1. Org yg selalu mengajar kebaikan kpd sesama manusia.
Rasulullah saw bersabda, "Sesungguhnya Allah, malaikat Nya, penghuni langit dan bumi bahkan semut yang berada disarangnya juga ikan2 akan selalu mendoakan kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia." (Hadis Riwayat Muslim dari Abu Hurairah).
2. Org yg menunggu utk solat berjemaah.
Rasulullah saw bersabda, "Sesungguhnya malaikat mendoakan orang yang berada ditempat duduknya (utk menunggu dtgnya solat berjemaah) selama belum berhadas (batal wuduk) dan malaikat berdoa; "Ya Allah, ampunilah segala dosanya, ya Allah sayangilah dia."
3. Org yg solat di saf hadapan.
Rasulullah saw bersabda, "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat Nya berselawat ke atas orang-orang yang berada di saf pertama.” (HR Abu Daud).
4. Org yg merapatkan saf.
Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat mendoakan (merapatkan) barisan yang renggang, maka Allah akan mengangkat darjatnya." (HR Ibnu Majah).
5. Org yg bangun menjelang waktu subuh utk melakukan solat, berdoa, zikir dan sahur.
Ia disebut didalam hadis, “Sesungguhnya Allah dan malaikat Nya mendoakan orang-orang yang bangun pada waktu sahur, fajar." (HR Ibnu Hibban).
6. Org yg sentiasa berselawat kpd Nabi Muhammad saw.
Rasulullah saw bersabda, “Kalau orang berselawat kepada ku maka malaikat juga akan mendoakan keselamatan yang sama baginya untuk itu hendaknya dilakukan, meski sedikit atau banyak." (HR Ibnu Majah dan Tabrani).
7. Org yg membelanjakan hartanya ke jalan Allah swt.
Rasulullah saw bersabda, maksudnya, “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…"
8. Org yg menjenguk dan mengunjungi org sakit.
Rasulullah saw bersabda, “Tidak ada seorang mukmin menjenguk atau mengunjungi orang sakit pada petang hari kecuali ia disertai oleh 70 ribu malaikat yang memohonkan ampun atas dosa-dosanya sehingga waktu pagi tiba, dan ia akan diberi musim yang sejuk kelak dihari kiamat. Dan sesiapa yang menjenguk orang sakit pada pagi hari maka ia akan diiringi 70 ribu yang memohonkan ampun atas segala dosanya sehingga waktu petang tiba dan kelak disyurga ia akan diberi musim yang sangat sejuk". (HR Abu Daud).
InsyaAllah semoga kita termasuk dan tersenarai sama.
WAllahu’alam bisawab...
Thursday, October 11, 2012
Tuesday, October 9, 2012
kehilangan yg tersayang
"..memang amat sedih yang tak terkata bila sesuatu yang kita sayang tiba2 hilang..apatah lagi dia kucing istimewa yang manja dan comel..teman rapat yang selalu selalu tidur dengan kami dan sentiasa mengekori kemana2 pergi yang membuat kita sentiasa ceria..dan kita sudah anggap sebagai sebahagian daripada ahli keluarga yang sangat berdikari.."
Kalau sedang berada dalam mood sedih..namun kita cuba berlakon seperti tidak ada apa2 yg berlaku..jauh disudut hati..kita gagal utk kuat menghadapinya..
Disini beberapa TIPs yang sedang sy amalkan, walaupun tidak cemerlang mana namun ia berkesan..Insya Allah..
Sibukkan diri anda! - Cuba cari kerja dan tugasan yang boleh membuatkan anda sibuk yang teramat sibuk. Bila sibuk, masa untuk melayan...perasaan akan berkurang maka anda tidak akan hanyut dalam gelora perasaan dimana boleh mengurangkan produktiviti anda..
Berusaha utk bersama dia! - Jangan biarkan kesedihan anda itu menumpulkan daya anda, mengurangkan momentum anda dan menjatuhkan prestasi anda..tetapi, jadikanlah ia sebagai batu loncatan utk meningkatkan usaha dan menggandakan hasil..contoh..bykkan amal ibadah..

