Pages

Saturday, December 26, 2015

PUSAKA GUYUP HOMESTAY

Assalamualaikum wbth...
Sebenarnya dah lama nak tulis mengenai ini...tapi tak berkesempatan pulak...atas persetujuan keluarga aku nak memperkenalkan sebuah rumah penginapan milik keluarga yang terletak di Lot 1418, Jln. SGG 6/3, Kg. Sg. Gulang², Tg. Karang...sekarang ini 'Homestay' dah semakin menjadi pilihan tatkala bercuti bersama keluarga mahupun majlis kenduri kendara perkahwinan.


Bagi aku sendiri, kalau bercuti ke mana² dalam Malaysia atau menghadiri kenduri kendara saudara mara kahwin pun akan memilih penginapan 'Homestay' untuk bermalam... sebab tu 'Homestay' lebih sesuai untuk memuatkan ahli keluarga yang ramai macam rumah sendiri.


Sebenarnya, rekabentuk 'Pusaka Guyup Homestay' ni merupakan sebuah rumah lama, dan sebahagian besarnya merupakan rekabentuk asal rumah² di Kg. Sg. Gulang²...bagi sesiapa yang tak tahu, Kg Sg. Gulang² ini cuma lebih kurang 8 kilometer dari arah K. Selangor menuju ke Tg. Karang/Sg. Besar/Sabak Bernam.


Bagi sesiapa yang ingin bercuti atau berpeluang melawat ke Bukit Malawati/Kelip²/Sawah Padi/Memancing bolehlah mencuba untuk merasai pengalaman bermalam atau tinggal di 'Pusaka Guyup Homestay'...In syaa Allah...gerenti puas hati!


'Pusaka Guyup Homestay' ini terdiri daripada sebuah rumah yang terbahagi kepada rumah bahagian atas dan hadapan dengan ruang tamu...menawarkan kepada anda 4 bilik tidur dengan kelengkapan katil/tilam 'Queen Bed'/cadar, selimut dan bantal...
*Ruang Tamu set sofa/televisyen/kipas
*Bilik Tidur katil/tilam saiz Queen Bed'/kipas
*Ruang Makan meja makan ala jepun/televisyen/peti ais/kipas
*Penghawa dingin (bilik tidur ke 4 di bahagian belakang)
*Tandas atas belakang/bilik air dan tandas di bawah ​
*Penginapan : RM 200 (1 mlm) RM200 (2 hari 1 mlm) - harga boleh runding
*Sewa untuk majlis perkahwinan : RM1,500 (5 hari) - harga boleh runding


Thursday, October 15, 2015

Mengenang Kerinduan...

Hasil carian imej untuk PEMERGIAN MAK DAN BAPAK

hari ini 12/3/2015 genap 19 tahun pemergian bapak (12/3/1996)
DAN
23/7/2015 genap 12 tahun pemergian emak (23/7/2003)

Ya Allah sayangilah kedua org tua kami...ampuni, rahmati dan redhailah mereka...maafkanlah segala kekurangan mereka dlm mengabdi kepada-Mu kerana mengutamakan kami...
berikanlah mereka rahmat yg menerangi pembaringan mereka di kubur dan rahmat yg menimbulkan rasa aman...jadikanlah kubur mereka dpd taman2 syurga...jauhkan kubur mereka dpd api neraka...

Walhamdulillahi Rabbil 'Aalamin...

Wednesday, May 20, 2015

20 MEI

Selamat Hari Lahir  ABDUL HAIY, anak ibu...setulusnya ibu mengucapkan tahniah atas istiqamahnya... belajar menyenangi keputusan ALLAH dan atas kehendak mu... melihat masa depan mu... AL-QURAN menanti mu... memekar kembali harapan mu... masa depan mu bersama AL-QURAN jauh lebih indah dan cemerlang... ALLAH telah atur takdir yg sempurna buat mu... ALLAH akan berikan kesempurnaan dan kebahagiaan untuk memakaikan ibu dan ayah mahkota di akhirat kelak... inilah takdir kehidupan yg diatur ALLAH Yang Maha Penyayang lagi Maha Bijaksana." ...Aamiin...

Mengimbas kembali 15 tahun dahulu saya melahirkan seorang bayi lelaki dalam suasana yg banyak dugaan dan kesedihan buat semua keluarga, hanya ALLAH SWT sahaja yg tahu… tahap kesihatan, kekuatan, semuanya dihitung dan diambil kira...tidak semena-mena kandungan baru mencecah 7 bulan (28 minggu) darah tinggi yg teramat sangat sehingga dimasukkan ke ICU…doktor mengatakan saya sudah tiada harapan untuk hidup dan kandungan saya sudah tidak bernyawa lagi...doktor telah bertungkus lumus untuk menyelamatkan saya dan kandungan, katanya antara hidup dan mati 50:50...selama 2 hari berada di ICU akhirnya saya melahirkan bayi secara normal di ICU…kelahiran pramatang dan hanya ibarat seperti nyawa-nyawa ikan... berat bayi cuma 1.2 kg dan dimasukkan ke NICU… Alhamdulillah... dengan bantuan doktor-doktor di hospital akhirnya, masih ada kehidupan dan rezeki dari ALLAH SWT disambut dgn perasaan bersyukur sangat-sangat... Alhamdulillah...

Thursday, May 14, 2015

Jubah dari Mekah

Alhamdulillah... hari sabtu yg lepas dapat Jubah dari Mekah...


Inilah jubahnya, alhamdulillah dan tkasih kepada abang Uri, Kak Yati dan Izzati ...sgt cantik, kainnya dari jenis yang elok dan bermutu...


Saya doakan agar semua diberi keluasan rezeki oleh ALLAH swt serta sentiasa dalam keadaan kesihatan yg baik dan berpanjangan ...Aamin...



Yang bestnya dapat merasa air zam-zam, kurma, coklat dan gula-gula arab yg besar dan manis...

Tuesday, May 12, 2015

Nick Vujicic

Hasil carian imej untuk Nick Vujicic
Nick tidak ada kaki, tidak ada tangan namun berusaha menjadi dan memberi yang terbaik sebagai seorang suami, ayah dan motivator.
Hasil carian imej untuk Nick Vujicic
Bolehkah kita yang dianugerahkan kaki dan tangan sempurna ini, berjanji pada hari ini, kita akan lebih baik dengan pasangan kita, suami kita, isteri kita... bolehkah kita berbuat baik kepada ibu ayah kita, membantu orang lain yang memerlukan dan menjadi sumber inspirasi kepada anak-anak atau sesiapa jua...?

Hasil carian imej untuk Nick Vujicic
Kalau Nick percaya pada Jesus, tidakkah semangat hidup kita yang Muslim harus lebih tinggi kerana kita ada ALLAH Yang Maha Sempurna, Maha Penyayang Lagi Maha Adil pada kita sejak sekian lama...?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...