Syukur Alhamdulillah kepada Ilahi kerana masih diberi nyawa ketika menulis entri ini... ye lah, sejak akhir-akhir ini masa sangat berharga... inilah yang dinamakan kehidupan... orang yang terasa masanya cepat berlalu adalah orang yang sedang memanfaatkan kehidupannya, manakala orang yang terasa masanya lambat berlalu adalah tergolong dalam manusia lalai, tiada perancangan dalam kehidupan... mereka tidak tahu apa yang hendak dibuat dalam kehidupan...
Ketika bersantai-santai teringatlah pulak nak menjenguk rumah pusaka... walaupun dekat rindunya nak masuk dalam... tapi apakan daya dan tak boleh pergi sebab ada penyewa...
Saya sukakan kehidupan yang ringkas, cukup ada kemudahan asas... tempat tinggal, makan, pakai, kereta yang boleh berfungsi dgn baik, suasana masyarakat yang harmoni...
Sebenarnya, tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis di blog... saya lakukan sepertimana yang orang lain buat... cuma bezanya sy meletakkan hati yang teguh untuk meneruskan penulisan dan selalu menganggap bahawa menulis di blog adalah salah satu tjawab kepada masyarakat untuk menyampaikan risalah-risalah positif ke arah yang lebih baik...
Tuesday, November 26, 2013
Monday, November 25, 2013
HERO DALAM KENANGAN

Perginya HERO ditangisi ramai pencinta haiwan... Moga tabah penjaga Hero. Anda telah membuatkan ramai yang sedar pentingnya kebajikan pada haiwan. In syaa Allah pasti ada ganjaran dari Allah s.w.t untuk anda sekeluarga...
Lebih mesra dengan panggilan Abam Iyo telah pergi untuk selamanya... Walaupun tak pernah melihat secara dekat tapi membaca kisah-kisahnya di alam maya terutamanya di blog http://kakimotong.blogspot.com/ dan fanpage https://www.facebook.com/KakimotongFanClub sudah cukup untuk membuatkan kita mengalirkan air mata ketika membaca berita pemergiannya...
Kedua-dua kaki depan Abam Iyo telah dipotong oleh manusia yang kejam hanya kerana seekor ikan, kini Abam Iyo pergi buat selamanya kerana mengidap penyakit leukemia... Biarpun Abam Iyo telah tiada tapi semangatnya untuk terus hidup dengan hanya dua kaki belakangnya akan sentiasa diingati sebagai seekor kucing yang cekal.
Friday, November 15, 2013
Tawaran Buku Nota & Diari 2014 dari Jalen Sdn.Bhd...
Jom...giveaway
http://jalensb.blogspot.com/2013/11/diari-dan-buku-nota-jalen-2014.htmlMakan nasi dgn kicap juga sedap...
Siapa suka makan nasi dengan kicap?...Penyedap makanan paling umph !! sejak aku kecil lagi dengan pelbagai jenama kicap yang muncul...
Saya pasti setiap rumah mesti ada kicap...
https://www.facebook.com/JalenMalaysia
Kalau dirumah ni mesti tak tinggal dengan kicap... anak-anak semuanya dah mengikut...sampaikan ada gelaran mek kicaplah...
Semenjak harga subsidi minyak dan gula dikurangkan harga makanan terutama kicap terjejas jugak...
Setiap kali nampak Kicap Jalen, mesti ingat anak-anak, mesti kicap atas meja, letak botol kicap di tengah meja...
![]() |
pinjam gambar cik google |
![]() |
pinjam gambar dari cik google |
Yakinlah dengan produk Jalen lebih suci lebih murni... layarilah Web beliau...bermacam-macam produk ada selain dari kicap...
http://www.jalen.com.my/usr/page.aspx?pgid=2
http://jalensb.blogspot.com/
https://www.facebook.com/JalenMalaysia
http://jalensb.blogspot.com/2013/11/diari-dan-buku-nota-jalen-2014.html
Friday, November 8, 2013
Assalamualaikum sahabat...semoga sentiasa terhindar dari segala macam musibah dan sentiasa dilindungi Allah SWT. Amin...
Sekadar berkongsi.
