Pages

Wednesday, July 27, 2011

dimana nilai persahabatan...


Assalamualaikum wbth...
Sejak dua menjak kebelakangan ini banyak benda yg berlegar di dlm fikiran ana... Yg paling utama, memikirkan tentang nilai persahabatan...

Mungkin Allah telah membuka hati ana utk melihat dgn mata ana sendiri tentang apa yg ana maksudkan sebagai KAWAN atau SAHABAT... Siapa yg layak ana panggil sahabat dan siapa sebenarnya sahabat ana...  Siapa yg sebenarnya sudi menerima ana di dlm keadaan yg paling teruk dan siapa yg sudi menghulurkan tangan di kala ana benar2 memerlukan...  Siapa yg menerima ana tanpa apa apa syarat...  Siapa yg menerimaana kerana diri ana, dan bukan kerana apa yg ana ada..  Dan akhirnya Allah telahpun membuka hati ana utk melihatnya...

Mungkin sukar utk ana bertahan di dlm keadaan ini tanpa  kekuatan yg diberikan Allah swt...  Sukar utk ana memberitahu diri yg ana perlu bertahan dan terus bertahan...  Moga Allah swt merubah hati2 mereka yg berkenaan...


~~sebaik2 sahabat di sisi Allah ialah org yg terbaik terhadap temannya dan sebaik2 jiran disisi Allah ialah org yg terbaik terhadap jirannya (H.R al-Hakim)~~

Monday, July 25, 2011

Kisah kahwin lari pasangan terlanjur

Razali seorg ank yg "mudah dijaga" sejak kecil. Begitu kata ayahnya. Jadi, ayhnya hairan mengapa Razali xmendgr kt org tuanya dan meneruskan hasratnya utk berkahwin dgn Roslah wpn ditentang oleh ibu, ayah & isterinya Farah.

Kisahnya begini.....
Farah, isteri Razali, seorg isteri yg mengongkong. Dlm pd itu, Farah pandai mengambil hati ibu dan bapa mertuanya yg juga kawan lama kpd ibubapanya sendiri. Razali merasa tertekan akibat kongkongan Farah dan ini menjdi punca dia menjalin hubungan dgn seorg kenalannya, Roslah... Mulanya Roslah hya tpt mengadu nasib. Tapi lama kelamaan, hubungan mereka mnjd semakin intim dan akhirnya mereka terlanjur.  Razali, ank yg baik dan "mudah dijaga" itu, juga seorg yg brtjawab. Setelah terlanjur dgn Roslah, Razali ingin mengambil tindakn yg terbaik dgn menjadikn Roslah isterinya. Dan mmg itulh yg diharapakn oleh Roslah setelah mereka sama2 ditenggelamkn oleh nafsu.  Malangnya, hasrat Razali tlh dittg oleh isteri, ibu & bapanya. Ibunya bkn saja xmahu perasaan Farah terluka, malah xmahu hubungannya dgn ibu Farah terjejas.  Ayah Razali juga xmahu Razali berkahwin dgn Roslah dan menganggap perbuatan itu sebagai derhaka kpd kemahuan ibunya. Hairan..mcm mana seorg ibu dan ayah boleh cuba menghalang anknya drpd bertjawab keatas perbuatannya!  Akhirnya, Razali dan Roslah melangsungkan perkahwinan di Songkhla.  Ayah & ibu Razali brpdpt bahawa Razali tlh menjd seorg ank derhaka disebbkn Roslah. Mereka xsedar bahawa Razali sebenarnya seorg ank yg bertjawab, yg membelakangkan ibu bapanya kerana mereka menyuruh dia menjadi tdk bertanggungjawab.

