Pages

Friday, July 19, 2013

Kuasa seorang ibu cukup hebat...

~Berbuatlah sesuatu perkara itu dengan penuh Fikir & Zikir kerana ia akan disertakan dengan kesabaran andai dilakukan dengan penuh Syukur~

Kuasa seorang ibu cukup hebat...tersinggung perasaan ibu, Aqamah terseksa menghadapi sakaratul maut, Tanggang berubah menjadi batu, melukakan hati ibu...

Ya Allah, aku seorang ibu kepada 4 orang anak...Anak2ku, semoga hatiku tidak pernah tersinggung dan dilukakan kerana aku amat menyayangi anak2ku...Aku juga seorang anak, semoga aku tidak menyinggung dan melukakan hati ibuku...walaupun ibu bapa ku sudah tiada lagi, tetapi masih mempunyai ibu mertua...Namun aku tetap memaafkan anak2ku sekiranya aku tersinggung atau terluka kerana aku takut kuasa aku sebagai ibu akan menyeksa anak2 ku.

Aku nak ingatkan anak2 ku dan sahabat semua...

Sebagai anak kita sentiasa menghargai ibu bapa kita walau macamana pun keadaan mereka. Kita sentiasa mendoakan dan menjaga hati mereka kerana doa ibu bapa kita mustajab dan kalau kita tak dapat keredhaan dari mereka, bererti kita tidak mendapat keredhaan ALLAH juga. Sebab apa...??? Keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan ibu bapa kita. Jadi, sentiasalah beringat ye...Kalau adapun buat mereka tersinggung ke apa, cepat-cepatlah minta maaf... Dan sentiasa ingat kewajipan kita sebagai anak, apa yang patut kita laksanakan...Kalau kita nak bahagia di dunia dan akhirat, kita akan bahagiakan ibu bapa kita, insyaAllah kita pun akan bahagia...Jadi, sayangilah mereka dengan sepenuh hati kita melebihi sayang mereka kepada kita... Hargai, Jaga & Kasihi mereka selagi masih ada hayat mereka.... InsyaAllah...

2 comments:

Abd Razak said...

Assalamualaikum..

Hadiah terbaik seorang anak kepada ibunya adalah dengan berusaha menjadi anak yang soleh atau pun solehah..

ساريده سنين said...

Wsalam Abd Razak ...betul tu..Rasulullah bersabda..“Apabila telah mati seorang anak Adam, maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu : Sedekah jariah, Ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya“.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...