kain batik juga dipakai oleh lelaki...bukan sahaja dipinggang dan diatas kepala pun mereka pakai.


Monday, January 18, 2016

DAUN BETIK – penawar sampingan demam denggi


Tahukah anda jus daun betik dikatakan mujarab sebagai penawar denggi. Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah membuat kajian klinikal dan telah membuktikan bahawa jus daun betik boleh digunakan sebagai rawatan sampingan bagi pesakit demam denggi terutamanya bagi meningkatkan kandungan platelet.
Memandangkan peningkatan kes demam denggi kebelakangan ini terus meningkat dan membimbangkan, cara rawatan sampingan menggunakan jus daun betik adalah salah satu cara yang boleh digunakan oleh pesakit demam denggi sebagai alternatif.
Cara untuk membuat jus adalah seperti berikut:
- Ambil 2 helai daun betik yang matang dan buang tangkai daun, basuh daun dengan air bersih yang mengalir
- Rendamkan dalam bekas berisi air untuk 15 minit
- Bilas daun dengan air bersih sekali lagi
- Tos/keringkan daun untuk menyingkirkan air bilasan
- Potong daun hingga menjadi kepingan kecil
- Kisar atau tumbuk kepingan daun tanpa menambah air
sehingga halus
- Tapis untuk asingkan jusnya
- 2 helai daun betik dapat menghasilkan sebanyak 30ml atau
2 sudu besar
- Tuangkan jus ke dalam sudu besar
- Minum jus daun betik sebanyak 2 sudu besar

Peringatan :
- Amalkan pengambilan jus sekali sehari untuk 3 hari
berturut-turut sahaja.
- Digalakkan untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum
memberikan jus daun betik kepada kanak-kanak berusia
13 tahun ke bawah
- Pengambilan jus daun betik adalah rawatan sampingan dan
BUKAN rawatan khas untuk demam denggi.



Sumber : Jabatan Pertanian Malaysia

Monday, December 28, 2015

ULANGTAHUN PERKAHWINAN


ALHAMDULILLAH hari ini 28 Disember 2015 bersamaan 28 Disember 1989, genaplah 26 tahun usia perkahwinan bersama suami. ALHAMDULILLAH bersyukur sangat-sangat pd ALLAH SWT kerana telah mengurniakan pasangan yg sgt memahami dan penuh kasih syg walaupun ada kalanya selera kami tak sama, pendapat jugak ada kalanya tidak seiring, tapi itu tidak menghalang kami utk hidup harmoni dlm satu bumbung bersama anak-anak tersyg. Semoga terus dilimpahi mawaddah wa rahmah dan dirimbunkan bersama hamba-hambaNya yg soleh......Aamin.
Firman ALLAH SWT, Maksudnya: Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu pasangan-pasanganmu dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. ( Al-Rum : 21).
Ya Allah Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yg dirahmati,
Isteri yg dikasihi,
Isteri yg solehah,
Isteri yg sentiasa dihati suamiku........Aamin

Saturday, December 26, 2015

PUSAKA GUYUP HOMESTAY

Assalamualaikum wbth...
Sebenarnya dah lama nak tulis mengenai ini...tapi tak berkesempatan pulak...atas persetujuan keluarga aku nak memperkenalkan sebuah rumah penginapan milik keluarga yang terletak di Lot 1418, Jln. SGG 6/3, Kg. Sg. Gulang², Tg. Karang...sekarang ini 'Homestay' dah semakin menjadi pilihan tatkala bercuti bersama keluarga mahupun majlis kenduri kendara perkahwinan.


Bagi aku sendiri, kalau bercuti ke mana² dalam Malaysia atau menghadiri kenduri kendara saudara mara kahwin pun akan memilih penginapan 'Homestay' untuk bermalam... sebab tu 'Homestay' lebih sesuai untuk memuatkan ahli keluarga yang ramai macam rumah sendiri.


Sebenarnya, rekabentuk 'Pusaka Guyup Homestay' ni merupakan sebuah rumah lama, dan sebahagian besarnya merupakan rekabentuk asal rumah² di Kg. Sg. Gulang²...bagi sesiapa yang tak tahu, Kg Sg. Gulang² ini cuma lebih kurang 8 kilometer dari arah K. Selangor menuju ke Tg. Karang/Sg. Besar/Sabak Bernam.


Bagi sesiapa yang ingin bercuti atau berpeluang melawat ke Bukit Malawati/Kelip²/Sawah Padi/Memancing bolehlah mencuba untuk merasai pengalaman bermalam atau tinggal di 'Pusaka Guyup Homestay'...In syaa Allah...gerenti puas hati!


'Pusaka Guyup Homestay' ini terdiri daripada sebuah rumah yang terbahagi kepada rumah bahagian atas dan hadapan dengan ruang tamu...menawarkan kepada anda 4 bilik tidur dengan kelengkapan katil/tilam 'Queen Bed'/cadar, selimut dan bantal...
*Ruang Tamu set sofa/televisyen/kipas
*Bilik Tidur katil/tilam saiz Queen Bed'/kipas
*Ruang Makan meja makan ala jepun/televisyen/peti ais/kipas
*Penghawa dingin (bilik tidur ke 4 di bahagian belakang)
*Tandas atas belakang/bilik air dan tandas di bawah ​
*Penginapan : RM 200 (1 mlm) RM200 (2 hari 1 mlm) - harga boleh runding
*Sewa untuk majlis perkahwinan : RM1,500 (5 hari) - harga boleh runding


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...