Bersyukur kepada Allah swt..akan menerbitkan emosi positif..
Wallahu'allam bisawab... ~
Thursday, October 4, 2012
Setahun sudah ber blog...(happy birthday)
Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah..
Terima kasih kerana sudi membaca entry2 anna. InsyaAllah..setiap penulisan perlulah berhati2 kerana penulisan ini bukan sahaja dinilai manusia, tetapi juga dinilai Allah Azza Wa Jalla.. Allahu a’lam..
Mana yang buruk, jadikan sempadan. Mana yang baik jadikan teladan. Enjoy your self during reading my entries. Jazakumullahu khair kerana sudi singgah di blog anna "Teratak Damai". Semoga Allah merahmati dan melindungi kita daripada fitnah Ad-Dajjal. Amin..
Buat suami, jika tulus kasihnya awak terhadap saya, maka kasihilah dan setialah pada saya hingga hujung nyawa saya. Saya akan cuba sedaya upaya untuk menyediakan keperluanmu, menghiburkan hatimu... Tiada wanita di muka bumi ini mahu bermadu melainkan wanita itu sakit dan tidak mampu memberikan zuriat untuk suami tercinta. Jika ditakdirkan saya ‘pergi’ dahulu, awak boleh berkahwin lain… Tetapi izinkanlah saya menjadi KETUA BIDADARI awak di Syurga Allah nanti… Saya mencintaimu kerana Allah... suami dan ayah kepada zuriat…
Alhamdulillah... Insya Allah... Buat zuriatku, Empat cahaya mata (kenangan sepanjang hayat...membesarkan dengan rasa kedamaian).
Setiap satunya mempunyai kisah yang tersendiri... kedatangan cahaya mata pertama lelaki, lahir pada 12-8-1992, tentu sahaja penuh dengan rasa teruja... kelahirannya disambut dengan seribu kesyukuran... tambah pula, lahirnya cukup sifat.
Genap setahun, rezeki Allah bertamu lagi... cahaya mata kedua perempuan lahir pada 2-8-1993, menjadikan buah hati jadi sepasang... lahir dengan sempurna, biarpun dalam suasana kelam kabut tatkala ayahanda sakit... syukur sebesar-besar syukur, kelahiran anak kedua bagai bunga merah mekar di laman hijau...serinya, Tuhan sahaja yang tahu.
Selang dua tahun.. cahaya mata ditambah manis gula hati dengan tibanya adik ketiga perempuan, lahir pada 22-12-1998... setelah masuk minggu ke-28, doktor mengesahkan saya mengalami komplikasi Placenta Praevea Stage 2 yang membawa risiko pendarahan hingga menutup sebahagian atau keseluruhan cervix, maka kelahiran kali ini mestilah dibuat secara pembedahan.
Genap empat tahun setelah pulih sepenuhnya dari pembedahan namun... kehamilan keempat kali ini, perjalanannya membawa episod yang berbeza, adik keempat lelaki lahir pada 20.5.1999...dalam suasana yang banyak dugaan dan kesedihan buat semua keluarga. Tahap kesihatan, kekuatan, semuanya dihitung dan diambil kira... tidak semena-mena darah tinggi yang teramat sangat sehingga dimasukkan ke ICU... bertungkus lumus antara hidup dan mati... dengan bantuan doktor2 pakar di hospital akhirnya, rezeki dari Allah swt disambut dengan gembira... syukur diungkap... Alhamdulillah...Cukuplah hanya empat cahaya mata bagi penyeri kehidupan ini...
Sebaik2 manusia adalah org yg selalu memberi manfaat pada orang lain. Orang berjaya bukan org yg mampu untuk menghasilkan sesuatu, tetapi juga mampu memberi manfaat pada orang lain. Kebahagiaannya bukan hanya kerana mampu memenuhi keperluan diri dan keluarga, tetapi juga mampu memberi kebahagiaan pada orang lain...
Allahu a’lam bissowab…
~SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW~

Monday, August 27, 2012
Ramadhan Berlalu..Syawal Menjelma…
Ramadhan berlalu begitu cepat..sehingga tidak terasa..mudah-mudahan ibadah puasa yg kita jalani selama sebulan dibulan ramadhan dpt meningkatkan ketaqwaan kita kpd Allah swt namun..kita mengalu-alukan kemunculan fajar syawal sebagai tanda syukur nikmat kurniaan Illahi..kini syawal menjelma seluruh umat Islam di dunia ini merayakan Hari Raya Aidilfitri..saya sekeluarga mengambil kesempatan mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..MAAF ZAHIR DAN BATIN" terutama kpd seluruh ahli keluarga sama ada di Selangor, Kuala Lumpur dan Perak..mohon maaf kpd semua kerana..jangan sedih2..dan kini kita sudahpun berada dipertengahan syawal..Alhamdulillah..Syawal kali ni meriah dan bermakna buat kami sekeluarga..
Selain itu, tidak lupa juga kpd pengunjung teratak damai..saya mohon jutaan kemaafan seandainya ada di antara kata2 saya yang menyentuh perasaan pembaca yang secara sengaja atau sebaliknya.
Saya doakan semoga semua bahagia dan gembira meraikan syawal ini..
Insya'Allah.

Friday, August 3, 2012
Ramadhanku kali ini..
Aku berhijrah ke kampung halaman..entah mengapa, hati ini menjadi sayu..apabila mengenangkan kenangan saat berpuasa bersama2 keluarga sewaktu kecil dahulu..kini walaupun sudah berkeluarga..ada anak2..tetapi kenangan itu tetap datang..teringat arwah emak dan bapak..bila datangnya bulan Rejab..cepatnya masa berlalu..kemudian Sya'aban dan Ramadhan..satu masa dan ketika kenangan itu tidak mungkin hilang dari ingatan..
Ramadhanku kali ini memberi seribu kenangan yang tidak dapat aku lupakan..terawihku pada malam pertama aku telah pergi ke surau..selesai solat terawih..betul2 teringatkan arwah emak dan bapak..hati menjadi sayu..melihat sahabat2 arwah..lebih2 lagi sahabat2 arwah emak yg masih ada..menggamit kenangan..tiba2 bergenang airmata ini..Ya Allah..hanya Tuhan aje yang tahu..menjadikan aku begitu hampir denganMu..Allahu Akbar!
Kesedihan terasa dihati...rindunya pada yang telah pergi..AlFatihah buat emak dan bapak tercinta..pertemukan kami diSyurgaMu yang abadi..

Subscribe to:
Posts (Atom)