Moral cerita di atas............
Secara amnya, masyrkt mmndang serong trhdp pasangan yg kahwin lari.  Mmg benar, byk yg negatif ttng perbuatan ini. Tapi, ada kalanya, ia dpt menyelesaikn masalah, terutamanya dlm kes wali enggan.  Bila ayh enggan membenarkn anknya nikah dgn lelaki pilihannya, anknya berhak membawa perkara trsbt ke mahkamah. Tetapi, apabila ank membawa perkara spt ini ke mahkamah, maka hubungan ayh dan ank akan menjd teramat buruk, mungkin sehingga xdpt diperbaiki lagi.  Membawa kes begini ke mahkamah bkn penyelesaian yg baik.  Ada pndpt yg mengatakn bahwa nikah di Siam, dlm kes wali enggan, tdk adil kerana menghapuskn hak wali. Org yg memberikn pndpt begini tdk pulak memikirkan perasaan dan keinginan ank yg terhalang. Ank yg akn menanggung, bkn ayh. Namum begitu, diakui bahawa ada kalanya larangan ayh mmg berasas. Tapi tdk sentiasa begitu.

dari kisah benar...
Punca Kahwin Lari

Thursday, July 21, 2011

Ubat Penyakit Masyarakat

Fitrah semua manusia suka org baik.  Org lain baik menguntungkan mereka sekali pun dia sendiri susah membuat baik.  Setiap org suka org adil, jujur, pemurah, bertolak ansur, pemaaf, tolong menolong dan lain2 kebaikan, kecuali hasad dengki.  Manakala org yg baik itu kerana kebaikannya dia di sayangi oleh org ramai dan berpengaruh.
Tapi ramai org baik di musuhi, terutama yg baik dan berpengaruh pula.  Dia di fitnah, di tuduh, di hasad, dan di cari kelemahan kelemahannya. Mengapa manusia bersifat begitu? Kerana manusia itu sangat mementingkan diri sendiri.  Dia suka kebaikan org, dia sendiri tidak suka membuat baik.  Dia suka org baik, tapi jgn sampai org itu di sayangi dan terpengaruh kerana kebaikannya.
Begitulah berlaku di setiap zaman.  Ia pernah berlaku juga kpd para Rasul dan org soleh di zamannya.  Sifat sifat semacam ini berlaku kpd semua org. Sekali pun dia para ulama, lebih2 lagi org yg berpolitik, kecuali yg bertaqwa dan takutkan ALLAH.
Penyakit inilah yg menghuru harakan masyarakat di sepanjang zaman. Lebih2 lagi di akhir zaman ini.  Penyakit inilah menjadi penghalang kebaikan dan kebenaran.  Begitulah watak manusia jika tidak takutkan TUHAN.  Kerana itulah takutkan TUHAN itu penting.  Tidak takut TUHANlah punca segala penyakit masyarakat hingga gejala ini tumbuh subur.
Maka perjuangkanlah utk takut kpd TUHAN.  Itulah rahsia utk membasmi penyakit masyarakat ini.
Wallahuallam...

Wednesday, July 20, 2011

Rumah Penuh Kenikmatan...

Rasulullah Saw bersabda, "Barangsiapa ingin rumahnya penuh kenikmatan, hendaklah ia senantiasa membaca 6 zikir ini:-

1. Tatkala hendak melakukan pekerjaan bacalah Bismillah ar-Rahman ar Rahim; dengan nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

2. Tatkala ia memperoleh kenikmatan yg halal, hendaklah ia mengucapkan Al Hamdu lillah-i rabbil alamin: segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

3. Tatkala ia tergelincir dlm kesalahan, hendaklah ia membaca Ashtagfirullah-a Rabb-i wa atub-u ilahi-i; aku memohon ampun kpd Allah dan kembali kepadaNya.

4. Tatkala ia sedih dan berduka, hendaklah ia membaca : la haula wa quwwata illah billah-i Aliyy-i al Azhim-i; tidak ada daya dan upaya melainkan dgn kekuatan Allah yg Maha Tinggi lagi Maha Agung.

