Pages

Monday, July 4, 2011

~Merangkak Usia~

Apabila usia sudah senja
resah gelisah mula terasa

Apabila usia sudah senja
hati sayu serba tidak kena

Apabila usia sudah senja, mula mengutuk diri
mengenang kealpaan masa lampau dilalui

Apabila usia sudah senja, mula terasa kepayahan
menebus titis2 noda yang terhamburan

Apabila usia sudah senja, mula menyedari
mencari peluang mendekati Ilahi

Apabila usia sudah senja, segala anggota tidak berdaya
jasad layu tidak mampu berbuat apa2

Aduhai yang tua juga yang muda belia
bermulalah dari sekarang ketika hayat masih ada

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~Tiada manusia yg sempurna...namun, kita diberikan akal dan iman agar kita mampu memanfaatkan umur kita utk mencapai tujuan sebenar hidup kita di bumi, iaitu beribadah kepadaNya....~

Friday, July 1, 2011

~Matinya Seorang Superman~


Pd suatu hari...seorg mamat namanya Polan (bukan nama sebenar) bercadg nak pegi beli rokok...oleh kerana transport dia cumer motor jer...dia pun pergila naik motor jer.  Tapi mamat nie ade satu hobi...dia nie suka benor bawak motor lelaju.  Walaupn jarak kedai tu 100 meter jer dari umah dia.

 Maka di Polan nie pon memulakan la pejalanan utk ke kedai.  Seblm kuar dr umah, mak dia pesan “Polan, bawak motor bebaik, mak rasa tak sedap hati jer la...” Polan pon jawab, “ala mak nie...Polan kan superman, takkan ada  apa2 nyer...lagipon Polan cuma nak gi kedai sebelah tu jer...kan nyer jauh sgt pon...” mak dia pon menjawab. “suka hati ko lah Polan...”

Kunci motor pn di pulas...vrommmm (bunyi motor polan) dgn gaya superman nyer polan bergerak dr umah...tiba2 sampai di suatu selekoh, seekor monyet yg entah dari mana muncul nyer menyergah polan...apa lagi terperanjat beruk la si polan...maka dia hilang kawalan ke atas motor nyer dan menyebbkan dia terlanggar tiang lampu berdekatan...maka polan pon jatuh terpelanting...dan tidak sedarkan diri...

Secara kebetulan seorg pakcik (boleh jadi pangkat atuk la) lalu dijalan tersbt...pakcik tu sungguh terkejut...kerana melihat seekor monyet sdg cuba mencuri helmet si Polan...lalu pakcik tu menghalau monyet tu...ttpi helmet itu tidak dpt diselamatkan...kerana telah dibawa lari oleh monyet lalu pakcik tu pn pegi kpd Polan dan memeriksa jantung dan nadi di Polan...uihhh nampaknyer hidup lagi budak nie...” tapi alangkah terkejutnyer pakcik itu apabila mendpti kepala Polan sudah terpusing 180 darjah dan tanpa bertanya dan berfikir apa2 pakcik tu pon terus membetulkan semula kepala Polan dgn menghentap balik ke 180 darjah...tetiba pakcik itu mendapati Polan tidak bernafas lagi...rupa2 nyer...korang nak tahu ? Polan memakai jeket kulitnya terbalik...so mmg la kepala dia cam pusing ke belakang...maka dgn tidak bersalahnya Polan mati di tangan pakcik tersebut..

Moral citer nie jgn pakai jaket terbalik...itu jer....Habis dah...

~3 Perkara~

Drpd Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda yg bermaksud:-

“3 perkara yg boleh melepaskan seseorg itu drpd semua bahaya di dunia dan akhirat”:-
  •  Takut kpd Allah swt zahir dan batin pd waktu ramai dan sunyi;
  • Pertengahan pd sesuatu seperti di antara waktu papa dan kaya;
  • Berbuat adil pd waktu suka dan marah.


“3 perkara yg boleh menjauhkan seseorg itu drpd perkara yg membinasakan”:-

v     Jgn bersifat terlalu kedekut;
v     Jgn mengikut hawa nafsu;
v     Jgn melalukan perbuatan syirik kpd Allah swt selama2nya.


