Pages

Thursday, March 29, 2012

antara Ketawa dan Duka

Kita ketawa bermakna kita gembira.  Apabila berduka bermakna kita sdg diulit kesusahan dan kesedihan.   Demikianlah 2 perasaan yg Allah swt kurniakan kpd manusia utk menunjukkan emosi mereka.  2 emosi ini sinonim dgn manusia sehinggakan jika mereka tdk punya emosi ini bermakna mereka bknlh manusia yg normal !..

Gembira dan sedih adalh naluri semula jadi manusia.  Umumnyer kita mmg digalakkan hidup gembira, bahagia dan tenang selalu.  Namun gembira juga harus berpada2.  Bergelak ketawa juga tdk salah tetapi biarlah ada batasnyer.  Jgn terlalu byk ketawa sehingga melalaikan diri.  Sebaik2nyer ingatilah juga kesilapan lalu dan kesali segala kemungkaran yg pernah dilakukan samada sengaja atau tdk.

Allah swt berfirman yang bermaksud:
"Maka hendakah mereka tertawa sedikit dan menangis dengan banyak."
- (at-Taubah: 82)

Dalam suatu kisah yg diriwayatkan oleh Bukhari dan Abu Hurairah, diceritakan bahawa pada suatu ketika, Rasulullah berjalan di hadapan sekumpulan org yg sdg ketawa, lalu baginda bersabda yg bermaksud: "Demi Tuhan yang jiwaku ini berada dalam genggamanNya.  Jika kamu semua tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa."

Malah Sayidina Umar al-Khattab juga pernah mengingatkan manusia, seseorang yang banyak ketawa nescaya akan kurang rasa takutnyer kepada Allah swt.

Mudah2an kita semua tdk tergolong dlm kalangan mereka yg hilang takut kpd Allah swt.


-Rujukan..NUR...

5 Pesanan Buatmu Wahai Diri...

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat2ku yg dikasihi sekelian.
Semoga Allah merahmatiNya...sudah hampir 3 bulan ana tidak mengujudkan entry baru buat tatapan pembaca sekelian.

Ana ingin berkongsi artikel ini buat pesanan sahabat2ku...

  1. Jika engkau bertemu dengan orang yang LEBIH PANDAI, itulah waktu untuk engkau MENIMBA ILMU;
  2. Jika engkau bertemu dengan orang yang SAMA PANDAI, itulah waktu untuk engkau BERKONGSI ILMU;
  3. Jika engkau bertemu dengan orang yang KURANG PANDAI, itulah waktu untuk engkau MENYAMPAIKAN ILMU;
  4. Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA AKHIRAT, itulah waktu engkau TUMPANG SEKAKI;
  5. Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak BICARA PERKARA DUNIAWI, itulah waktu untuk engkau DIAM & BERLALU PERGI...

Friday, December 9, 2011

~BUKAN JODOH KU~

(..memang susah mencari keikhlasan diri dan kejujuran seorang lelaki..)
..sebelum memakai tudung..
..sekarang dah pun memakai tudung..
Seorg gadis genit berwajah ayu dan berambut panjang keluar dari dlm kereta.  Tubuh ramping hanya berkemeja T dan berseluar jean ketat biru.  Ranggi dan simple, itulah pilihan Suraya, seorg doktor muda di sebuah klinik terkemuka di ibu kota.

Suraya berjalan masuk ke dlm rumah.  Panas terik di luar benar2 menyengat kulitnye yg putih kuning.  Tiba didapur, Suraya meneguk air dari peti sejuk utk menghilangkan dahaga.  Sambil mengambil sebiji epal berlari memanjat tangga ke tkt ats.  Sudah 3 thn Suraya menyewa dirumah itu bersama 3 lagi penyewa lain.

Bilik hujung disewa seorg gadis cina.  Manakala bilik sebelah dihuni seorg janda.  Manakala bilik di tkt bawah pula dihuni sepsg suami isteri yg baru mendirikan rumah tangga.

Masing2 hidup sendiri.  W/pun pd hari minggu begini, mereka tiada dirumah juga.  Suraya xkisah siapa dan bagaimana cara hidup mereka.  Begitu juga mereka, tdk mencampuri urusan Suraya.  Tuan rumah tdk pernah dtg menjenguk.  Sewa rumah di byr melalui bank.  Begitulah lumrah hidup di kota.

Suraya merebahkan badannye di ats katil.  Sambil melamun seorg diri.  Tiba2 Suraya terkejut dgn deringan telefon...