Pernahkah kita terfikir, berfikir atau memikirkan bahawa antara hadiah paling bernilai buat menghargai diri ialah dengan bersendiri...meluangkan sedikit waktu untuk menyoal hati dan menunggu jawapannya dalam hening sunyi...
Inilah antara 'hubungan' terpenting bagi memperbaiki diri yang boleh dinikmati oleh semua orang di dunia ini...
Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala :
وَفِي أَنْفُسِكُمْ أَفَلَا تُبْصِرُونَ
( Surah Az Zaariyat ayat 21 )
Ayat ini mengisyaratkan kepada manusia bahawa pada diri mereka terisi bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran Allah seperti perbezaan kemampuan, bahasa, kecerdasan dan variasi anggota tubuh masing-masing dengan fungsinya yang tersendiri.
Justeru, usah bimbang dan takut andai pada satu-satu ketika kita merasa berseorangan tanpa sesiapa di sisi...sebaliknya ambillah ruang tersebut bagi mengenal diri lantaran itu merupakan permulaan bagi sebuah kebijaksanaan masa depan, in shaa Allah...
Tuesday, October 29, 2013
BETAPA KAYANYA MEREKA DAN BETAPA MISKINNYA KITA
Terlepas pandang...ada ketikanya, betapa kita penuh dgn rasa tidak bersyukur dgn apa yg kita ada...mungkin kita sering fikir, hidangan dipinggan org lebih sedap dari dipinggan kita..., mungkin kita sering cemburu, pasangan org lebih baik dari kita..., mungkin kita sering tdk puashati, kenderaan org lebih hebat dari kita..., mungkin kita sering bersunggut rumah org lebih mewah dari kita...
atau kita sering rasa sudah terlalu cukup, hinggakan sombong dan riak mula menjadi kehidupan dan cara kita menilai manusia...namun, bila kita mula "memandang" barulah kita "melihat" rupanya...kita tdk lah kaya mana...
Seorang hartawan membawa anaknya menginap di sebuah rumah milik seorang kenalannya yang miskin. Dia berharap anaknya akan sedar akan kekayaan yang mereka miliki. Setelah tiga hari di rumah si miskin, mereka pun pulang. Dalam perjalanan, si ayah bertanya:
"Apa pandangan kamu tentang kembara kita?"
"Seronok!" jawab anaknya.
"Sekarang, mesti kamu dapat bandingkan hidup sebagai orang kaya dengan orang miskin bukan?"
"Ya," jawab anaknya ceria.
"Nah sekarang, apa yang kamu belajar daripada semua ini?"
Si anak menjawab:
"Kita mempunyai se ekor binatang peliharaan, tetapi mereka ada banyak binatang peliharaan yang mereka beri makan.
Kita ada kolam renang, tetapi mereka ada sungai yang jernih dan mengalir airnya untuk mereka mandi.
Kita ada lampu import yang mahal harganya, tetapi mereka ada bintang-bintang bergemerlapan di langit yang mereka pandang waktu santai di halaman rumah pada malam hari..."
Si ayah ingin menyampuk, namun si anak meneruskan,
"Kita ada jalan berturap, tetapi mereka ada padang hijau yang saujana mata memandang.
Kita seronok menyuruh orang gaji membuat itu dan ini untuk kita, mereka pula ceria ketika berkhidmat dan memberi pertolongan kepada orang lain.
Kita ada banyak makanan, tetapi mereka menghasilkan makanan.
Kita ada Jaga yang menjaga harta kekayaan kita... tetapi mereka mempunyai ramai Sahabat Setia yang sentiasa melindungi mereka."
Si ayah terkedu apabila anaknya menambah:
"Terima kasih ayah, kerana menyedarkan betapa kayanya mereka dan betapa miskinnya kita!"
dipetik dari majalah Solusi halaman 108.
Moral: dlm keseronokan bermewah-mewah kita bermegah dgn kehebatan diri, sekadar sebuah renungan buat diri (ku) agar tidak lupa...utk SENTIASA BERSYUKUR...
HANYA ALLAH LAH yg sentiasa memberikan peluang terbaik dlm hidup ini...Aamin...

Subscribe to:
Posts (Atom)