Pages

Monday, March 4, 2013

~jumpa rakan lama sekolah~

Apabila dah berhijrah ke kampong bermacam-macam aktiviti yang kita joint, antaranya seperti kenduri kendara, majlis-majlis ilmu di masjid atau surau. Terima kad jemputan kahwin usah cerita lah, belambak-lambak tak payah tunggu musim cuti sekolah.
Saya berkesempatan bertemu dengan beberapa rakan lama sekolah sewaktu saya menghadiri majlis perkahwinan anak rakan. Ternyata, selepas hampir tiga puluh tahun meninggalkan alam persekolahan, perubahan wajah setiap rakan yg ditemui menyebabkan saya hampir tidak mengenalinya. Setelah beberapa ketika dengan sedikit clue yang diberikan, barulah saya dapat mengingatnya kembali. Sewaktu hendak pulang mereka melihat kepada saya dengan wajah yang seolah-olah teruja. Mungkin terkejut dengan perubahan ketara saya yang dahulunya adalah seorang yang pemalu...
 
Firman Allah SWT. “Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silatur rahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati kamu.” (an-Nisaa’: Ayat 1)
Nabi saw. bersabda, "Tidak masuk Syurga, mereka yang memutuskan silatur rahim.” (HR Bukhari dan Muslim)
Nabi saw. bersabda, "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah dia menjalinkan silatur rahim.” (HR Bukhari)
Nabi saw. bersabda, "Sesiapa yang suka agar diperluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia menghubungkan silatur rahim.” (HR Bukhari)
 

Monday, February 25, 2013

~Mensyukuri Nikmat~

~perjalananku menuju keredhaanNYA memerlukan banyak pengorbanan~

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, sesungguhnya ALLAH amat mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah : 216)

Kehidupan adalah anugerah utama Ilahi...anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaran Nya buat kita manusia...wajib kita mensyukuri dan menghargai...Internet adalah kemudahan buat umat manusia...justeru itu...manfaatkan untuk kesejahteraan diri dan umat sejagat...sentiasalah kita beringat...apa yang kita lakukan akan dipertanggungjawabkan dihari kemudian...

Lamunanku terbayang...perkara yang selalu kita inginkan...tidak semua akan menjadi milik kita... cerita yang terdahulunya...mencoretkan pelbagai kisah...suka duka...bercampur menjadi kenangan...terlukis didalam kamus kehidupan...sudah tercoret sejak azali...kita harus redha...Dia lah perancang yang terbaik untuk kita...bukan sahabat kita...bukan insan2 disekeliling kita...bahkan bukan diri kita sendiri...

Alhamdulillah...petang ini sungguh sangat berharga...kipas bergantungan di siling begitu ligat berputar...rasanya masih diberi nikmat untuk menghirup udara segar ciptaan Yang Maha Agung...syukur Ya ALLAH...


Semalam adalah kenangan...hari ini adalah kenyataan...esok adalah harapan...

Saturday, February 16, 2013

Berbudi pada tanah banyak hasilnya...

Assalamualaikum..
 
Semenjak dari bersara awal sudah tidak tinggal di kuala lumpur lagi...berpindah ke kampung...ya...dah jadi orang kampung...suasana dikampung dengan udara yang segar, nyaman, sunyi dan sejuk dimana pohon-pohon melambai-lambai ditiup angin sepoi-sepoi...burung-burung berterbangan dan bersiulan...ayam berkokok bersahut-sahutan...rerama dan pepatung berterbangan sana-sini.

Tidak dapat digambarkan...susah juga kalau kamera telah rosak...bila hari cuti atau off day suami sibuk dengan kerja menebas rumput di kebun...bauan rumput dan bunga-bunga lagi menambahkan kesegarannya.

Sudah agak lama prepare entry ini...cuma belum ada kelapangan nak upload...ha...masalah line internet yang tak berapa bagus dan lambat seperti siput.

Minta maaflah...sesetengah gambar ini atas ihsan imej google...

  Catatan kali ini berkenaan beberapa tanaman buah2an...tak lengkap rasanya tanpa kehadiran beberapa pohon berbuah ini...antaranya...semestinya pokok kelapa...
Air kelapa muda di kuala lumpur berharga RM3 segelas...Alhamdulillah pokok yang saya tanam dikeliling rumah sudah hampir 6 tahun yang lalu sebelum dibina teratak ini...hidup subur dan terus berbuah sepanjang masa...air kelapa ini saya masukkan ke dalam jug, kemudian dikeluarkan isinya dgn sudu...seterusnya campurkan beberapa sudu gula dan kacau barulah ada umph!..dan kalau nak rasa kesegarannya masukkan dlm peti ais barulah sejuk dan nyaman...
Pokok pisang...beberapa jenis pokok pisang...yg seronoknya benih pisang tanduk dlm proses nak mengeluarkan buahnya...lambat kerana air parit melempah disbbkan musim hujan tempohari pertumbuhannya agak terencat...

 Pokok nangka madu...yg ditanam dihadapan rumah ada 3 pokok semuanya sudah berputik dan 2 pokok tu dah besar buahnya...terujanya hati ini...3 jenis pokok mangga, ciku, rambutan, sukun, buah naga, buluh madu dan tebu...


