Pages

Tuesday, May 30, 2017

Saya suka kongsikan kisah tauladan.  Semoga kisah ini dapat mengingatkan kita yg sering lupa dan lalai.
SEBUTIR KURMA PENGHALANG DOA

Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat ziarah ke Masjidil Aqsha.  Untuk bekalan diperjalanan ia membeli 1 kg kurma dari pedagang tua berhampiran Masjidil Haram.

Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim melihat sebutir kurma yang terletak di sisi timbangan. Tanpa bertanya ia menyangka itu adalah sebahagian dari yang ia beli telah tercicir, maka Ibrahim pun mengambil dan memakannya. Setelah itu ia terus berangkat menuju Al Aqsa.

4 bulan kemudian di Al Aqsha...

Sedang solat dan khusyu' berdoa di bawah kubah Sakhrah, Ibrahim terkejut mendengar percakapan dua malaikat tentang dirinya.

"Itu Ibrahim bin Adham, sangat zuhud orangnya, ahli ibadah dan juga wara'. Kalau berdoa, selalu dimakbulkan ALLAH SWT," kata salah satu Malaikat.

"Tetapi sekarang tidak lagi, doa-doanya ditolak ALLAH SWT, ia pernah memakan sebutir kurma yang jatuh dari meja seorang pedagang tua 4 bulan yang lalu," jawab Malaikat yang satu lagi.

Ibrahim bin Adham terkejut dan tergamam, jadi amal ibadahnya selama 4 bulan ini dan mungkin amalan-amalan lainnya tidak diterima oleh ALLAH SWT, gara-gara memakan sebutir kurma yang bukan haknya.

"Astaghfirullahal 'adzhim," Ibrahim beristighfar. Lalu Ia segera berkemas untuk kembali ke Mekkah menemui pedagang tua penjual kurma. Untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telah dimakannya.

Sesampainya di Mekkah, ia terus menuju ke tempat penjual kurma itu, tetapi tidak menemukan si pedagang tua itu, melainkan seorang anak muda. "Wahai anak muda, 4 bulan yang lalu saya membeli kurma di sini dari seorang pedagang tua. Kemana ia sekarang?" tanya Ibrahim.

"Ayah saya.. sebulan yang lalu meninggal dunia dan sekarang saya yang berdagang kurma, meneruskan pekerjaan beliau," jawab anak muda itu.

"Innalillahi wainna ilaihi rojiun.."  Lalu Ibrahim menceritakan kisahnya, "Wahai anak muda, engkau sebagai ahli waris orang tua itu, mahukah engkau menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang telah ku makan tanpa izinnya?"

Lalu si anak muda menjawab, "Insya Allah saya halalkan. Namun saya memiliki 11 orang saudara. Saya tidak berani mengatakan mereka semua ikut menghalalkan. Mereka semua ada hak waris sama dengan saya".

"Dimana saudara saudaramu tinggal, Insya Allah akan saya temui mereka satu persatu". Maka pergilah Ibrahim bin Adham, menjumpai 11 orang bersaudara satu persatu, memohon agar mereka menghalakan sebutir kurma milik ayahnya.

4 bulan kemudian, Ibrahim bin Adham sudah kembali berada di bawah kubah Sakhrah. Tiba-tiba ia mendengar percakapan dua malaikat.

"Itu Ibrahim bin Adham, ahli ibadah namun doanya tertolak hanya karena makan sebutir kurma yang bukan miliknya".

"Oh, tidak, sekarang doa-doanya sudah dimakbulkan oleh ALLAH SWT" kata malaikat yang lainnya.

"Ia telah mendapat penghalalan dari ahli waris pemilik kurma itu.  Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali dari kotoran sebutir kurma yang haram kerana masih milik orang lain. Sekarang ia sudah bebas". 

****
Semoga kisah ini memberi pengajaran kepada kita semua. Kemungkinan disebabkan oleh kerana harta yg sebenarnya bukan hak kita.  Doa-doa kita tidak sampai ke langit.

Wallahu a'lam bissawab...

Saturday, May 27, 2017

Di Ramadan ini...

