Pages

Saturday, August 6, 2011


kelebihan bulan Ramadhan

Kajian dari sebuah universiti di Iran mendapati puasa boleh menurunkan bad cholestrol,
dan pada masa yg sama menaikkan kolestrol yg baik.
Terbukti benar bagai yg dikata Nabi.

Dari Abu Hurairah: 
Sabda Nabi saw : 
siapa yg mengerjakan puasa bulan Ramadhan dgn keadaan beriman dan mengharapkan rahmat Allah, nescaya diampunkan baginya dosa2 yg telah lalu.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Menurut Imam Nawawi dosa yg diampunkan ialah dosa2 kecil,
kalau tiada dosa kecil maka ia akan meringankan dosa besar,
kalau tiada dosa besar,
ia akan meningkatkan darjat seseorang itu di dalam syurga.

Wallahuallam...

Wednesday, August 3, 2011

Mengapa Ramadhan Penuh dgn Keutamaan ?



Daripada Abu Hurairah bahawa baginda Rasulullah saw telah bersabda yg bermaksud: "Sesiapa yg berpuasa Ramadhan dgn penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yg telah lalu."
Sabda Nabi saw: Diberi kpd umatku 5 perkara yg belum pernah diberi kpd umat2 dahulu sebelumnya: 
1.  bau mulut org berpuasa lebih harum drpd kasturi di sisi Allah swt;
2.  segala perbelanjaan & derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya;
3.  diampunkan dosa2 mereka pd mlm Lailatul Qadar;
4.  amalan yg dilakukan pd Ramadan digandakan kpd 10-700 kali ganda,  melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kpdnya yg berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku;
5.  dan mereka dikurniakan nikmat kpd mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.


~(Al-Hadith)~ 
Hiburan org mukmin itu adalah beribadah. Mengingat Tuhan dan mengagungkanNya. Berkhidmat dgn manusia, memberi, bersedekah, menolong dan membantu hamba2 Allah. Mengagih-agihkan harta di kalangan yg patut menerimanya. Kalau dia tdk dpt menolong org, hatinya susah kerana menolong org itu adalah hiburannya...

Friday, July 29, 2011

Roh di bulan Ramadhan

Apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kpd Allah SWT utk kembali ke bumi. Ada roh yg dibenarkan pulang ke bumi dan ada yg tdk dibenarkan. Roh yg dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin2 yg mendoakan mereka. Manakala roh2 yg tdk dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yg mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan utk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, org yg mendpt harta pusaka mereka dan ke rumah org yg mendoakan mereka dgn harapan org yg mereka lawati itu memberi hadiah utk bekalan mereka. Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kpd jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dgn bekalan yg diberikan oleh mereka2 yg masih hidup.

Di sini diberitahu hikmah adanya alam kubur.  Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Org yg melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dgn doa orang2 yg masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorg yg tlh meninggal dunia masih mendpt bekalan dari orang2 yg masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jgn biarkan orang2 yg kita sayang, yg mengadap Allah terlebih dulu drpd kita sepi tanpa doa dan sedekah drpd kita. Sesungguhnya apabila mati seseorg anak adam itu, terputuslah semuanya kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yg soleh, ilmu yg bermanfaat dan sedekah amal jariah.

Sebarkan hal ini kpd seberapa ramai org terdekat anda, dan mintalah mereka utk melakukan hal yg sama. Yg jelas jika anda tdk meneruskan hal ini, maka anda tlh melepaskan kesempatan utk saling menasihati dlm kebenaran dan beramal soleh. Jika anda melakukan dgn ikhlas insya Allah anda akn mendpt ganjaran pahala kebaikan dari Allah SWT.


Wallahuallam...

Thursday, July 28, 2011

datangMu dinanti pergiMu ditangisi


Bulan Ramadhan Al-Mubarak bakal menjelang tiba tdk lama lagi.
Kita berdoa supaya Allah panjangkan umur kita agar dpt bertemu dgn bulan Ramadhan ini.
Bulan penuh kemuliaan dan keberkatan.
Bulan yg membawa seribu kegembiraan dan menghilangkan seribu kedukaan.

