Pages

Sunday, May 7, 2017

Perkara Penting Sebelum Tibanya Ramadan

Hasil carian imej untuk Persediaan awal sebelum Ramadhan
Memandangkan Ramadan hanya tinggal tidak sampai sebulan lagi, jadi persediaan perlulah dilakukan untuk mempersiapkan diri anda dan keluarga. 

1.   Belajar2 la menahan lapar jangan ambil sarapan pagi, lewat-lewatkan makan tengahari sehingga balik kerja.  Bagi yang bekerja sediakan makanan sejuk beku yang hanya perlu dipanaskan sahaja, pasti akan menjimatkan masa.

2.  Pastikan anak2 anda bersedia untuk menghadapi Ramadan.  Jika anak2 anda masih kecil (tetapi sudah boleh mula puasa), sediakan perkara2 yang menarik untuk menggalakkan mereka menyukai puasa. Beri galakkan memberi sedekah, menderma baju terpakai, memberi makanan kepada yang memerlukan, membersihkan surau atau masjid. Pastikan aktiviti ini dimulakan sebelum Ramadan agar ia dapat mencipta keseronokan untuk menikmati Ramadan dan ianya boleh diteruskan sampai bila2.

3.  Sekarang banyak post di FB yang menunjukkan cara untuk mengkhatamkan Al-Quran dalam 30 hari. Walaupun ia diharuskan namun ia bukanlah wajib. Mengaji Al-Quran seharusnya dibaca dan difahami bukan sekadar membaca sahaja. Sebaiknya kita perlu memulakan mengaji dengan konsisten sebulan sebelum Ramadan. Tetapi belum terlewat jika anda belum lagi memulakannya. Cuba mengaji dengan konsisten bermula malam ini.  Ustaz Azhar Idrus pernah berkata sebaiknya cuba mengaji sebanyak dua helai (4 muka surat) sehari. Jika tidak mampu, cuba sehelai (2 muka surat) sehari.

4.  Buang sikap negatif dan elakkan diri dari melakukan perkara2 yang berdosa dan sia2 seperti mengumpat, bergosip, banyak cakap, suka ketawa kuat, mendengar muzik yang lara, menonton drama atau filem yang tidak berfaedah.  Banyakkan senyuman dan bercakap baik, paling penting adalah memaafkan kesalahan orang lain terhadap anda dan minta maaf akan kesalahan anda kepada orang lain.  Kesemua ini mampu memberi anda ketenangan dan juga tenaga positif untuk menghadapi Ramadan.

5. Tetapkan rutin sekurang-kurangnya sebelum Ramadan, sekarang belum terlewat namun tidak bermakna tidak boleh. Mulakan dengan bangun awal pagi (seeloknya sebelum azan Subuh) dan mengaji selepas selesai solat Subuh. Kedua-dua aktiviti ini mampu memberi anda ketenangan dan kegembiraan untuk anda hadapi. Jika anda bekerja pilihlah pakaian yang longgar dan belajar untuk melabuhkan hijab anda.  Tiada maknanya jika anda berpuasa seharian tetapi tidak menutup aurat dengan sempurna. Gunakan hujung minggu ini dengan sebaiknya untuk melakukan persediaan yang sempurna untuk menghadapi Ramadan. Ingat, Ramadan hanya 1% sahaja puasa, 99% lagi adalah untuk berhubung dengan ALLAH SWT.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...