Pages

Thursday, October 3, 2013

kenangan silam…pengalaman bergelar ibu…



Ketika seorg ibu mahu melahirkan seorg insan ke dunia, kesakitannya tiada terungkap dgn kata-kata...menitis airmata menahan rasa sakit yg datang silih berganti...sebab itu ALLAH SWT berikan ganjaran syahid jika meninggal dunia kpd seorg ibu yg melahirkan seorg anak.
Pengalaman sy melahirkan 4 org anak, berbeza antara satu sama lain...tetapi rasa sakit itu tidak dpt digambarkan disini...senang tulis, sangat2 sakit...syukur dgn kurniaan ALLAH ini, kerana Dia begitu hampir dgn sy dan sentiasa dihati sy...disinilah sy sgt merasai bahawa ALLAH sgt syg pada sy, sy dpt melihat keadilan ALLAH pada manusia, Allah Maha Gagah dan Perkasa dan dgn KemurahanNya sy menikmati hidup penuh rasa cinta hanya padaNya…
Kisah ini sy updated dari website lama…tujuannya nak bagi tatapan dan ingatan pada anak2… Kenangan silam…pengalaman bergelar ibu…memang mendebarkan tambahan pula apabila ada rakan2 sepejabat yg menceritakan pengalaman mereka dgn cara dan situasi yg berbeza…ada yg senang dan tak kurang juga yg susah…yg penting semuanya bergantung kpd diri sendiri demi insan tercinta…tidak semua yg dpt merasai pengalaman melahirkan zuriat sendiri…bersyukurlah di atas kurniaan Nya…gudluck to all future mommy we can do it! 
Empat cahaya mata...setiap satunya mempunyai kisah yg tersendiri…
Kedatangan cahayamata pertama seorang baby lelaki (skrg 22 thn), tentu sahaja penuh dgn rasa teruja…kelahirannya disambut dgn seribu kesyukuran…tambah pula lahirnya cukup sifat...
Genap setahun, rezeki Allah bertamu lagi…
Cahayamata kedua baby perempuan (skrg 21 thn), menjadikan buah hati jadi sepasang...lahir dgn sempurna, biarpun dlm suasana kelam kabut tatkala ayahanda sakit akibat kemalangan…Syukur sebesar-besar syukur, kelahiran anak kedua bagai bunga merah mekar di laman hijau…serinya, Allah sahaja yg tahu…
Selang 2 tahun cahaya mata ditambah manis gula hati dgn tibanya adik ketiga baby perempuan (skrg 18 thn)…Setelah kandungan masuk minggu ke-37 (tiga minggu awal), emergency…doktor mengesahkan sy mengalami komplikasi placenta praevea yg membawa risiko pendarahan hingga menutup sebahagian atau keseluruhan cervix, maka kelahiran kali ini secara caesarean (pembedahan)…teramat sedih, kejadian berlaku di pejabat pada waktu itu, suami pulak tiada disisi…pergi outstation…menahan sakit contractions kuatkan semangat tandatangan sendiri borang pembedahan…waktu pembedahan tiba...Allahuakbar... benar-benar rasa berjuang antara hidup dan mati...Bismillah. Saya terus mengucap syahadah...dlm hati berkata, "kalau aku meninggal hari ni, semoga suami dapat pengganti yg dpt jaga anak2.."  apabila pembedahan selesai, doktor-doktor dan kakitangan telah mengucapkan tahniah. Alhamdulillah.
Genap 4 tahun... kehamilan keempat kali ini, perjalanannya membawa episod yg berbeza, adik keempat lelaki, lahir dlm suasana yg banyak dugaan dan kesedihan buat semua keluarga… tahap kesihatan, kekuatan, semuanya dihitung dan diambil kira...tidak semena-mena kandungan baru mencecah 7 bulan (28 minggu) darah tinggi yg serius sehingga dimasukkan ke ICU…doktor pakar bertungkus lumus...sy antara hidup dan mati 50:50...akhirnya sy bersalin di ICU…kelahiran pramatang berat bayi cuma 1.2 kg…dan dimasukkan ke NICU…dgn bantuan doktor2 di hospital akhirnya, rezeki dari Allah SWT ...syukur diungkap... Alhamdulillah...(skrg berumur 14 thn - bongsu).
Dari pengalaman sebelum mengandung, mengandung, melahirkan, berpantang dan membesarkan anak adalah memori terindah…terutama menyusukan bayi…sangat menyentuh naluri seorg ibu….apabila Allah SWT memberi peluang menjadi seorg ibu…barulah rasa sayu sedih teringat kpd ibu tatkala melahirkan saya dahulu…
Kesimpulannya:....
Rasa seperti mati hidup semula!
Ya Allah, Maha Baiknya Engkau mengizinkan aku hidup lagi.
Ya Allah, sungguh kehidupan ini adalah satu peluang.
Peluang untuk aku gandakan taat.
Banyakkan amalan soleh.
Bekal untuk aku di Alam Baqa'.
Kita tak tahu bila kita akan pergi.
Setiap hari lakukan yang terbaik dalam hidup.
Buat apa yang Allah suka.
Tinggalkan apa yang Allah murka.
Sebab kita nak bahagia bukan sahaja di dunia, tapi di akhirat sana.


4 comments:

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Allahu Akhbar, ceritanya sungguh melahirkan rasa insaf. Pengorbanan seorang ibu tidak bisa kita balas dengan apa jua pun..

aby said...

salam saridah ..
pengalaman membawa al insan di alam rahim yg kemudian nya dilepas kan kealam dunia utk diuji amalan nya ..
seperti dalam ayat 2 surah al mulk ..
misal balik ke alam kubur .. nama ibu nya yg akan disebut jugakan .. satu perhormatan kpd ibu yg melahirkan al insan ni ..
4 org anak .. sama ngan aby ..
cuma wf aby masa bersalin sume operate ..
klu wanita ada pengalaman masa melahirkan anak ..
laki pun ada pengalaman sendiri tiap kali menunggu wf bersalin ..
tk caya cuba tanya huby ..

Pedasdanmanis said...

Rasa insaf

Werdah said...

Assalamu'alaikum Saridah

Setiap ibu ada pengalaman masing2 kan ketika mengandung dan melahirkan. Ada pahit ada manis namun bila lahir sahaja bayi sgl pahit yg dirasa akan hilang serta merta. Alhamdulillah anak bongsupun dah 14 tahun umurnya. Kakak ada 5 org anak..alhamdulillah tak ada banyak masalah masa mengandung dan masa melahirkan. Tp masa pantang anak pertama dan kedua sukar tidur dan hilang selera makan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...