“Hai syg, kenapa lama baru jwb ?”.

Friday, November 25, 2011

~Awal Muharam Yang Tersirat~

1 Muharram 1433H detik permulaan tahun baru hijrah....Tarikh yg mengandungi pelbagai rahsia yg tersirat dlm kehidupan umat Islam....


Penghijrahan kaum Muslimin yg dipimpin oleh Rasulullah SAW merupakan satu dimensi baru kpd dakwah Islamiah dan seterusnya penghayatan kpd ajaran Islam yg sebenar...


Saya gembira dan bersyukur menjadi wanita Solihah (Muslimah Sejati)...Pada Muharam 1433H/Disember 2011 juga merupakan penghijrahan saya...iaitu dari bandar ke kampong...


-  penghijrahan penuh keikhlasan...menuju ke tempat lain.
-  penghijrahan utk perubahan diri dan fizikal.
-  penghijrahan minda dan rohani.
-  penghijrahan pengorbanan utk perubahan diri.

Selain itu, hijrah juga telah mengajar kita erti kecekalan dan ketabahan dlm mengharungi kehidupan dan memartabatkan maruah agama...
Amalan2 dibulan Muharam:-
- puasa sunat - hari yg ke 9 & 10 atau 10 & 11 (fadilat utk menghapuskan dosa2)
- melakukan sedekah
- hubungan silaturrahim
Jelas bahawa peristiwa hijrah Rasulullah SAW itu penuh dgn perjuangan, pengorbanan dan tauladan yg menjadi sumber inspirasi manusia khususnya umat Islam sepanjang zaman...
Peristiwa2 penting dlm bulan Muharam spt:-
1.  1 Muharam-Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan hari pertama bagi setiap tahun baru Islam
2.  10 Muharam-dinamakan juga hari "Asyura"-pd hari itu byk terjadi peristiwa penting yg mencerminkan kegemilangan perjuangan yg gigih dan tabah utk menegakkan keadilan dan kebenaran.
3.  Telah berlaku juga:-
  1. Nabi Adam bertaubat kpd Allah;
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit;
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari bahteranya sesudah bumi ditenggelamkan selama 6 bulan;
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud;
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kpd Nabi Musa;
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara;
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yg kabur dipulihkan Allah;
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yg dideritainya;
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dlmnya selama 40 hari 40 mlm;
  10. Laut Merah terbalah dua utk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun;
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah;
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yg besar;
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam;
  14. Hari pertama Allah menurunkan rahmat;
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan;
  16. Allah menjadikan 'Arasy;
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz;
  18. Allah menjadikan alam;
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril;
  20. Nabi Isa diangkat ke langit.
- doa Akhir Tahun dibaca 3x pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah...Sesiapa yg membaca doa ini, syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia2lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua...Dgn sbb membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun".
- doa Awal Tahun dibaca 3 x selepas maghrib pada malam satu Muharram...Sesiapa yg mambaca doa ini, syaitan berkata:
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Alah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan".

Monday, November 14, 2011

...Bila Izrail dtg memanggil...

Mat Tempe membawa pulang sekpg borang kosong yg diperolehi drpd AJK Masjid ptg tadi.  Dia mahu anaknye Amri menghadirkn diri dlm kursus yg sgt berguna itu.  Apa juga alasanye, Mat Tempe sdh bertekad memastikn Amri mengisi sendiri borang tsbt dan muncul di hari yg tlh ditetapkan itu...

“Isi borang nie..kursus pengurusan jenazah pd hujung minggu ni.  Elok sgt kamu ke sana drpd melepak xtentu arah dgn kawan2 kamu tu...”

“Tapi ayh...sy xminat kursus nie”.

“Jgn bagi alasan lagi, cpt isi.  Serahkan sendiri masa kamu pergi dgn ayh ke masjid waktu solat maghrib nnti”.

Wajah sirius ayh, mematikan terus rasa memberontak pd ptg itu.  Mahu tdk mahu dia sudah dipaksa utk tugasan yg dia xsuka.  Borang kosong diperhatikanye dlm renungan tajam tanpa senyum.  Senyuman ibu yg memerhatikn gaya garang ayh, membuatkn Amri serba salah dan kelu.  Hanya kesihan ibu, dicapainye juga pena bermata bulat, sambil memulakn lakonan didpn ayh yg sdh beredar ke sofa...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...