Hasil carian imej untuk Ramadan ku kali ini
Ramadanku kali ini…
Dah lama aku berhijrah ke kampung halaman...
Entah mengapa, setiap kali bulan Ramadan hati ini menjadi sayu...
Apabila mengenangkan kenangan saat berpuasa bersama2 keluarga sewaktu kecil dahulu...
Kini, walaupun sudah berkeluarga...ada anak2...tetapi kenangan itu tetap datang...teringat arwah mak dan bapak...
Bila datangnya bulan Rejab...cepatnya masa berlalu...kemudian Sya'aban dan Ramadan...
Satu masa dan ketika kenangan itu tidak mungkin hilang dari ingatan…
Ramadanku kali ini memberi seribu kenangan yang tidak dapat aku lupakan...
Terawihku pada malam pertama aku telah pergi ke surau...
Selesai solat terawih sedikit tahlil dan doa selamat, mulut pun menyebut-nyebut kenangan dan kebaikan mereka ketika sama2 memakmurkan Surau SGG 6/3...
Hati betul2 teringatkan arwah emak dan bapak...hati menjadi sayu...melihat sahabat2 arwah...lebih2 lagi sahabat2 arwah mak yg masih ada...menggamit kenangan...tiba2 bergenang airmata ini...
Ya Allah...hanya Allah saja yang tahu...menjadikan aku begitu hampir denganMu...Allahu Akbar!
Di Ramadan ini, terima kasih Allah kerana menyuntik kenangan yang menginsafkan betapa kematian itu suatu yang pasti dan tidak terkecuali...
Kesedihan terasa dihati...rindunya pada yang telah pergi...Al-Fatihah buat mak dan bapak tercinta...pertemukan kami diSyurgaMu yang abadi…


27/5/2017-coretanku...

Masih Ada Peluang...

Hasil carian imej untuk Smooking


Seperti di tahun2 sebelum...
Aku tak pernah letih BERLETER tapi penuh hikmah...
Bulan puasa inilah peluang untuk membuang tabiat, rutin atau hobi MEROKOK.
Cubalah... buatlah... belum terlambat untuk mengubah...
Meski, sepuluh kali kau MENCUBA, seratus kali kau tewas... Jangan pernah berputus asa...
Jangan hangat2 tahi ayam...
Jangan sekadar melepaskan batuk di tangga...
Niat...dan jaga...
Kasihan pada diri sendiri...
Kasihan pada keluarga...
Kasihan pada orang lain...
Fokus...
Semangat!...
Ingat...
Orang lain BOLEH bantu kau?...
Tapi kaulah yang terlebih dahulu HARUS bantu diri kau...
Yakin boleh!...
Stop SMOKING please???


luahan rasaku buat suami -  (idea asal rakan FB-Ana Rohani)

Saturday, May 20, 2017

Hasil carian imej untuk selamat hari lahir ke18 anak ku

Selamat Hari Lahir putera bongsu kesayangan kami ABDUL HAIY, telah mencapai usia 18 tahun. Tahun ini 20 Mei tarikh yang sangat istimewa, inilah takdir kehidupan yg diatur ALLAH Yang Maha Penyayang lagi Maha Bijaksana.  Hari ini kamu dilahirkan ke dunia, dengan sejuta keajaiban dan kebahagian yang tidak terlukis dengan kata-kata.  Semoga dirimu sentiasa sihat walafiat dan dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki......aamiin.....
Semoga menjadi anak yang soleh, senantiasa mengingati dan menghormati kedua ibubapa, bangsa dan negara semoga terus mengecapi kejayaan demi kejayaan didunia dan akhirat......insyaAllah aminn....mudah-mudahan....

Hasil carian imej untuk selamat hari lahir ke18 anak ku

Monday, May 15, 2017

Hasil carian imej untuk Kupu kupu tidak akan pernah tahu apa warna sayap mereka

Kupu-kupu tak akan pernah tahu apa warna sayap mereka...
Tapi semua orang tahu betapa indahnya mereka...
Seperti juga dirimu...
Engkau tidak tahu betapa indahnya dirimu...
Tetapi ALLAH tahu betapa istimewanya dirimu di mata-Nya.
Yaitu...
Ketika engkau tunduk dalam syari'at-Nya
Redha atas takdir-Nya...
Tersenyum dalam musibah yang meruntun.
Tegar dalam ujian yang bertubi-tubi...
Teguh dalam pendirian...
Subhanallah...
Semoga engkau, aku, kita semua termasuk yang terpilih menjadi hamba yang terindah di mata-Nya...
Aamiin Ya Rabbal'alamiin...

Hasil carian imej untuk Kupu kupu tidak akan pernah tahu apa warna sayap mereka

sumber :  Majalah Qiblati

Sunday, May 7, 2017

Perkara Penting Sebelum Tibanya Ramadan

Hasil carian imej untuk Persediaan awal sebelum Ramadhan
Memandangkan Ramadan hanya tinggal tidak sampai sebulan lagi, jadi persediaan perlulah dilakukan untuk mempersiapkan diri anda dan keluarga. 

1.   Belajar2 la menahan lapar jangan ambil sarapan pagi, lewat-lewatkan makan tengahari sehingga balik kerja.  Bagi yang bekerja sediakan makanan sejuk beku yang hanya perlu dipanaskan sahaja, pasti akan menjimatkan masa.

