Pages

Friday, November 8, 2013

Assalamualaikum sahabat...semoga sentiasa terhindar dari segala macam musibah dan sentiasa dilindungi Allah SWT. Amin...

Sekadar berkongsi.

Pernahkah kita terfikir, berfikir atau memikirkan bahawa antara hadiah paling bernilai buat menghargai diri ialah dengan bersendiri...meluangkan sedikit waktu untuk menyoal hati dan menunggu jawapannya dalam hening sunyi...

Inilah antara 'hubungan' terpenting bagi memperbaiki diri yang boleh dinikmati oleh semua orang di dunia ini...

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala :

وَفِي أَنْفُسِكُمْ أَفَلَا تُبْصِرُونَ


( Surah Az Zaariyat ayat 21 )

Ayat ini mengisyaratkan kepada manusia bahawa pada diri mereka terisi bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran Allah seperti perbezaan kemampuan, bahasa, kecerdasan dan variasi anggota tubuh masing-masing dengan fungsinya yang tersendiri.

Justeru, usah bimbang dan takut andai pada satu-satu ketika kita merasa berseorangan tanpa sesiapa di sisi...sebaliknya ambillah ruang tersebut bagi mengenal diri lantaran itu merupakan permulaan bagi sebuah kebijaksanaan masa depan, in shaa Allah...
 

4 comments:

aby said...

salam saridah ...
selalu kita dengar ungkapan ni ..

"berfikir sesaat itu lebih baik daripada sembahyang sunat seribu rakaat (yang tidak khusyuk)."

ketika sendiri,
elok gunakan masa tu memikirkan tuntutan2 kita sebagai hamba, adalah kita telah sempurnakan mengikut peraturan2 yg telah ditetapkan ngikut jalan yg lurus tu

Werdah said...

Assalamu'alaikum Saridah

Kak selalu membayangkan keadaan bersendirian di sana nanti..bagaimanalah keadaannya..bila bersendirian di sini eloklah merasakan kita dilihat olehNya Yang Maha Melihat.

ساريده سنين said...

wsalam aby...

betul tu...muhasabahlah bersama...

ساريده سنين said...

Wsalam Kak Werdah...

Allah melihat apa yg kita buat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...