Pages

Monday, July 22, 2013

Al-Fatihah...Tanggal 23 Julai...

Wajah Mak nampak tenang seperti selalu-selalunya Mak di mata saya. Saya sedaya mungkin menahan tangis, namun titisan air mata tetap laju menuruni pipi...

"Jirus air pelahan-lahan ke seluruh tubuhnya ye, "M'cik Zaiton, selaku ketua penyelenggara jenazah memberi arahan sekaligus tunjuk ajar. Saya, Kak Ton, Kak Tipah, Nani dan Jiah, 2 orang anak saudara yang dibela sejak dari lahir bersama-sama membantu memandikan jenazah Mak...

"Pakai tuala kecil atau sarung tangan...kemudian bersihkan gigi dan mulutnya...sisir perlahan rambutnya kalau-kalau ada kotoran"...M'cik Zaiton memberikan tunjuk ajar kepada saya yang memegang dibahagian kepala. Kak Tipah membersihkan bahagian bawah dan Kak Ton di bahagian kaki.

Saya renung tubuh yang pernah mengandung, melahirkan dan membesarkan saya. Dengan lembut dan hati-hati saya bersihkan dada yang pernah menyusukan saya dan perut yang pernah mengandungkan saya selama 9 bulan. Saya gosok jari jemari yang pernah membesarkan saya dan terbayang semua kenangan bersama Mak. Sebentar lagi kami benar-benar akan terpisah, dipisahkan oleh dunia masing-masing yang sudah berbeza.

Bersyukur kepada Ilahi kerana saya sempat melalui pengalaman berharga ini, walau keuzuran Mak tidaklah ketara disebabkan kerap balek berjumpa Mak...hingga saat memandikan jenazahnya. Pengalaman berupa didikan hati agar terus berserah kepadaNya. Mudah-mudahan untuk seterusnya, mencapai pula tingkatan iman yang paling tinggi kerana seorang Mukmin di hadapan Rabbnya seumpama mayat di tangan orang-orang yang memandikannya...

Perjalanan hidup Mak di dunia telah berakhir...dan bermulalah pula perjalanannya ke akhirat yang kekal abadi. Selamat menempuh perjalanan baru Mak, doa dari anakmu akan sentiasa mengiringi...

Sememangnya kami merinduimu…Tanggal 23 Julai 2003 genap 10 tahun bonda tercinta pergi mengadap ILAHI...

Al-Fatihah...semoga sentiasa dalam rahmatNya dan bersama-sama dengan orang yang beriman dan dikasihNya.
 

7 comments:

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Hanya Allah yang Kekal...buat ibumu saya doakan semoga rohnya Allah tempatkan di kalangan orang-orang yang berbahagia di sisi~Nya...aamiin

Teacher Basariah said...

Al Fatihah..
Coretan yang membuatkan airmata ini bergenang lalu menitis tanpa disedari..rindunya pada ibu di kampung..

Teacher Basariah said...

Al Fatihah..
Coretan yang membuatkan airmata ini bergenang lalu menitis tanpa disedari..rindunya pada ibu di kampung..

Werdah said...

Assalamu'alaikum Saridah

Innalillahi wainna ilayhi raaji'uun..semoga Allah mengampuni segala dosa, mengafiatkannya dan menempatkan roh arwah di kalanan orang-orang yang mendapat keredhaanNya..aamiin

Salam balas kunjungan..

aby said...

salam ziarah saridah ..
satu N3 yg menyentuh hati .
bertapa kerdilnya kita sebagai seorg insan ..
semoga roh ibu saridah diletakan bersama roh2 yg soleh ..

ساريده سنين said...

Dato’ Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata...
”setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup @ telah tiada)” nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu.

Berdasarkan Hadis Nabi saw :

”Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak
meninggalkan doa kepada kedua ibubapanya dalam sehari”

Nik said...

sebak baca coretan ni. moga arwah tennag di sana.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...