Pages

Saturday, April 5, 2014

sekejapnya masa berlalu...

Hampir seminggu hubby pergi outstation, mengiringi ayahanda Yg DiPertuan Agong...


Kini hampir sebulan juga MH370 hilang...dgn maklumat yg tdk byk...pelbagai teori konspirasi muncul utk mengisi kekosongan maklumat dlm usaha menjelaskan misteri yg hilang...


Terdapat sebuah lamanweb di ensiklopedia dlm talian Wikipedia yg menyenaraikan teori2 trsbt:-


..."Bagaimana boleh pangkalan tentera paling canggih di dunia tidak dpt mengesan sebuah pesawat komersial?"                
...Antara teori trsbt...yg nampaknya paling popular dan terus berkisar ialah yg dikaitkan dgn "Diego Garcia", sebuah pangkalan bersama USA dan UK di tengah2 Lautan Hindi.
...Spt mana2 teori konspirasi, butir2 dan motivasinya dikatakan berbeza2 mendakwa MH370 dirampas... samada melalui kaedah kawalan jauh atau oleh unit pasukan khas...kemudian diterbangkan ke "Diego Garcia" di mana kru dan penumpangnya menjadi tahanan...walaupn Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan pegawai Rumah Putih tlh menolak teori tentang "Diego Garcia" itu. 



Pangkalan tentera itu terletak lebih 4,000 kilometer dari tempat di mana analisis satelit menyarankan sebagai lokasi terakhir MH370.


Melihat temuramah di Buletin Utama TV3 bersama Kapten Nurodin Abd Majid yg juga kapten yg melakukan "test drive" ketika MAS mula membeli pesawat B777, dgn wajah tenang beliau mengatakan ALLAH SWT Maha Kuasa dan kepada DIA kita memohon, itulah satu2nye kaedah paling tinggi atas semua teknologi dan kecanggihan yg dunia miliki... Kejadian MH370...hari ini kita mencari ALLAH, semua mencari ALLAH, ketika kita semua dilanda musibah kita mencari ALLAH SWT...


Selagi belum ada bukti kukuh ditemui, samada serpihan/bangkai pesawat atau penumpang yg terkorban...maka ia masih lagi dlm situasi hilang...Al fatihah buat semua penumpang MH370...


Mudah2an ALLAH SWT berikan petunjuk yg boleh meyakinkan semua orang...


Wallahu'allam...

2 comments:

Abd Razak said...

Assalamualaikum sahabat..

Kepada Allah jualah kita berserah diri dalam semua hal dan kepadaNyalah kita memohon pertolongan..

Werdah said...

Assalamu'alaikum Saridah

Semoga sentiasa beroleh kesejahteraan dalm dalam redha Allah SWT..aamiin

Segalanya tidak dijangkakan..tiba-tiba sahaja kita turut silanda pelbagai perasaan..benar kepada Allah jualah kita berserah kerana DIA Maha Mengetahui lagi bijaksana..mudah-mudahan ada hikmahNYA..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...