(RESIPI ARWAH MAK)
1 paket tepung beras (cap Teratai atau Gajah 1)
4 sudu besar jintan manis (tumbuk kasar)
4 sudu besar jintan putih (tumbuk kasar)
4 sudu besar ketumbar biji (tumbuk kasar)
Ikan bilis (belah dua)
1 biji kelapa parut ambil 4-5 cawan santan cair (buat lebih sebab akan digunakan untuk tambahkan santan cair dari masa ke semasa apabila adunan menjadi pekat)
1 sudu teh kapur makan
garam secukup rasa
1 sudu teh gula
1/2 kilo kacang tanah atau lebih
minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
1. Bersihkan dan toskan kacang tanah hingga kering, kalau lembap kacang tanah akan kurang rangupnya.
2. Basuh rempah-rempah dan tumbuk/kisar kasar. Ketepikan.
3. Dalam mangkuk, gaul sebati dengan tangan semua bahan yang telah dikisar bersama tepung beras, kapur makan, gula dan garam. Kemudian baru masukkan santan. Adun dan kacau lagi bancuhan tepung beras dan bahan-bahan tadi hingga kelihatan cair. Jika terlalu pekat, tambahkan santan lagi.
4. Anggaran bancuhan macam adunan kueh lempeng dadar.
5. Ambil satu mangkuk bancuhan untuk mudah kita jaga pekat/cairnya bancuhan tersebut. Jika adunan agak pekat, tambahkan lagi santan dari semasa ke semasa.
6. Ambil sesenduk bancuhan, masukkan kacang tanah dan ikan bilis di dalam senduk, layangkan di tepi kuali. Ikut kreativiti sendiri, biarkan adunan melorot ke dalam minyak.
7. Biar seminit, lepas itu terbalikkan rempeyek, kacang menghadap ke bawah. Bila goreng rempeyek kacang tanah, sentiasa telangkupkan, supaya kacang ranggup dan masak sempurna. Api kena jaga, jangan besar, apabila permukaan berkacang sudah garing, baru terbalikkan.
8. Bila rempeyek telah garing, bolehlah diangkat dan toskan, bila dah sejuk simpan dalam bekas kedap udara.
No comments:
Post a Comment