Pages

Thursday, May 5, 2016

ketenangan diri

Semua manusia itu mati, kecuali yang berilmu,
Semua yang berilmu itu tidur, kecuali yang beramal,
Semua yang beramal itu tertipu, kecuali yang ikhlas.
Itulah petikan kata-kata Imam Ghazali.
Cuba hayati kata-kata ilmuan hebat ini...

Alangkah ruginya manusia yang tidak mahu mengambil berat tentang ilmu, amal dan ikhlas. Menjalani hidup sebagai suri rumah sepenuh masa bukan alasan untuk saya tidak perlu tambahkan ilmu di dada.  Saya perlu kurangkan tidur, bercakap, makan dan (lebihkan amalan). Paling penting, buat apa jua pun dengan penuh keikhlasan. Sukar tetapi tidak mustahil. Hmmm… semangat nampak...

Teringat kisah dulu tatkala duduk dibandar... seseorang yang setiap kali bertemu akan meratapi nasib dan menyesali peristiwa yang telah berlaku. Mulanya saya simpati, lama kelamaan jadi muak mendengar rintihannya. Terasa tidak tahu bersyukur.

Satu hari, saya lontarkan kata-kata ini di hadapannya… “berhenti dari menyalahkan orang lain yang menyebabkan kekurangan kita, salahkan diri sendiri yang buta, pekak dan bisu kerana tidak tahu mencari dan menilai”.

Astaghfirullahilazim!

Saya sendiri terkejut mendengar apa yang saya lontarkan. Sungguh tidak patut saya berkata begitu. Saya pasti telah melukai hatinya...

Suasana sepi seketika...
Cepat-cepat saya hulurkan tangan seraya memohon kemaafan atas keceluparan mulut ini. Jawapan yang saya terima darinya tidak menyenangkan hati. Saya tahu dia tersinggung tetapi dia cuba untuk mengambil hati. Apa yang mampu saya lakukan adalah memohon keampunan dari ALLAH SWT kemudiannya.

Terlajak perahu boleh diundur... terlajak kata buruk padahnya... padan muka... lain kali jaga sikit mulut...
Hati kecil saya berkata.

Itu kisah beberapa tahun lepas...kami ditakdirkan bertemu kembali. Hati berdebar kencang. Malunya bukan kepalang. Sebaik melihat saya di hadapannya, dia lantas memeluk saya erat sambil memandang tepat ke dalam mata dan menghadiahkan senyuman manis.

“Terimakasihlah kerana berjaya mengejutkan saya dari lena...Saya buta sedangkan mata melihat terang. Saya bisu sedangkan suara kuat berkumandang. Saya pekak sedangkan dengar segala macam muzik dan nyanyian. Saya sombong dan angkuh kepada Sang Pencipta. Saya langgar peraturanNya atas nama kebebasan”.  Mulut saya terlopong, terkedu melihat wajahnya yang redup dan matanya yang digenangi air...


1 comment:

aby said...

salam saridah ..
ayat akhir umpama kata2 pujangga tu ..
moga kita dapat beramal dgn ikhlas ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...