2.  Pastikan anak2 anda bersedia untuk menghadapi Ramadan.  Jika anak2 anda masih kecil (tetapi sudah boleh mula puasa), sediakan perkara2 yang menarik untuk menggalakkan mereka menyukai puasa. Beri galakkan memberi sedekah, menderma baju terpakai, memberi makanan kepada yang memerlukan, membersihkan surau atau masjid. Pastikan aktiviti ini dimulakan sebelum Ramadan agar ia dapat mencipta keseronokan untuk menikmati Ramadan dan ianya boleh diteruskan sampai bila2.

3.  Sekarang banyak post di FB yang menunjukkan cara untuk mengkhatamkan Al-Quran dalam 30 hari. Walaupun ia diharuskan namun ia bukanlah wajib. Mengaji Al-Quran seharusnya dibaca dan difahami bukan sekadar membaca sahaja. Sebaiknya kita perlu memulakan mengaji dengan konsisten sebulan sebelum Ramadan. Tetapi belum terlewat jika anda belum lagi memulakannya. Cuba mengaji dengan konsisten bermula malam ini.  Ustaz Azhar Idrus pernah berkata sebaiknya cuba mengaji sebanyak dua helai (4 muka surat) sehari. Jika tidak mampu, cuba sehelai (2 muka surat) sehari.

4.  Buang sikap negatif dan elakkan diri dari melakukan perkara2 yang berdosa dan sia2 seperti mengumpat, bergosip, banyak cakap, suka ketawa kuat, mendengar muzik yang lara, menonton drama atau filem yang tidak berfaedah.  Banyakkan senyuman dan bercakap baik, paling penting adalah memaafkan kesalahan orang lain terhadap anda dan minta maaf akan kesalahan anda kepada orang lain.  Kesemua ini mampu memberi anda ketenangan dan juga tenaga positif untuk menghadapi Ramadan.

5. Tetapkan rutin sekurang-kurangnya sebelum Ramadan, sekarang belum terlewat namun tidak bermakna tidak boleh. Mulakan dengan bangun awal pagi (seeloknya sebelum azan Subuh) dan mengaji selepas selesai solat Subuh. Kedua-dua aktiviti ini mampu memberi anda ketenangan dan kegembiraan untuk anda hadapi. Jika anda bekerja pilihlah pakaian yang longgar dan belajar untuk melabuhkan hijab anda.  Tiada maknanya jika anda berpuasa seharian tetapi tidak menutup aurat dengan sempurna. Gunakan hujung minggu ini dengan sebaiknya untuk melakukan persediaan yang sempurna untuk menghadapi Ramadan. Ingat, Ramadan hanya 1% sahaja puasa, 99% lagi adalah untuk berhubung dengan ALLAH SWT.

Tuesday, May 2, 2017

ego dan takabbur

Hasil carian imej untuk mengenai isu ego dan takabbur
Saya ada baca dlm blog, tak ingat...sape punya artikel...
mengenai isu ego dan takabbur ini isu yang sangat besar.
Kerana apa? Kerana ia berkaitan dengan syurga dan neraka.
Bila saya baca hadis nabi saw tentang takabbur, saya pun sentap, takut dan meremang...

Sungguh...cuba ulang2 baca pesanan nabi ni setiap kali kita nak sombong :-

“Tidak akan masuk syurga seseorang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan walaupun sebesar biji sawi…”  (HR Muslim)

Juga...cuba fahami apa yang Allah ungkapkan dalam Alquran :-
“Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: “Sujudlah kalian kepada Adam,” maka sujudlah mereka kecuali Iblis, ia enggan dan takabbur (sombong) dan ia termasuk golongan mereka-mereka  yang kafir.“  (Al Baqarah:34)

Di sebabkan ego dan sombong, merasakan diri lebih baik dari orang, tak boleh terima kebenaran, maka Iblis di laknat oleh Allah sampai hari kiamat dan di halau dari syurga.

Takut-takut, kalau kita pun ada sifat ni, kita pun akan di laknat dan tak dapat masuk syurga serta bersama iblis. Nauzubillah. Ya Allah, peliharalah kami!

Sebab itu ini sangat serius dan tak boleh main2. Saya dan semua orang kena check balik diri masing-masing...sungguh...

Monday, May 1, 2017

cerita semalam...

Image may contain: 2 people, suit and indoor

al kisahnya cerita perkahwinan anak saudara saya ni...
28 tahun lepas dia dilahirkan di JPN Petaling Jaya.
Ambulan belum sempat sampai di pejabat nak bawa ke Hospital Universiti...
Semalam majlis gilang gemilang perkahwinannya...diraikan di Dewan Balora, JPN, Putrajaya.
Comel je ye, sama kacak dan cantik...
Semoga bahagia hingga ke Jannah...Aamiin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...