Alhamdulillah...berkat berbudi kepada tanah dapat jugak merasa hasil titik peluh sendiri sambil mendidik diri minat pada tanaman...excited nak makan... kalau tak silap kali ni dah banyak kali untuk menu santapan keluarga...seronok juga sekali sekala dapat makan sayur-sayuran hijau tanaman sendiri...
Konsep lanskap dan pemilihan jenis tanaman di kawasan rumah...ia amat berguna dan tak perlu bersusah untuk membeli di pasar...hanya petik sahaja bila perlu...berikut adalah antara pokok ulam-ulaman yang ada...
Ulam Raja...boleh dimakan bersama nasi sebagai ulam dan boleh juga dibuat kerabu...
Kacang Botor...boleh dimakan bersama nasi sebagai ulam dicicah dengan sambal belacan...disajikan sebagai sayuran tumis atau dibuat kerabu...
Daun Kesum...ditanam secara atas tanah...biasanya digunakan dalam masakan seperti asam pedas...turut digunakan sebahagian dalam ulaman nasi kerabu mahupun laksa...saya juga turut amalkan makan terus bersama nasi...sedap juga...terasa pedas-pedas sikit...boleh cuba...
Daun Selum...ditanam secara atas tanah...biasanya dimakan bersama nasi sebagai ulam dan nasi kerabu mahupun laksa...
Daun Pegaga...dimakan bersama nasi sebagai ulam rasa dan baunya menambah selera...boleh juga dibuat kerabu atau minuman jus...
Pucuk Kari...mungkin pelik bagi yang tak biasa...jika dicuba rasanya enak juga...terasa kari bila dikunyah...
Pucuk Kedondong...mungkin pelik bagi yang tak biasa...tapi jika dicuba pasti terkejut...rasanya enak sekali...sedikit masam-masam rasa seperti buah kedondong...pucuknya lembut sekali...enak dimakan terus mahupun bersama nasi sebagai ulam...
Pucuk Mengkudu...dicelur terlebih dahulu sebelum dihidang...
Pucuk Bebuas...dicelur terlebih dahulu sebelum dihidang...
Pucuk Ubi Kayu...dicelur terlebih dahulu sebelum dihidang...atau disajikan sebagai sayuran masak lemak putih...
Pucuk Turi (Geti)...dicelur terlebih dahulu sebelum dihidang...atau disajikan sebagai sayuran masak lemak putih...
AMALKAN MAKAN ULAM...INSYA ALLAH...AWET MUDA...HE! HE!
Sunday, May 5, 2013
Wednesday, April 17, 2013
MENCARI REZEKI HALAL WALAUPUN DALAM KESEMPITAN...
Assalamualaikum wbth...
Namun...ia tidak bermakna yang mendapat kurang mesti berserah kepada takdir semata2...manusia diberikan akal untuk berfikir berusaha memenuhi keperluan hidup dan mencapai keadaan lebih baik dalam kehidupan seharian...
Justeru...kita perlu berusaha dengan ikhlas dan mengikut jalan yang diredai Allah SWT dengan sentiasa memohon keberkatan daripada-Nya...tidak guna memperoleh kekayaan yang banyak...sedangkan tiada keberkatan...
Biarlah..tidak berpeluang memiliki harta banyak...asalkan apa yang dimiliki...biarpun sedikit tetapi diberkati...kita perlu sentiasa bersyukur dengan apa yang dimiliki...
Sesungguhnya setiap yang susah pasti ada kesenangannya...(dua ayat sebelum terakhir dari Surah Al-Insyirah) "Inna ma'al 'Usri Yusra".
Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya jika bersyukur kamu, akan ditambahkan untuk kamu. Dan jika kufur kamu, sesungguhnya azab-Ku adalah sangat pedih." – (Surah Ibrahim, ayat 7).
Wassallam.
gambar pinjam dari cik google... |
Hakikatnya...nasib manusia di dunia tidak sama dari segi kekayaan, penguasaan ilmu dan darjat kerana Allah SWT mencipta keadaan itu supaya manusia saling memanfaatkan antara satu sama lain...
Namun...ia tidak bermakna yang mendapat kurang mesti berserah kepada takdir semata2...manusia diberikan akal untuk berfikir berusaha memenuhi keperluan hidup dan mencapai keadaan lebih baik dalam kehidupan seharian...
Justeru...kita perlu berusaha dengan ikhlas dan mengikut jalan yang diredai Allah SWT dengan sentiasa memohon keberkatan daripada-Nya...tidak guna memperoleh kekayaan yang banyak...sedangkan tiada keberkatan...
Biarlah..tidak berpeluang memiliki harta banyak...asalkan apa yang dimiliki...biarpun sedikit tetapi diberkati...kita perlu sentiasa bersyukur dengan apa yang dimiliki...
Sesungguhnya setiap yang susah pasti ada kesenangannya...(dua ayat sebelum terakhir dari Surah Al-Insyirah) "Inna ma'al 'Usri Yusra".
Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya jika bersyukur kamu, akan ditambahkan untuk kamu. Dan jika kufur kamu, sesungguhnya azab-Ku adalah sangat pedih." – (Surah Ibrahim, ayat 7).
Wassallam.
Thursday, April 11, 2013
Cantik di Sisi Allah SWT
Sebenarnya kita semua adalah makhluk ciptaan-Nya yg paling sempurna dan cantik di muka bumi ini...Allah telah menentukan satu sifat dalam diri kita adalah yang terbaik...hanya mata kita sahaja yang dikaburi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian...
Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah?...kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu jauh lebih baik daripada apa yang kita miliki...