5. Tatkala merencanakan pekerjaan, hendaklah membaca Masya Allah karena; apa yang dikehendaki Allah pasti terjadi.

6. Tatkala merasa takut org zalim, hendaklah mengucapkan Hasbunallah-u wa ni'ma al wakil; cukup Allah sebagai penolong kami dan dia sebaik2 pelindung.

Monday, July 18, 2011

Keajaiban Hati Manusia

Rasulullah saw bermaksud:

"Ketahuilah sesungguhnya di dlm tubuh ada segumpal daging. Apabila dia baik,maka seluruh tubuh akan baik. Apabila dia rosak maka seluruh tubuh akan rosak. Ketahuilah segumpal daging itu adalah hati." (HR Bukhari).

 

Sungguh besar nikmat Allah swt beri kpd sekalian manusia. Penciptaan manusia sungguh berbeza dgn makhluk lain sehingga perbezaan tersebut xdpt dijangkau oleh akal manusia itu sendiri.  Hati memainkan peranan yg penting dlm kehidupan setiap individu yg mana ia sgtlah berbeza dan istimewa berbanding dgn makhluk lain. Hati manusia mempunyai keupayaan utk merasa pelbagai perasaan.

 

Kdg2 kita merasa gembira, sedih, riak, sombong, marah dan lain2 lagi...itu menjadikan salah satu drpd keistimewaan hati manusia yg mana ianya sering berubah2 tanpa kita sendiri dpt mengawalnya. Perasaan yg berbeza2 inilah yg mempengaruhi sikap yg wujud pd diri manusia itu sendiri. Tidak dinafikan hatilah yg mengawal segala tindak tanduk kita berbanding akal. W/pun darjat akal lebih tinggi drd hati namun manusia tetap cenderung mengikut kata hati masing2. Kalau muncul perasaan baik, baiklah tindakannya dan begitulah sebaliknya.

Keadaan seumpama ini seakan2 hati sebagai raja yg bertakhta didlm diri manusia sementara akal sebagai penasihat dan anggota lain pula lahir sebagai rakyat jelata yg sentiasa menurut perintah yg lahir dari hati.  

 

Oleh sbb itulah kita harus menjaga hati kita dari terpengaruh oleh musuh utama manusia iaitu nafsu dan syaitan.  Apabila kita mengabaikan hati, ini bererti kita menjerumuskan diri kita ke arah kegelapan seperti firman Allah swt, yang maksudnya:“Beruntunglah barang siapa yang membersihkan hatinya dan rugilah siapa yang mengotorinya,” (Surah Asy-Syams : Ayat 9).  

Hati yg bersih itu membuatkan :-

 

Sentiasa takut kpd Allah swt.

1.      Merasa syukur atas nikmat yg diberikan.

2.   Merasa tidak tenang apabila membuat sesuatu kesalahan meskipun kesalahan itu kecil sahaja.

3.      Sentiasa berasa dirinya diawasi oleh Allah swt.

4.      Redha dan sabar dgn ketentuan Ilahi.

5.      Sentiasa rendah diri dgn Tuhan.

6.      Sentiasa mengingati nikmat Allah yang tidak terhitung byknya.

 

Itulah sifat2 yg sepatutnya dimiliki oleh segenap manusia. Sifat inilah yg membuat kita merasakan keikhlasan, kejujuran, kasih sayang dan keharmonian.  Hati yg terikat dgn sifat ini dpt mewujudkan ketenangan jiwa, kedamaian serta kebahagian yg sememangnya diidam2 oleh setiap individu. Tanpa adanya sikap positif dlm diri akan muncul pula perkara yg negatif seperti hasad dengki, sombong, irihati dan lain2 lagi dan mustahil bagi kita akan hidup dlm suasana yg harmoni.

 

Oleh itu jagalah hati dgn mengingati Allah agar kita dpt menjauhi segala anasir2 yg negatif yg akan memasuki hati kita dan Allah jadikan akal untuk kita berfikir berdasarkan ilmu...

Wallahuallam...~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...