Rasullullah s.a.w di dlm sebuah hadith yg bermaksud..:

"di awalnya adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan dan penghujungnya adalah dibebaskan dari neraka".

Nah! apa lagi yg kita mahu saudara ku sekelian.... Bulan bonus yg dianugerahkan oleh Tuhan sekelian Alam. Peluang ini hanya dtg setahun sekali. Peluang yg besar ertinya...Kunci Kebahagiaan Yang Abadi.

Marilah kita berazam utk membaiki puasa kita pd tahun ini agar lebih baik dari tahun lepas. Anggaplah puasa pd tahun ini adalah madrasah tarbiyyah jiwa kita...Jiwa yg selama ini penuh dgn kotoran dosa, kita bersihkan dgn perbanyakkan istighfar, jiwa yg penuh kejahilan, kita isikan dgn menghadiri majlis ilmu, jiwa yg tandus dari ibadah, kita isi dgn perbanyakkan amalan.

Dalam hal ini, nabi s.a.w telah memberi motivasi kepada kita dgn hadithnya yg bermaksud...:

"Barang siapa yg berpuasa dgn penuh keimanan dan hat2i, maka Allah akan mengampunkan dosa2nya yg lalu".

Puasa bukan hanya menahan diri dari makan atau minum tetapi matlamat puasa yang sebenar ialah untuk melahirkan insan yang bertaqwa. Ini ditegaskan sendiri oleh Allah Taala dalam Al-Quran yang bermaksud..:

"telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas umat2 sebelum kamu, moga2 kamu menjadi org yg bertaqwa".

Marilah kita pada tahun ini berazam utk menghadapi bulan Ramadhan dgn penuh muhasabah diri, dgn penuh tekad utk mengubah sikap dan meningkatkan iman serta menambahkan ilmu.

Perbanyakkanlah amalan2 sunat seperti Membaca Al-Quran, Bersedekah, Menolong Anak Yatim dan sebagainya. Semoga dgn azam dan cita-cita kita itu, akhirnya menjadikan kita seorg yg bertaqwa dan lulus dlm menghadapi Tarbiyyah Ramaddan.


Nota : Tazkirah di Dewan Tan Sri Mahfuz Khalid, KKR.

Wednesday, July 27, 2011

~Teratak Damai~

~Alhamdullillah...
InsyaAllah Allah swt. telah mempermudahkan urusanku untuk membina sebuah rumah "Teratak Damai" (Baiti Jannati) buatku dan keluargaku...~
~Baiti Jannati 100%~
~Saya mendapat sebahagian tanah pusaka hasil susah payah nenek, bapa dan emak semasa aku masih kanak2 lagi.  Berkat usaha merekalah aku telah membuat sebuah rumah yang aku namakan "Teratak Damai".
~Baiti Jannati 70%~

~Baiti Jannati 50%~
~Baiti Jannati 40%~
~Baiti Jannati 30%~
 ~Baiti Jannati 20%~

 ~tapak asal~
~longgokan tanah belum diratakan~
~membuat jalan masuk~
~Teratak Damai dibina dgn berbagai kepayahan akibat kawasan tanah yg rendah dan sering dinaiki air.  Pembinaan telah dimulakan pada 28 Disember 2010 bersamaan 21 Muharram 1432.  Pada masa itu cuaca sering hujan dan banjir.  Dgn berkat ketekunan pekerja2 segala rintangan akhirnya siap selama lebih kurang 6 bulan sahaja.
~Ya kata org membina rumah tak semudah apa yg kita lihat dan alaminya.
~Membina sebuah rumah juga adalah satu ibadah.
"Sesungguhnya Allah yg Maha Luas KurniaNya lagi Maha Tinggi akan menguji setiap hambaNya dgn rezeki yg diberikan. Barang siapa yg redha dgn pemberian Allah, maka Allah akan memberkati dan melapangkan rezeki baginya dan barang siapa yg tidak redha nescaya rezekinya tidak diberkati"

~Kolam Ikan~
~Kebun Kelapa~
~Setelah 8 bulan~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...