Sedangkan nabi Muhammad SAW sendiri telah menasihatkan kita agar melihat orang yang kurang bernasib baik...jgn melihat orang yang lebih bertuah kerana itu akan membuatkan kita tidak bersyukur...dan itulah masalahnya pada diri kita...kita sentiasa mengejar yang sempurna dalam kehidupan seharian...
Untuk itu, mari kita belajar untuk berkata Alhamdulillah dengan apa yang ada pada diri kita...sedarlah...kecantikan bukan terletak pada cantiknya fizikal kita dilihat oleh mata orang lain...dan pakaian yang membaluti tubuh masing-masing...
Antara sifat utama kita ialah berakhlak...bersopan santun...ada harga diri...beradab...menghormati...lemah lembut...tetapi kelembutan yang di dalamnya ada ketegasan prinsip dan keimanan...
Hasil sifat taqwa kita adalah sabar...tidak merungut...mudah mengalah...ibadahnya terjaga...imannya walau turun naik tetapi tetap berusaha dijaga...kerana takut kepada Allah SWT dan menjaga perintah serta larangan-Nya.
Sifat-sifat inilah yang menjadi diri kita mahal...ibarat mutiara yang hanya ada di dasar lautan...oleh itu kecantikan yang dikejar walaupun berkulit hitam...berjerawat...badan besar...semuanya tetap akan menjadi cantik sekiranya mempunyai sifat-sifat taqwanya...
"...Allah tidak melihat kepada tubuh kalian dan tidak pula kepada bentuk kalian. Allah hanya melihat kepada hati dan perbuatan kalian..." - (Hadis riwayat Muslim)
Lihatlah pengiktirafan siapakah yang lebih tinggi, berbanding pengiktirafan Allah SWT?
Jadilah cantik...yang cantik di sisi Allah SWT!
Wednesday, March 27, 2013
NYAMANNYA PAGI...
Assalamualaikum...
Sudah menjadi rutin harian...pagi-pagi selepas solat subuh semestinya buka TV9 - Tanyalah Ustaz jam 7.00 - 8.00 pagi.
Alhamdulillah...cuaca diluar agak dingin dan mendung, angin sepoi-sepoi alangkah nyamannya...Ya Allah... betapa nikmat, nyamannya benar-benar terasa...
Untung kalau dah bersara awal nie... banyak aktiviti bebas yang kita buat...tidaklah terlalu terikat dan memikirkan dengan kerja-kerja pejabat...isy! bila fikir-fikirkan kembali naik pening juga...
Berbalik kepada Tanyalah Ustaz pada pagi ini... bertajuk "SOLAT KETIKA SAKIT" oleh Ustaz Shauqi Othman...kita semua dah maklum...solat merupakan ibadah yang paling penting dalam ajaran Islam dan ia wajib dilakukan dalam keadaan apa cara sekalipun. Solat adalah ibarat "tiang agama", maka sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja atau di atas apa jua alasan, bermakna ia telah berusaha meruntuhkan agamanya sendiri... Solat juga umpama sebuah rumah yang pasti roboh tanpa tiang...
Justeru, solat merupakan ibadah pertama yang akan dihitung di Hari Pembalasan di akhirat kelak...Dalam sebuah hadis nabi saw yang sahih, baginda telah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya amalan pertama bagi seseorang hamba yang akan dihitung di akhirat kelak ialah solatnya". (Hadis ini telah diriwayatkan oleh al-Tirmidhi, Ahmad, Abu Daud, al-Nasa’ei, Ibnu Majah dan lain-lain).
Hidup ini hanya sementara...Setiap masa dan ketika amat berharga...Justeru janganlah ia disia-sia...Marilah kita gunakan seluruh tenaga dan usaha...Demi mendapat keredhaan Yang Maha Esa...
Thursday, March 7, 2013
~boleh percaya ke Contest Reader's Digest 2013 ? ?~
pagi ini nak menonton TV ada masalah Astro pulak...nak kata tak byr bill tak mungkin...baru minggu lepas suami dh byr bill...baru teringat malam tadi ada petir dan kilat maybe terkena panahan...tak dpt buat ape pepagi ni bukalah sampul size A3 berwarna oren yg sy terima smlm rupanye Reader's Digest Contest...rasa seronok gak...ingatkan nak joint...mula pulak ragu-ragu samada betul atau tidak peraduan nie...lebih kurang mcm peraduan Gores Dan Menang pun ada. Ehh...betul ke?...bila baca betul-betul nampak interesting pulak...so utk mendapatkan pengesahan yg lebih jelas...
saya cuba search kat internet tengok pendpt dari individu-individu lain yg dah menyertai peraduan ini.
http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20120905/re_03/Dikata-negara-paling-biadab-Betulkah
http://www.melayu.com/v2/sembang2/mesej.php?thread=6410
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=270330
nampaknye...mmg ramai yg tdk puas hati dgn peraduan ini...menurut mereka, masa mula-mula join memang la tak suruh beli apa-apa. Tetapi bila dah msk peringkat demi peringkat peraduan. Reader's Digest akan meminta peserta utk melanggani majalah Reader's Digest utk tempoh setahun dan byk produk lagi bagi memastikan mereka terus lyk utk memasuki peringkat seterusnya.
stiap srt yg dihantar tu...mmg Reader's Digest tak memaksa pengguna utuk membeli tetapi mereka cuba mempengaruhi dgn tawaran hadiah yg lumayan. Siapa yg tak nak kalau diberikan ratusan ribu secara percuma...jadi bagi yg terpedaya...pastinya akan terus melanggan walaupun tdk menggunakan produk trsbt.
http://zaharuddin.net/kewangan/688-cabutan-bertuah-a-peraduan-pertandingan-moden.html

Subscribe to:
Posts (Atom)