“3 perkara yg boleh meninggikan darjat seseorg itu disisi Allah swt”:-

Ø      Memulakan salam;
Ø      Selalu memberi makan org yg berhajat;
Ø      Solat pd waktu mlm spt Solat Tahajjud.


“3 perkara yg boleh menghapuskan dosa”:-

¨      Meratakan atau melebihkan basuh pd seluruh anggota wuduk;
¨      Sentiasa bercampur Jemaah Islam;
¨      Menunggu utk solat berjemaah, selepas itu terus sama2 berjemaah.


“3 Cahaya di Hari Kiamat”

Apakah cahaya ini......?

ü      Cahaya yg pertama seperti bintang2 - cahaya wajah manusia yg ketika didunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil wuduk apabila mendengar azan;

ü      Cahaya yg kedua seperti cahaya bulan - cahaya wajah mereka yg mengambil air sembahyang sebelum azan;

ü      Cahaya yg ketiga seperti cahaya matahari - cahaya mereka yg tatkala di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid seblm azan lagi.


Renung2kan dimana kita......

~8 Perkara~

Seseorg Ulama’ zaman silam pernah berkata:-

“Sesiapa yg tidak sanggup mengerjakan 8 perkara, maka hendaklah ia melaksanakan 8 perkara lain sebagai penggantinya”:-

1.      Sesiapa yg ingin mendptkan palaha solat di waktu malam sedangkan ia tertidur, maka jgnlah berbuat maksiat dan dosa di siang harinya;

2.      Sesiapa yg ingin mendptkan pahala puasa sunat, padahal ia tidak berpuasa, maka hendaklah menjaga lidahnya;

3.      Sesiapa yg ingin mendptkan kelebihan para ulama’, maka hendaklah ia sentiasa berfikir dan merenung segala kebesaran Allah swt dan seumpamanya;

4.      Sesiapa yg ingin mendptkan pahala sedekah, padahal ia tidak dapat berbuat demikian, maka hendaklah mengajarkan ilmu yg diperolehi kpd org;

5.      Sesiapa yg ingin mendptkan pahala perang jihad, sedangkan ia hanya duduk dirumah, maka berjihadlah melawan kehendak syaitan;

6.      Sesiapa yg ingin mendptkan pahala haji, sedangkan ia tidak berkuasa, maka lazimkanlah solat berjemaah;

7.      Sesiapa yg ingin mendptkan pahala ahli ibadat, maka damaikanlah org yg bersengketa;

8.      Sesiapa yg ingin memperolehi pahala ahli abdaal, maka sentiasalah menginsafi diri serta redha terhadap kawannya seperti rela dirinya sendiri;

~Sakit Hapuskan Dosa~

Drpd Abdullah, katanya – “Aku dtg mengunjungi Rasulullah saw ketika Baginda sakit, lalu ku sentuh Baginda seraya berkata” : “Ya Rasulullah! Demam anda bertambah teruk”.

Jawab Baginda : “Memang demamku sama dgn deman 2 org kamu”.

Aku berkata : “Semoga anda mendapat pahala berganda pula”.

Balas Baginda : “Semoga!”

Kemudian sabda Baginda pula : “Tiada ada seorg Muslim yg ditimpa cubaan berupa sakit dan sbgnya melainkan dihapuskan Allah dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya”. – (Hadis Riwayat Muslim).

Segala bencana, penyakit, kesusahan atau kerunsingan yg menimpa tubuh badan atau akal fikiran seseorg mukmin menjadi “kaffarah” (penghapus) kekotoran dosa dan kesalahan org yg ditimpa bencana itu.

Anas berkata, Rasulullah bersabda : “Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa apabila Allah mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yg menerima ujian itu dgn redha, maka dia akan beroleh keredhaan Allah, dan sesiapa yg bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendpt kemurkaan drpd Allah”. – (Hadis Riwayat At-Tarmizi dan Ibn Majah).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...