Beberapa koleksi tanaman yg sering digunakan di dapur iaitu tanaman herba spt lengkuas, halia merah dan putih, lempuyang, temu lawak, kunyit, serai, serai wangi, kesum, cekur, kari, limau kasturi, limau purut, limau nipis, belimbing buluh, cili api, cili ceri, daun pandan wangi...

lengkuas



pandan wangi


 
serai
 Sayuran kangkung, kacang buncis, kacang botor, bendi, pucuk manis, pokok turi (geti), keladi, ulam raja, selum, paku rawan, pegaga, bebuas, mengkudu dan kaduk...
 
Syukur Alhamdulillah, diberi peluang untuk hidup sehingga hari ini...dimurahkan rezeki semoga berjumpa lagi...
 
ada pantun...
 
Berkat Sudi Menilai Diri
Niat Berbakti Pada Bumi
Sebagai Hobi Penyemai Budi
Semoga Dapat Redha Illahi

Friday, February 1, 2013

MENGHARGAI (APPRECIATE)

Assalamualaikum..

Hmm, just a short entry before I go out. Ha, I know today I have a work to do. So today I just wanna share about Appreciate. It take a lot of time if I write in English so better I write this entry in Bahasa Melayu. I got this entry from Google and maybe I change a bit from the source. So..let the begin!

Hidup ini umpama roda, "Sahabat..Rakan..Kenalan" yang selalu ada saat gembira..hilang entah ke mana..semuanya hilang..barulah kita menyedari bahawa betapa sedihnya diri diendahkan..ditinggalkan dan dipinggirkan..

Menghargai..bukan semua orang tahu menghargai perasaan kita sebagaimana mereka mahu kita menghargai perasaan mereka..bukan semua orang berupaya menyelami perasaan kita sekalipun orang yang terdekat dengan kita, selain dari diri sendiri dan Allah Subhanallahiwajalla.

Ucapan Terima Kasih.."Thank you so much sebab tolong aku.." walaupun simple..tapi hati rasa senang..tenang dengan perasaan yang susah nak gambarkan..ucapan seperti ini sebenarnya boleh membuatkan mereka rasa dihargai..
 Jangan Pentingkan Diri..jangan pula kita menengking dan menghamburkan kemarahan kita akibat tidak berpuas hati..percayalah..kalau kita pentingkan diri sendiri..hidup kita tidak akan bahagia..

Hargailah Orang Lain.."Arghh! Lembaplah kau ni! Salah pulak tu! Benda macam tu pun susah nak buat ke?!" Hmm..I had face this situation before..sangat sakit..menusuk jiwa..boleh dikatakan menusuk ke lubuk hati..bayangkan kalau kita yang kena macam tu?..mesti sedih dan sakit hati..at least hargailah penat lelah orang yang tolong..

Memahami Masalah Yang Dihadapi..belajarlah untuk memahami orang lain sebelum kita ingin orang lain memahami diri kita..jangan bertindak meletakkan kesalahan di bahu orang lain berbanding diri kita sendiri..insyaAllah sesuatu hubungan akan menjadi lebih erat..actually..I always try my best for this..

Sebenarnya..tidak kisahlah macam mana sekalipun cara kita menghargai seseorang..tetapi bagi diri ana sendiri..cukuplah dengan mengucapkan "Terima Kasih" dengan ikhlas..tetapi..kalau mahu orang menghargai..belajarlah menghargai orang dulu..but..sometimes people always forget about what we had done..Never mind..
p/s Jadilah manusia yang bebas memberi manfaat kepada sesiapa sahaja tanpa membatasi detik masa dalam kehidupan..Selalunya bila kita memberi dan mempermudahkan urusan orang lain, Allah akan menggantikan kebaikan-Nya kepada kita.

Thursday, January 17, 2013

Jangan bersedih wahai anakku..

(Buat anakku yang sedang menjalani Praktikal (LI)

Ayah dan ibu masih ada bersama mu..hargailah saat-saat ini..sekiranya ayah dan ibu kita masih ada di sisi..gembirakanlah mereka dengan apa cara sekalipun..

Penuhilah hari-hari dengan kegembiraan..paling tidak pun cukup dengan senyuman..senyuman untuk diri kita sendiri..

Setiap pagi apabila kita bangun tidur..cubalah kita lihat di cermin..kita akan lihat satu wajah yang penuh kekusutan tetapi selepas kita mandi dan bersiap untuk bekerja..cuba kita lihat sekali lagi pada cermin..nah..nampak tak kita..satu perbezaan..wajah yang sebelum ini kekusutan sudah menjadi satu wajah yang cukup cantik apatah lagi apabila ditambah dengan satu senyuman..

Di situlah permulaannya..permulaan untuk seorang yang berkerjaya..hadiahkanlah mereka dengan satu kejayaan dalam kerjaya dan biarlah mereka merasa bangga diatas segala kejayaan kita..

Biarlah mereka menangis kerana gembira tetapi jangan sesekali kita biarkan mereka menangis kerana kesedihan..

Tangisan seorang ibu amat dalam maknanya..tangisan seorang ayah amat pahit kesannya..

Sesungguhnya kehidupan ini memang satu anugerah yang amat indah dan berharga..usahlah kita mensia-siakannya.

Dengan ini..sentiasalah kita hiasi diri kita dengan seberapa banyak senyuman..tak kiralah senyuman untuk kita sendiri mahupun senyuman itu untuk orang lain..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...