Pages

Saturday, February 16, 2013

Berbudi pada tanah banyak hasilnya...

Assalamualaikum..
 
Semenjak dari bersara awal sudah tidak tinggal di kuala lumpur lagi...berpindah ke kampung...ya...dah jadi orang kampung...suasana dikampung dengan udara yang segar, nyaman, sunyi dan sejuk dimana pohon-pohon melambai-lambai ditiup angin sepoi-sepoi...burung-burung berterbangan dan bersiulan...ayam berkokok bersahut-sahutan...rerama dan pepatung berterbangan sana-sini.

Tidak dapat digambarkan...susah juga kalau kamera telah rosak...bila hari cuti atau off day suami sibuk dengan kerja menebas rumput di kebun...bauan rumput dan bunga-bunga lagi menambahkan kesegarannya.

Sudah agak lama prepare entry ini...cuma belum ada kelapangan nak upload...ha...masalah line internet yang tak berapa bagus dan lambat seperti siput.

Minta maaflah...sesetengah gambar ini atas ihsan imej google...

  Catatan kali ini berkenaan beberapa tanaman buah2an...tak lengkap rasanya tanpa kehadiran beberapa pohon berbuah ini...antaranya...semestinya pokok kelapa...
Air kelapa muda di kuala lumpur berharga RM3 segelas...Alhamdulillah pokok yang saya tanam dikeliling rumah sudah hampir 6 tahun yang lalu sebelum dibina teratak ini...hidup subur dan terus berbuah sepanjang masa...air kelapa ini saya masukkan ke dalam jug, kemudian dikeluarkan isinya dgn sudu...seterusnya campurkan beberapa sudu gula dan kacau barulah ada umph!..dan kalau nak rasa kesegarannya masukkan dlm peti ais barulah sejuk dan nyaman...
Pokok pisang...beberapa jenis pokok pisang...yg seronoknya benih pisang tanduk dlm proses nak mengeluarkan buahnya...lambat kerana air parit melempah disbbkan musim hujan tempohari pertumbuhannya agak terencat...

 Pokok nangka madu...yg ditanam dihadapan rumah ada 3 pokok semuanya sudah berputik dan 2 pokok tu dah besar buahnya...terujanya hati ini...3 jenis pokok mangga, ciku, rambutan, sukun, buah naga, buluh madu dan tebu...


Beberapa koleksi tanaman yg sering digunakan di dapur iaitu tanaman herba spt lengkuas, halia merah dan putih, lempuyang, temu lawak, kunyit, serai, serai wangi, kesum, cekur, kari, limau kasturi, limau purut, limau nipis, belimbing buluh, cili api, cili ceri, daun pandan wangi...

lengkuas



pandan wangi


 
serai
 Sayuran kangkung, kacang buncis, kacang botor, bendi, pucuk manis, pokok turi (geti), keladi, ulam raja, selum, paku rawan, pegaga, bebuas, mengkudu dan kaduk...
 
Syukur Alhamdulillah, diberi peluang untuk hidup sehingga hari ini...dimurahkan rezeki semoga berjumpa lagi...
 
ada pantun...
 
Berkat Sudi Menilai Diri
Niat Berbakti Pada Bumi
Sebagai Hobi Penyemai Budi
Semoga Dapat Redha Illahi

1 comment:

Unknown said...

Alhamdulilah semoga sahabat berjaya dunia dan akhirat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...